Monday, May 18, 2009

JELAJAH DEMO TOUR SILAT CEKAK HANAFI UNITEN EPISOD 1



Jelajah Demo Tour Silat Cekak Hanafi UNITEN ke Sekolah Kebangsaan Jalan Empat. Pada 16 mei 2009, seluruh Malaysia akan menyambut Hari Guru. Pada hari ini kita juga tahu banyak aktiviti yang menyeronokkan akan dirancang oleh pihak-pihak sekolah.

Nanti jika orang bertanya apa sumbangan Cekak Hanafi UNITEN terhadap masyarakat dalam mengembangkan silat cekak tinggalan Almarhum Ustaz Hanafi?

Jadi inilah salah satunya usaha kami. Memperkenalkan Silat Cekak Hanafi kepada warga sekolah Jalan Empat Bandar Baru Bangi yang mana pada hari itu juga turut dihadiri oleh para ibu bapa dan masyarakat keliling di sekitar sekolah.Tour ini bermula dengan penghantaran kertas kerja kepada pihak sekolah melalui Guru Besar Sekolah Kebangsaan Jalan Empat Bandar Baru Bangi.

Sebaik sahaja puan guru besar menerima kertas kerja tersebut beliau begitu terperanjat bercampur teruja kerana pada hari guru nanti akan ada satu persembahan silat. Guru-guru lain juga turut teruja kerana perkara ini adalah julung-julung kali berlaku dalam 10 tahun perayaan hari guru mereka.

No comments: