Saturday, December 27, 2008

Video Promosi..





Ready~ roll kamera... action!!!!

Seperti yang sedia maklum... squad demo telah mengadakan shooting untuk video promosi pada 13 Disember 2008 yang lalu. Berbekalkan beberapa rakaman yang ada.... so proses penghasilan video pun bermula..

Semakin hari.... semakin berdebar-debar rasanya menanti malam pelancaran video tersebut. Pelbagai cadangan dan buah fikiran digabungkan untuk menghasilkan video promosi yang terbaik dengah harapan dapat menarik minat siswa siswi menyertai persatuan kita.


Tunggu kemunculan video promosi pada
Malam Silaturrhim yang akan diadakan pada 16 Januari 2009 nanti~

Baju Korporat..Murah..Murah...mari beli



Salam...
untuk pengetahuan semua....BAJU KORPORAT SCH yang baru dah keluar dan dah boleh ditempah.

Lelaki (Lengan Pendek): Saiz - M,L,XL,XXL,3XL
Wanita (Lengan Panjang) : Saiz - S,M,L
Logo : Persatuan & Akademi
Harga : RM60 sehelai

Exco-exco atau ahli-ahli boleh beli.Kepada sesiapa yang berminat , sila beri nama pada Dayana samada time kelas latihan atau post nama dkt comment sini.

Pembayaran boleh dibuat sekarang kepada Dayana.
Pembelian akan dibuat secepat mungkin memandangkan Hari Tenaga Pengajar semakin dekat dan permintaan untuk hari tersebut tinggi...

Friday, December 26, 2008

Demo publisiti 15 Disember 2008

video

Seperti yang dijanjikan.. Demo 15 Disember!!!!!!!!

NUR HANAFI….. Ustaz Hanafi Dalam Kenangan – Episod 6


Penghijrahan Ke Kuala Lumpur

Setelah hampir lima tahun mengembangkan Silat Cekak di bumi Kedah Darul Aman, Ustaz Hanafi merasakan beliau perlu melangkah lebih jauh dalam usaha untuk mengembangkan silat ini. Perkembangan di negeri Kedah adalah sebagai permulaan, namun jika ingin melakukan kelainan dan mendapat kejayaan yang lebih besar, beliau perlu lebih berani melakukan sesuatu yang melangkaui kebiasaan serta berani menghadapi cabaran yang lebih besar. Oleh yang demikian, Ustaz Hanafi telah mengambil keputusan untuk berhijrah ke Kuala Lumpur, kota metropolitan yang menjanjikan cabaran yang lebih hebat dan membuka era baru di dalam perkembangan Silat Cekak.

Pada akhir tahun 1970, Ustaz Hanafi telah berpindah ke Kuala Lumpur untuk meneruskan cita-cita beliau mengembangkan Silat Cekak dengan lebih luas. Namun begitu beliau tahu bahawa keputusan yang dibuat adalah satu keputusan yang amat berat. Beliau sekali lagi merantau meninggalkan anak-anak dan keluarga beliau bagi meneruskan hasrat untuk mengembangkan Silat Cekak. Ustaz Hanafi tiada saudara mara yang di kenali di Kuala Lumpur kecuali seorang kawan lama di Kedah yang bernama Hussain Ahmad yang tinggal di Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur. Melalui Hussain Ahmad lah Ustaz Hanafi diperkenalkan dengan beberapa orang kawan yang dapat membantu Ustaz Hanafi untuk memulakan kegiatan beliau di Kuala Lumpur. Malah kedatangan beliau ke Kuala Lumpur juga menghadapi masalah apabila kereta yang beliau telah berjanji untuk tumpang telah bertolak terlebih dahulu. Ustaz Hanafi terpaksa mencari alternatif lain dengan menumpang kenderaan orang untuk datang ke Kuala Lumpur.

Perkembangan Silat Cekak di Kuala Lumpur

Perkembangan awal Silat Cekak di Kuala Lumpur juga memberikan Ustaz Hanafi masalah yang sama sewaktu beliau memulakan pergerakan Silat Cekak di Kedah. Tiada badan atau persatuan yang sah yang boleh digunakan untuk dijadikan jentera untuk mengembangkan silat. Namun, melalui usaha dan bantuan kawan-kawan juga, Ustaz Hanafi telah mendapat pertolongan sebuah persatuan bernama Persatuan Bawean Putra untuk mengembangkan Silat Cekak. Kelas silat pertama di anggotai oleh 12 orang yang berlajar silat di Kampung Bumiputra, Datuk Keramat, Kuala Lumpur. Kesemua 12 orang penuntut telah menamatkan pelajaran silat mereka antaranya Mohamad bin Abdullah dan isterinya Lijah, Shuib Hj Ahmad, Md Din Awang, Hamzah, Rahim dan Rahman Khalid. Kejayaan menamatkan kelas yang pertama ini memberikan semangat yang lebih tinggi untuk Ustaz Hanafi meneruskan usaha beliau.

Untuk meneruskan perkembangan silat ke peringkat yang lebih luas, Ustaz Hanafi telah mengusahakan supaya kegiatan silat ini didaftarkan. Ustaz Hanafi telah mendapatkan pertolongan sahabat beliau iaitu Abdul Rahman Mahadi yang ketika itu berada di Kedah untuk merangka perlembagaan untuk persatuan. Jadi selepas berusaha bersungguh-sungguh, pada 19 Ogos 1971, kegiatan Silat Cekak telah didaftarkan atas nama Persatuan Seni Silat Cekak Kedah Malaysia. Di peringkat awal persatuan ini menggunakan alamat rumah Hussain Ahmad di No. 39, Lorong Keramat 19, Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur sebagai alamat persatuan. Di rumah inilah perhimpunan dan aktiviti silat dijalankan. Pak Hussain juga telah membenarkan kedai beliau di Jalan Raja Alang, Kampung Baru, Kuala Lumpur dijadikan sebagai tempat perjumpaan ahli-ahli Silat Cekak pada waktu itu. Perkembangan seterusnya adalah apabila kelas kedua di Sungai Way, Kuala Lumpur dapat dibuka pada 6 Disember 1971 disusuli beberapa kelas di Kampung baru dan sekitar Kuala Lumpur.

Silat Cekak selepas itu berkembang agak memberangsangkan dan semakin mendapat sambutan orang ramai. Namun langit tidak selalunya cerah, setelah berusaha keras untuk mengembangkan silat ini, mulalah berlakunya beberapa insiden dan perkara-perkara yang memberi masalah kepada Ustaz Hanafi. Terdapat beberapa halangan dan cabaran sepanjang beliau berusaha untuk mengembangkan silat ini.

a- Tentangan dari anak murid dan fitnah wanita

Selepas tamat kelas yang pertama di Kg Bumiputera Kuala Lumpur, Ustaz Hanafi telah melantik Mohamad bin Abdullah (tamat kelas pertama di Kg Bumiputera) menjadi jurulatih untuk membantu beliau mengajar silat. Walaubagaimanapun, setelah agak lama dan mempunyai pengaruh, Mohamad telah cuba pula mengambil alih dan mengendalikan kelas persilatan dengan cara beliau sendiri. Mohamad juga telah mula menjalankan kegiatan yang kurang sihat iaitu dengan cara menghasut para penuntut supaya membenci Ustaz Hanafi. Hatta beliau pernah cuba menjatuhkan Ustaz Hanafi sewaktu Ustaz Hanafi menunjukkan buah silat di dalam kelas. Namun percubaan Mohamad tidak berjaya. Selepas kegagalan beliau itu, beliau telah cuba menjalankan taktik berbaik-baik dengan Ustaz Hanafi. Sehinggakan beliau mempelawa Ustaz Hanafi tinggal di rumah beliau. Ustaz Hanafi telah menerima pelawaan tersebut kerana Ustaz Hanafi sendiri tiada tempat tinggal yang tetap. Ada beberapa orang yang tinggal bersama Muhamad pada ketika itu iaitu isteri Muhamad yang bernama Lijah dan rakan Lijah bernama Rubiah. Ketiga-tiga mereka ini telah mempelajari Silat Cekak dari Ustaz Hanafi.

Tidak lama selepas itu, Ustaz Hanafi telah melantik Amruddin Buang dan Malino Junsi menjadi jurulatih. Perlantikan tersebut adalah untuk mengimbangi pengaruh Muhamad di dalam kelas persilatan dan juga bagi membantu mengajar silat. Kedua-dua mereka baru berusia 21 tahun ketika dilantik menjadi jurulatih. Tindakan Ustaz Hanafi melantik kedua-dua mereka menyebabkan Muhamad tidak puas hati . Sehingga beliau pernah berkata seperti berikut kepada Ustaz Hanafi: “Mereka tidak layak mengajar silat kerana masih mentah dan kurang berkebolehan, dari kesetiannya belum lagi dapat dipastikan”. Namun Ustaz Hanafi menjawab ‘Jika tidak berkebolehan aku boleh mengajar hingga pandai’. Dari kata-kata yang diluahkan oleh Muhamad, Ustaz Hanafi telah mengetahui tentang perangai dan hatibudi Muhamad tidak elok.

Malah Muhamad seterusnya memberi masalah yang lebih besar lagi kepada Silat Cekak dan Ustaz Hanafi. Ini berlaku apabila beliau telah pergi ke gelanggang Silat Lincah dan mencaci penuntut-penuntut Lincah yang sedang berlatih dan ini telah menimbulkan selisih faham antara Silat Cekak dengan Silat Lincah. Mahaguru Silat Lincah, Omar Din yang tidak puas hati dengan tindakan Muhamad itu telah mencabar Ustaz Hanafi untuk beradu kekuatan. Ustaz Hanafi telah menerima cabaran tersebut. Walaubagaimanapun persetujuan untuk bertarung itu hanya dilakukan selepas 6 bulan dari cabaran yang diterima, itupun selepas Ustaz Hanafi bertemu dengan Omar Din. Tempat pertarungan telah ditetapkan di Dewan Belia Kampung Pandan pada 26hb Februari 1972. Permit polis juga telah diperolehi. Walaubagaimanapun disaat pertarungan hampir berlaku, pihak polis telah membatalkan permit tersebut dan penuntut kedua-dua persilatan telah diminta bersurai. Dengan itu juga pertarungan yang diatur tidak berlaku seperti mana yang dirancang. Pembatalan tersebut adalah atas usaha sahabat Ustaz Hanafi sendiri iaitu Hussein Ahmad. Beliau berbuat demikian kerana bimbang akan berlaku perkara-perkara yang tidak diingini dan akibatnya kelak boleh menjejaskan perkembangan Silat Cekak dan masa depan silat ini. Walaupun Muhamad yang memulakan peristiwa dengan Silat Lincah tersebut, tiada tindakan tegas yang diambil terhadap Muhamad kerana Ustaz Hanafi masih mahu melihat sejauh mana muslihat yang akan dilakukan oleh Muhamad.

Fitnah Wanita

Namun selepas mengetahui helah Muhamad dan isteri beliau, Lijah untuk melakukan sesuatu yang tidak elok, Ustaz Hanafi telah keluar dan berpindah keluar dari rumah Muhamad. Beliau telah menyewa di sebuah rumah di Jalan Hamzah, Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Muhamad masih mahu cuba untuk menguasai pentadbiran Silat Cekak. Selanjutnya beliau telah melakukan pakatan dengan isteri beliau Lijah, Rubiah, Osman dan Tambi Beranang untuk menjatuhkan maruah Ustaz Hanafi. Osman telah menyuruh isteri beliau bersubahat dengan cara pergi dan tidur disebelah Ustaz Hanafi sewaktu Ustaz Hanafi sedang tidur nyenyak di biliknya pada suatu malam. Muhamad dan Lijah pula sudah bersedia dengan kamera untuk mengambil gambar kononnya Ustaz Hanafi berlaku sumbang dengan Lijah. Gambar yang diambil nanti akan digunakan sebagai bukti untuk mengugut Ustaz Hanafi supaya menyerahkan wang RM500.00 kepada Osman dan keluar dari Kuala Lumpur. Jika tidak rahsia tersebut akan dibocorkan.

Ustaz Hanafi tidak tunduk dengan tekanan tersebut. Beliau telah dengan berani mempertahankan kebenaran beliau. Beliau malah telah memaklumkan kepada pihak polis terhadap orang-orang yang mengugut beliau. Susulan dari itu, tindakan pemeriksaan doktor telah dilakukan terhadap isteri Osman dan didapati isteri Osman sememangnya seorang pelacur.

Berikutan itu pula, Muhamad membuat fitnah kononnya Ustaz Hanafi telah melakukan perkara yang tidak senonoh dengan isteri beliau Lijah sebanyak 41 kali (sebab itu Muhamad selepas itu dikenali sebagai Mad 41) dan setiap perlakuan tersebut telah dicatitkan dalam buku catitannya beliau kononnya. Apabila cerita tersebut tersebar, ramai juga anak murid Ustaz Hanafi yang mula memandang serong kepada beliau, namun apabila mengetahui cerita tersebut adalah fitnah, mereka mula bersimpati dengan Ustaz Hanafi.

Ugutan Bunuh

Kegagalan Muhamad menjatuhkan Ustaz Hanafi telah membuatkan beliau bertindak dengan lebih agresif. Beliau pernah cuba membunuh Ustaz Hanafi tetapi gagal, malah beliau juga telah mempengaruhi penuntut Silat Cekak bernama Hamzah untuk membunuh Ustaz Hanafi secara curi dengan kerambit ketika ustaz Hanafi sedang minum.

Osman pula sebenarnya seorang penuntut yang biasa dibantu oleh Ustaz Hanafi dari segi kewangan dan tempat tinggal . Tetapi kerana tamak dan inginkan wang yang lebih, beliau sanggup mengugut Ustaz Hanafi untuk mendapatkan wang yang lebih. Tetapi usaha beliau juga gagal.

Manakala Tambi Beranang pula merupakan seorang tokoh lama yang mempunyai pengaruh yang besar di Kuala Lumpur. Beliau pernah mengugut supaya Ustaz Hanafi keluar dari Kuala Lumpur dalam masa 24 jam jika tidak mahu dibunuh oleh beliau. Rancangan beliau juga gagal. Ustaz Hanafi tetap berdiri teguh berkat dengan keyakinan dan kebenaran yang ada pada beliau.

Ekoran dari tindakan melampau oleh beberapa anak murid beliau iaitu Muhamad, Lijah, Rubiah, Osman dan Tambi Beranang, Ustaz Hanafi telah tidak membenarkan mereka terlibat dengan pergerakan Silat Cekak. Tindakan tersebut diambil setelah mereka tidak berubah walaupun telah diberi peluang oleh Ustaz Hanafi untuk sekian lama.

Pengajaran cerita

Suka disebut kembali suka duka Ustaz Hanafi menghadapi kerenah anak murid beliau. Beliau difitnah, diugut dan diganggu dengan berbagai perlakuan serta tindak-tanduk yang tidak elok tetapi masih terus dan tetap mempertahankan diri beliau. Harus juga diingatkan bahawa Ustaz Hanafi berhadapan dengan masalah tersebut seorang diri untuk mempertahankan diri.


Seterusnya – lain-lain tentangan dan perkembangan Silat Cekak seterusnya

Thursday, December 18, 2008

NUR HANAFI…….Ustaz Hanafi Dalam Kenangan – Episod 5


Permulaan Perkembangan Silat Cekak dan cabaran yang di hadapi

i- Pertemuan dengan Encik Yahaya Said

Pertemuan kedua Ustaz Hanafi dengan Yahaya Said berlaku selepas Ustaz Hanafi berniaga apam balik di Yala, Siam. Ustaz Hanafi mengetahui bahawa Yahaya Said ada memiliki ilmu silat yang bermutu tinggi, tetapi tidak tahu apakah nama silat itu. Pertemuan yang berlaku pada bulan Disember 1965 telah mencetuskan satu aspirasi baru dalam perkembangan silat ini apabila Yahaya Said bersetuju untuk menurunkan ilmu silat ini kepada Ustaz Hanafi. Yahaya Said bagaimanapun mahukan bayaran yang agak tinggi bagi beliau mengajar Ustaz Hanafi. Oleh kerana kehidupan beliau yang susah, maka adalah amat sukar memenuhi permintaan oleh Yahaya Said yang meminta bayaran yang tinggi. Oleh itu jalan terbaik yang dibuat oleh Ustaz Hanafi ialah mengumpulkan seberapa ramai orang yang mahu belajar silat itu. Setelah berusaha bersungguh-sungguh, Ustaz Hanafi berjaya mengumpulkan seramai 20 orang untuk belajar silat tersebut. Penuntut-penuntut tersebut termasuk Ustaz Hanafi telah diijazahkan pada 28 Disember 1965 bersamaan 5 Ramadhan 1385H disebuah rumah yang amat bersejarah iaitu rumah Shafie bin Darus (juga sebagai penuntut baru) di alamat Batu 4 ¾ , Jalan Gunung, Alor Setar, Kedah.

ii- Perkumpulan Seni Sari Budaya Sri Kedah (PSSBSK)

Walaupun seramai 20 orang penuntut baru telah diijazahkan untuk belajar silat, namun kegiatan persilatan ini tidak boleh dijalankan tanpa pendaftaran yang sah. Dengan bantuan sahabat beliau yang bernama Abdul Rahman Mahadi yang merupakan ahli jawatankuasa Perkumpulan Seni Sari Budaya Sri Kedah (PSSBSK), telah berjaya mendapat persetujuan dari jawatankuasa PSSBSK (Ketua Satu pada waktu itu adalah Shahnon Ahmad, Prof. Datuk) untuk melantik Ustaz Hanafi menjadi Ketua Seksi Seni Silat. Kebenaran untuk menjalankan kelas latihan silat juga telah diluluskan.

Selepas dilantik menjadi Ketua Seksi Seni Silat PSSBSK, Ustaz Hanafi melalui surat beliau kepada Encik Yahaya Said bertarikh 1hb. Januari 1966 TELAH MELANTIK Encik Yahaya Said menjadi guru silat untuk mengajar ahli-ahli yang berminat untuk belajar silat.

Elok juga kita lihat apakah kandungan surat yang ditulis oleh Ustaz Hanafi kepada Encik Yahaya Said (diambil sepenuhnya dari kandungan tersebut):

Rujukan : Bil ( 2 ) dlm PSSBSK /Seksi Silat 1

Tarikh : 1 hb. January , 1966

Kapada:
Inche Yahaya Bin Said,
Kuala Kurau, PERAK

Inche,
Perkara : SURAT LANTIKAN

Menurut kuasa yang di-berikan kapada saya oleh Jawatan Kuasa Perkumpulan Seni Sari Budaya Sri Kedah, maka ini-lah saya Hanafi bin Ahmad, Ketua Seksi Seni Silat PSSB Sri Kedah, dengan rasa hormat dan perhargaan yang tinggi melantek Inche menjadi Guru Silat Bagi Perkumpulan ini.

2. Bagi melaksanakan tujuan di-atas maka Seksi Seni Silat PS.S.B.Sri Kedah akan menubuhkan pasokan2 yang akan mengikuti kursus silat dari semasa ka-semasa dan Inche di-persilakan mengajar menurut peraturan2 dan sharat2 yang akan di-tentukan dengan perundingan di-antara Inche dengan Perkumpulan ini.

Dalam usaha mengangkat batang yang terendam dan memperkembang seni asli bangsa kita maka saya harap urusan kita ini akan mendapat pertunjok dan perlindungan dari Allah Subhanahu Wata’ala dan semoga keikhlasan dan kejujoran akan menjadi pegangan kita selama2-nya.

Sekian-lah sahaja.

Adalah saya yang berkhidmat,

TT
(Hanafi Haji Ahmad)
KETUA
Seksi Seni Silat P.S.S.B.Sri Kedah


Salinan Kepada:
Setiausaha Kehormat,
Perkumpulan Seni Sari Budaya,
SRI KEDAH




Selepas beberapa ketika silat ini dihidupkan, barulah Encik Yahaya Said menamakan silat tersebut sebagai SILAT CEKAK . Kesemua penuntut awal tersebut telah berjaya menamatkan pelajaran silat antaranya adalah seperti Shafie Darus, Mohd Zain Shafie, Ramli Shafie, Ahmad Shafie, Fadhil Jaafar, Osman Ariffin, Din Ahmad, Abd. Rahman Mahadi , Ishak Haji Ahmad dan Shuib Hj Ahmad serta Ustaz Hanafi Hj Ahmad sendiri.

iii- Penentangan terhadap usaha Ustaz Hanafi

Selepas Silat Cekak berjaya dihidupkan dan kelas silat dijalankan di bawah PSSBSK, Silat Cekak mula mendapat perhatian. Namun begitu tidak semua orang yang menyukai tindakan Ustaz Hanafi mengembangkan Silat Cekak ini. Oleh itu, sepanjang beliau menjalankan kerja-kerja mengembangkan silat ini, terdapat ramai guru-guru silat yang tidak bersetuju dengan beliau dan telah melakukan berbagai cara untuk menghalang Ustaz Hanafi mengembangkan Silat Cekak. Terdapat beberapa tentangan yang berlaku antaranya tentangan oleh guru-guru silat, cubaan membunuh dengan menyapu racun berbisa pada kasut Ustaz Hanafi yang menyebabkan Ustaz Hanafi hampir menemui maut, tentangan dari golongan-golongan politik yang melihat Ustaz Hanafi sebagai seorang ahli parti pembangkang yang semakin berpengaruh.

a- Tentangan dari Encik Yahaya Said (guru silat Ustaz Hanafi sendiri)

Tentangan dan dugaan yang hebat sebenarnya datang dari guru silat beliau sendiri iaitu Encik Yahaya Said. Walaupun Encik Yahaya Said pada mulanya telah bersetuju menyerahkan silat ini kepada Ustaz Hanafi untuk meneruskan perkembangannya, namun apabila melihat Ustaz Hanafi mula mendapat tempat pengaruhnya semakin besar, maka Encik Yahaya Said telah tidak begitu senang dengan keadaan tersebut. Ini mungkin disebabkan Ustaz Hanafi lebih popular dari beliau yang merupakan guru kepada Ustaz Hanafi. Kemudian Encik Yahaya Said mengambil keputusan menarik diri dari PSSBSK dan menjalankan kegiatan silat secara bersendirian tanpa naungan PSSBSK.

Selepas itu, Encik Yahaya Said telah menubuhkan Silat Kalimah dan mengajar silat tanpa ada apa-apa hubungan dengan Ustaz Hanafi dan PSSBSK lagi. Namun apa yang dilakukan oleh Yahaya Said tidak beroleh kejayaan. Beliau akhirnya mengalah dan pulang ke kampung beliau di Batu Kurau , Taiping, Perak, pada tahun 1966.

b- Tentangan dari anak murid

Pada tahun 1968, Ustaz Hanafi berjaya membuka satu lagi kelas silat di Sungai Petani, Kedah. Antara penuntut yang mempelajari silat tersebut adalah Azmi Long dan Redwan Long. Mereka berdua dengan beberapa rakan yang lain seperti Hashim Ismail, Ahmad Tarzan, darus Chin dan Yadin Hashim telah berjaya menamatkan pelajaran silat ini. Namun begitu, atas sebab disiplin dan Azmi Long dan Redwan Long telah dipecat dari menjadi ahli PSSBSK dan dari ahli Silat Cekak. Semua ahli jawatankuasa PSSBSK juga telah bersetuju dengan pemecatan tersebut.

Kedua-dua mereka telah tidak puas hati terhadap tindakan pemecatan tersebut. Mereka telah menyerang Ustaz Hanafi di stesen keretapi Butterworth pada hari Jumaat 15 Mei 1970. Ketika itu Ustaz Hanafi sedang duduk di dalam kereta. Ustaz Hanafi telah berjaya mengatasi serangan mereka dan sejak itulah kaedah menangkis serangan sewaktu sedang duduk telah diperkenalkan oleh Ustaz Hanafi dengan nama Buah Kusyen.

Peristiwa tersebut tidak berakhir di situ. Kedua-dua mereka telah membuat laporan polis dengan menuduh Ustaz Hanafi yang menyerang mereka. Oleh sebab itu, Ustaz Hanafi telah ditahan di lokap polis di Butterworth. Peristiwa ini berlarutan hingga ke mahkamah di mana Marina Yusof , (Datuk) sebagai hakim pada waktu itu telah mendapati Ustaz Hanafi tidak bersalah.

Azmi Long dan Redwan Long masih tidak berpuas hati terhadap peristiwa yang berlaku. Mereka kemudian telah pergi berjumpa Encik Yahaya Said di Batu Kurau , Perak dan bergabung dengan Encik Yahaya Said untuk mengembangkan semula Silat Kalimah. Mereka percaya dengan kekuatan Encik Yahaya Said yang sebelum ini sebagai guru Ustaz Hanafi akan dapat mengalahkan Ustaz Hanafi. Itulah harapan mereka. Namun sejarah telah memaklumkan kepada kita semua bahawa mereka tidak berjaya mengalahkan Ustaz Hanafi walaupun mereka mencuba berbagai cara. Silat Cekak yang diusahakan oleh Ustaz Hanafi terus berkembang.

Secara ringkas dan pengajaran yang boleh diambil dari perisiwa di atas ialah Allah swt sentiasa berada bersama-sama orang yang benar. Tidak kira samaada seseorang itu sebagai guru ataupun anak murid, jika mereka tidak menjalankan amanah dan tidak melakukan sesuatu berlandaskan kebenaran, maka Allah swt akan menghancurkan mereka.

Episod seterusnya penghijrahan ke Kuala Lumpur

Mini Bazar Kelab dan Persatuan (Hari Kedua)



Hari kedua tiba........

Pada kali ini kami berazam untuk mengumpul lebih ramai ahli baru. Pada hari ini kami berazam akan mengumpul ahli baru seramai 10 orang. Kami sudah tidak lagi menumpukan usaha dalam bidang demonstrasi.. Tetapi pada hari ini kami lebih fokus untuk mendekati para pengunjung bazar secara lebih dekat.




Flyers diedar.. penerangan demi penerangan kami sajikan kepada para pengunjung. Ada yang terpegun dengan penerangan kami, tak kurang ada juga yang mahu kami menunjukkan bagaimana silat melayu asli ini berfungsi. Kami juga melakukan lebih banyak pendekatan kepada kaum hawa. Kami menerangkan kepada mereka bahawa silat ini adalah silat silat yang paling sesuai untuk mereka kerana Silat Cekak tidak perlu kepada kekuatan yang luar biasa, Kami juga menerangkan Silat Cekak adalah bebas dari unsur tahyul dan khurafat. Thanx to Kei, Dayana, Arafat dan Azwan yang penat meronda satu UPTEN mencari mangsa untuk penyebaran dakwah ini. hehehe




Tidak kurang juga ada yang ingin "try" Silat ini dan kami membuka ruang kepada mereka. Tapi mereka hanya mintak kami demokan sahaja.( Ceh~)... Papan sekeping yang kami pamerkan seolah-olah menjadi umpan kepada para pengunjung hinggakan ada antara mereka bertanyakan "papan ni untuk dipecahkan dengan tangan ke?".. Kami hanya mampu tertawa sebentar dan akhirnya menerangkan bahawa Silat Cekak adalah Silat Papan Sekeping. Kami juga mendemokan kepada mereka bagaimana kami bersilat diatas Papan Sekeping. Dan umpan mengena. hehehe.. Ada antara mereka yang terus berdaftar setelah melihat kesesuaian Silat Cekak ini walaupun di atas papan sekeping.




Target berjaya. Matlamat kami untuk mengumpul 10 orang ahli baru pada hari itu melebihi 12 orang. Alhamdulillah. Sesi bergambar sebelum menutup "kedai" berlaku. Biasalah mereka ni,, masing-masing ramai yang gila gambar...


Mini Bazar Kelab dan Persatuan (Hari Pertama)


Yeeaaaaahhh~

Mini bazar kembali lagi. Semua kelab dan persatuan tidak ketinggalan mempromosikan persatuan masing-masing. Tidak ketinggalan juga Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi UNITEN yang telah dijemput untuk mengadakan demonstrasi perasmian pada majlis perasmian Bazar Kelab dan Persatuan pada kali ini.



Seperti biasa, pada hari pertama, sambutan memang menggalakkan tetapi mungkin masih ramai pelajar yang tidak dapat memeriahkan bazar ini pada hari pertama. Walaubagaimanapun syabas dan tahniah buat Majlis Pewakilan Pelajar khususnya kepada saudara Aliff Irsyad bin Ngah selaku exco Kelab dan Persatuan MPP UNITEN.



Pada hari pertama,kami lebih sibukkan dengan aktiviti demonstrasi dan exco-exco wanita pula sibuk dalam urusan menjaga booth kami dalam memberi ruang untuk ahli-ahli baru yang ingin berdaftar. Squad demo juga sibuk memperagakan uniform Silat Cekak Hanafi hinggakan ada uniform mereka yang tidak pernah lucut sehinggalah mini bazar pada hari pertama habis.

Demo Publisiti 15 Disember 2008.


Pada 15 Disember yang lalu, Squad demo kembali menghangatkan ruang makan COE (COE foodcourt) dalam melakukan persembahan khas sempena pengambilan ahli baru. Pada semester lepas juga mereka ada melakukan demonstrasi silat dan pada semester ini sekali lagi mereka menggegarkan ruang itu dengan jeritan crook dan ketangkasan si hero dalam melakukan buah.



Pada hari itu juga, kami ada menjemput squad demo dari Silat Gayong Malaysia UNITEN sebagai lambang bahawa silat-silat di UNITEN adalah bersatu dalam memartabatkan seni silat melayu ini.


Kami akan siarkan video demonstrasi ini pada keluaran akan datang dalam masa terdekat ini insyaAllah.....

Banner pengambilan ahli baru berkibar megah..


Salam.........

Pengambilan ahli baru bermula lagi. Pada kali ini para exco berazam untuk bekerja sedaya termampu untuk memantapkan lagi pengurusan sempena pengambilan ahli baru.

Antara daya yang dilakukan ialah seperti penggantungan banner ini. Pemgambilan ahli baru akan diadakan selama 2 minggu dari 15 disember 2008 hingga 26 disember 2008.

HIDUP CEKAK HANAFI!!!!!!!!!

Sunday, December 14, 2008

Squad Demo Shooting




Ready~ roll kamera... action!!!!

Itulah antara jeritan dari pengarah untuk shooting video publisiti. Pada 13 dismber 2008 jam 9.00 pagi bertempat di hutan COIT, squad demo melakukan kerja-kerja seolah-olah pelakon filem arahan Aziz M Osman. Mereka melakukan shooting untuk menghasilkan video "Sertai Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi UNITEN".

Hal ini kerana video publisiti yang lama tidak dapat dikesan. Jadi atas kewibawaan mereka ini, mereka bertungkus lumus menyediakan video baru agar video ini kembali diwarisi oleh exco-exco yang akan datang.

Mereka berkumpul di parking lot COIT jam 8.00 pagi. Lalu lepas semua datang, bergeraklah ke Hutan COIT untuk bershooting. Masing-masing berpakaian ala-ala pendekar begitu. Penat, ketawa guling-guling, semuanya menghiasi suasana shooting mereka pada hari tersebut. Nyamuk pulak berkenduri meratah darah mereka. Maklumlah, baru lepas hujan. Tanah pun lembab.




Selepas itu bergerak ke Parking lot Perpustakaan UNITEN untuk lokasi shooting seterusnya. Wah, inilah kalimaks untuk video ini. Yang Dipertua Syed Azam shah turut hadir menunjukkan sokongan dan memberikan sedikit nasihat berguna untuk mereka.




Nak tengok video ni??? Tungguuuuuuuuu........ Malam Silaturrhim yang akan diadakan pada 16 Januari 2009 adalah tarikh video ini dilancarkan. Nantikan...

Cekak Hanafi UNITEN berpindah bilik




Pada jumaat yang lepas, exco-exco kita berkerjasama mengangkat barang untuk bernpindah bilik. Umum kita tahu, HEP telah pun keluarkan arahan untuk mengosongkan bilik-bilik persatuan di tingkat 3 blok BM College of Engineering. Jadi Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi UNITEN turut mendapat bilik baru.

Kami berkumpul pada 2.30 petang di bilik persatuan. Sampai-sampai je kami tengok sume barang dah berkemas dan hanya untuk diangkat. Terima kasih kepada saudari KEi yang gatal-gatal kemas tu semua. hehehehehe. So berpeluh-peluhlah exco-exco ni mengankat barang. Mula-mula depa angkat taruk kat depan lif dulu. Sampai orang-orang yang nak naik lif tak jadi nak naik lif sebab barang-barang kita conquer.




Lepas tu bila dah taruk kat ground floor abang lori lak sesat tak jumpa BM katne. Adoi~~~... Berlari-larilah yana mengejar abang lori tu. Ade ke die kejar lori dengan kaki. Kejar la ngan moto ke... Selepas tu bila lori dah jumpa kami, kami pun angkutlah barang-barang tu ke lori. Sampailah ke bangunan D'nim, kamipun sekali lagi berpeluh-peluh mengangkat barang-barang ke tingkat 3. Dahla takde lif. Penatnya tuhan je yang tahu.





Selepas angkat barang kami pun lepak sekejap kat cafe yang terdekat. Cerita macam-macam lepas tu sambung balik susun barang di Bilik Persatuan yang baru. Kami abis berkemas pada pukul 6.00 petang.