Saturday, October 11, 2008

Untuk budak-budak asas~~


Salam untuk ahli-ahli asas. Alhamdulillah. anda semua dah pun sampai antara buah jatuh kan? So tahniahla. So disini kitaorang berhajat untuk memperkenalkan lagi Silat Cekak Hanafi pada anda semua so that anda betul-betul faham apa yang kami akan berikan kepada anda. Janganlah hanya belajar tapi taktahu apa yang anda belajar.. Malu nak bertanya? Takpe.. disini kami pertontonkan kepada anda.


So lepas ni rajin-rajinlah datang kelas latihan so korang akan cepat tamat. Memanglah Falsafah silat kita adalah "Pakai Tak Pakai, Tak Pakai Pakai" tapi korang janganlah pulak reka falsafah "Datang tak Datang, Tak Datang Datang" untuk kelas latihan pulak~ Enjoy~
(P/s:Video ini adalah diadaptasi dan penerbitannya adalah semasa Mantan Guru Utama masih menerajui Silat Cekak Hanafi, dan video ini hanya sekadar tontonan sahaja, bukan melambangkan Mantan Guru masih menerajui persatuan)

Ustaz Hanafi dalam kenangan




Siapa Ustaz Hanafi? Kita belajar Silat Cekak Hanafi tapi adakah kita benar-benar kenal Ustaz Hanafi? Kenapa kita namakan Silat Cekak Hanafi? Sebab semasa Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz hanafi Malaysia ditubuhkan pada 1993, Ahli-ahli lama berpendapat "Cekak itu Hanafi dan Hanafi itu Cekak". Bukan kita taksub dengan Ustaz hanafi. Tapi itulah dia. Ustaz Hanafi dan Silat Cekak tidak dapat dipisahkan. Kita harus sedar jerih perih Ustaz semasa ingin memperkembangkan silat ini.




Beliau pernah menumpang lori dari Kedah ke Kuala Lumpur semata-mata untuk mengembangkan Silat Cekak. Pernah difitnah dengan perempuan, pernah dikhianati oleh anak murid sendiri. Pernah cuba dibunuh oleh anak murid sendiri. Macam-macam dugaan yang ditempuhi.




Bagaimana Ustaz bersilat? Orang-orang lama mengatakan Ustaz bongkok sedikit bila bersilat sebab mudah buat buah dengan laju. Semasa menyerang pula Ustaz letak tangan kiri yang tidak menyerang ke perut agar mudah untuk potong. Agak menarik bila kita kenal guru kita walaupun Beliau dah tiada. "Bagaimana kita nak mengasihi Nabi kita kalau ibubapa yang didepan mata kita pun kita tak kasih". Itulah antara pesanan Ustaz kepada kita.





Kehebatan parang lading


Okeh. Normal kita tahu Parang Lading adalah kebanggaan kita sebagai pesilat Cekak. Tapi bagaimanakah penggunaannya dalam persilatan? Kadang-kadang kita ni walaupun dah tamat tapi tetap tak berkesempatan untuk tengok penggunaan parang lading dan kehebatannya dalam persilatan. Umum kita tahu Senjata ini hanya digunakan untuk mempertahankan diri sahaja dan bukan untuk menyerang. So tentu ada antara kita yang nak tahu cara menggunakannya. Nak tunjuk live memang la tak boleh sebab ni dah sampai tahap rahsia. So ape kata lihat bagaimana Senjata ini berfungsi. Ia adalah suatu rahsia yang bukan lagi rahsia tapi tetap menjadi rahsia.

Demo open day.







Okeh. ni nak cerita sikit pasal demo yang penah kita buat masa openday Uniten yang lepas. Masa ni Shah Aizat masih lagi sebagai YDP persatuan kita. Jadi pihak pengurusan open day ada jemput kita untuk lakukan demo kepada para pengunjung yang datang.




Yang kelakarnya semua budak-budak tamat malas nak turun demo. So along dengan kuasa vetonya telah mengarahkan budak-budak yang dah masuk peringkat potong join demo. Peerrrrghh... first time dalam sejarah budak peringkat potong masuk demo. Kelakar pun ada gak. So tengok la demo yang disertai oleh budak-budak potong ni. Thanks to Hafiz Jamil sebab conduct demo ni. Uniform budak-budak potong ni pulak ramai yang dok pinjam.. hehehe... mana taknya. tamat pun belum memangla takde unifrom lagi.


Wednesday, October 8, 2008

Ucapan untuk semua ahli ~ dan rakan-rakan silat yang lain~

owh ..owh.. asyik ydp n exco aje bagi ucapan.. ahli pon nak jugak kan...so... ruangan ni tuk semua orang nak bagi ucapan...

macam biasa laa.. ucapan boleh dibuat diruangan komen ok?~

ucapan raye aje...sebarang cubaan untuk memberi ucapan hari jadi ataupun ucapan final exam akan di hukum geli sampai nangis! lols.. dah2x.. ucapan aye aje!!!

Monday, October 6, 2008

Nostalgia Demo Larian 10 Tahun

Jom enjoy tengok demo nih. Demo ni agak lama gak la. Tp mse 1st time penulis tengok demo nih meremang bulu roma especially masa music tengah klimaks.. puh. Demo di dibuat di mini stadium. So enjoy k~

Saturday, October 4, 2008

Demo kebal





Alhamdulillah.. cuti raya pun dah abis.. sekarang dah sampai masa untuk student-student Uniten kembali memecahkan kepala untuk Test 2 dan Final exam.. Gelak ramai-ramai. kah3..




Okeh.. Gelak punya gelak jom kita imbau balik antara demo yang penah kitaorang buat. Antara demo yang pernah kitaorang buat adalah "Demo Kebal". Kenapa nama dia kebal? Sebab masa tu Kelab Bencana Alam (KEBAL) tengah buat dinner, si Emylia ni lak gatal sangat nak Silat Cekak hanafi buat demo, Kitaorang pu layan jelaaa. Kalau ada kelakar jangan la gelak. Sebab memang bengang gak dengan penjaga music tu, orang dah pesan suro pasang kuat, dia pasang setakat sedap telinga dia mendengar je.. Ketuk kepala tu kang!