Monday, August 1, 2011

Usrah :Kebatinan dalam Silat Cekak

Pada 30 julai 2011 jam 9 malam bertempat di Akademi Silat Cekak Hanafi, telah diadakan usrah bertajuk Kebatinan Dalam Silat Cekak. Tajuk ini telah dikupas oleh CEO Akademi Tuan Haji Amruddin bin Haji Buang dengan baik sekali. Sambutan program adalah menggalakkan dan program ini akan dijalankan dari masa ke semasa.






Monday, July 25, 2011

Sekitar Malam Penghargaan Wajadiri 2011

Pada 23 julai 2011 jam 9 malam telah diadakan Malam Penghargaan Wajadiri 2011 bertempat di Pusat Aktiviti Pelajar Uniten. Kehadiran adalah sebanyak 33 orang yang turut disertai oleh ahli-ahli dari Pusat Latihan Bandar Baru Bangi, Akademi SCH dan ahli-ahli dari KUIS. Majlis adalah berbentuk santai beserta hidangan BBQ diserikan dengan cabutan bertuah. Acara ditutup dengan nyanyian karaoke oleh mantan YDP Mohd Azwan Othman, Luqmanul Hakim (mantan NYDP), dan yang menggamatkan lagi adalah nyanyian dari Tuan Penyelia Faizul Azwan Razak dan pembantu penyelia Saudara Nor Amir. Acara berakhir pada jam 11.30 malam.

Pihak Persatuan mengucapkan jutaan terima kasih kepada yang sudi hadir menjayakan majlis ini bersama. Jasa baik anda hanya Allah yang mampu membalasnya.














Thursday, July 14, 2011

Sekita Perjumpaan Tenaga Pengajar Zon Bangi

Pada 14 Julai 2011 jam 10 malam telah diadakan perjumpaan Tenaga Pengajar Silat Cekak Hanafi Zon Bangi. Perjumpaan bertempat di Pusat Latihan Bandar Baru Bangi dan dihadiri oleh semua tenaga pengajar yang berkhidmat di zon bangi. Dalam perjumpaan telah diselaraskan jentera tenaga pengajar dan telah dibincangkan mengenai misi dan hal-hal berbangkit. Alhamdulillah perjumpaan berlansung dengan lancar dan satu kata sepakat telah diperoleh. Tahniah diucapkan


Sunday, June 26, 2011

Wajadiri Universiti Teknologi Petronas (UTP)

Alhamdulillah segalanye berjalan dgn lancar... walaupun UNITEN tak kaut kategori Johan Keseluruhan Lelaki n Wanita IPT tapi kitorang tetap pulang ngn semua 14 peserta peroleh pingat masing-masing... bak kate org sejarah berulang.. UTP lah tmpat semua peserta UNITEN bawak balik pingat.. Tahniah pada sume perta UNITEN.. tak lupe tahniah juge kpd semua tenaga kerja UTP n akademi yg telah brjaye menjayakan wajadiri 2011.. wohooo..!

Keputusan bagi Team Wajadiri UNITEN :

(Kategori Lelaki)

1. Pasangan Kaki (Perak) : Muhamad Izuan Bin Mohd Ramli
                                          Mohamed Naqib Bin Mohamed Nazri

2. Papan Sekeping (Gangsa) : Muhamad Izuan Bin Mohd Ramli
                                              Mohamed Naqib Bin Mohamed Nazri
                                              Alif Shahzuan Bin Shahril
                                              Aditiya
                                              Nor Saiful Bin Ahmad
                                              Amirul Faiz

3. Umum (Perak) : Muhammad Al-Azi Bin Mohd Latif
                             Hafizulesyak Bin Muhammad Isa
                             Muhammad Shahrul Khairi Bin Ahmad Khairi
                             Muhamad Fahmi Bin Abd Talib
                             Wan Syazni
                             Reza

(Kategori Wanita)

1. Pasangan Tongkat (Emas) : Nor Hafizah Binti Rahman
                                              Shazwanee Maysarrah Binti Kasdeen Azwan

Saturday, June 18, 2011

Majlis Petua Kelas Taman Pulai Impian, Seremban

18 Jun 2011 – Majlis petua telah dianjurkan oleh kelas latihan Taman Pulai Impian dan tidak ketinggalan Ahli-ahli tamat dari persatuan kita turut hadir untuk mengambil ilmu daripada YM Guru Utama. Majlis telah berlansung pada jam 10 pagi dan selesai pada jam 12.45 tengahari. Persatuan mengucapkan tahniah kepada ahli-ahli tamat kelas Simpang Pulai yang telah Berjaya menamatkan silibus Silat Cekak Hanafi dan diperturunkan petua-petua berguna untuk diamalkan pada masa akan datang.
















Boling Interclub Anjuran Majlis Pewakilan Pelajar

Pada 17 jun 2011 bertempat di Mines bowl telah dianjurkan
satu pertandingan boling interclub yang telah diusahakan oleh
Majlis Pewakilan pelajar Uniten. Pihak Persatuan telah
menghantar wakil pemain sebanyak 4 orang dan disertai oleh
beberapa ahli lain. Persatuan Seni Silat Cekak ustaz Hanafi Uniten mengucapkan
setinggi tahniah pada Majlis Pewakilan Pelajar dan semua yang telah berjaya
menjalankan acara ini dengan jayanya.












Tahniah dan syabas.