Tahniah kepada semua ahli persatuan seni silat cekak ustaz hanafi uniten kerana menunjukkan semangat ukhuwah dalam menjayakan booth pengambilan ahli baru persatuan bertempat di Upten. Hiasan booth bermula pada jam 6 petang diikuti rehearsal demo perasmian leh squad demo persatuan. Pada kali ini Squad demo persatuan sekali lagi dijemput untuk mengadakan demo perasmian dan menyaksikan muka-muka baru dalam menjayakan persembahan kali ini. Tahniah diucapkan
Wednesday, May 18, 2011
Monday, May 16, 2011
Kelas latihan dibuka semula
Wednesday, May 11, 2011
Pengumuman sambungan kelas latihan Silat Cekak Hanafi
Dimaklumkan bahawa kelas latihan persilatan akan dimulakan semula.
Tarikh : 16 Mei 2011
Tempat : Mini stadium
Masa :9 malam
Semua ahli dikehendaki hadir.
PARLIMEN MAHASISWA SIRI 3
Berkenaan Pusat Aktiviti Pelajar "The Loop" (kat ATM Library)
1) bilik meeting dah bertambah (satu je)
2) ade bilik discussion untuk student (muat 6-8 orang)
Berkenaan Bazaar 2011
- program pada 18-19 Mei 2011 bersamaan pada hari Rabu dan Khamis
Perkara penting!!! (MT take note eh)
1) update Takwim aktiviti untuk semester ni
2) Takwim sesi depan perlu dihantar selewatnya 31 Julai 2011
3) AGM mungkin diadakan pada bulan Ogos ataupun September
Program Bersama MPP
- MPP akan anjurkan Boling Interclub pada 18 ataupun 25 Jun. (tarikh lom kompem)
- satu Team = empat orang
- Bayaran RM 40 = 3 game sekali ngan makan
info kat atas ni antara yang penting je.. ade lagi sebenarnye.. untuk info lanjut lawatlah blog MPP.. tq
Majlis Tertinggi Persatuan Bersidang
Pada 11 Mei 2011 jam 4.15 petang di Upten, Majlis Tertingi Persatuan telah bersidang bagi menetukan halatuju persatuan pada semester ini dan pada masa akan datang. Pelbagai tujuan dan rancangan telah dirangka bagi memantapkan dan melicinkan pentadbiran persatuan bagi menempuh semester ini dan semester akan datang. Kehadiran adalah Yang Dipertua Muhammad Izuan Ramli, Naib Yang Dipertua Norhafizah Rahman dan Setiausaha Agung Muhammad Al-azi Latiff.
Persidangan ini juga dihadiri oleh mantan Yang dipertua Mohd Azwan Othman sebagai usaha membantu dan memberi kerjasama kepada majlis tertinggi dalam merangka program pada semester ini. Sidang ini juga sebagai persediaan bagi mesyuarat exco kali pertama yang bakal berlansung esok.
Persidangan ini juga dihadiri oleh mantan Yang dipertua Mohd Azwan Othman sebagai usaha membantu dan memberi kerjasama kepada majlis tertinggi dalam merangka program pada semester ini. Sidang ini juga sebagai persediaan bagi mesyuarat exco kali pertama yang bakal berlansung esok.
Sunday, March 6, 2011
B'DAY YDP SILAT CEKAK USTAZ HANAFI UNITEN..!
Tahniah kami ucapkan kepada YDP Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi UNITEN kerana umurnye yang dah meningkat ke 22 tahun ye tahun ni.. tahniah2.. semoge surprise td betul2 surprise bg YDP.. semoge panjang umur n murah rezeki.. :)
DWI PROGRAM : MAJLIS PETUA & FORUM "KRISIS 1993"
Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi sekali lagi menganjurkan dwi majlis sama mcm tahun lepas.. kehadiran YM En. Marwi turun padang mengendalikan majlis petua di sebelah pagi.. di sebelah petang pulak majlis diserikan lagi dgn kehadiran dua tetamu khas dari Ahli Lembaga Pelajaran dan Tatatertib iaitu En. Azlan Shah dan Tn. Hj Amruddin Hj Buang sebagai ahli panel.. moderater pulak diambil alih oleh saudara Azwan Othman.. keseluruhan majlis bermula pada pukul 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 5.00 ptg.. majlis turut dihadiri oleh beberapa IPT dan wakil daripada Ibu Pejabat.. Sekitar majlis..
Sekalung penghargaan kami dari Silat Cekak UNITEN berikan kepada tetamu jemputan dan juga tetamu dari IPT yang hadir dan tidak lupa juga wakil dari Ibu Pejabat.. terima kasih
Sekalung penghargaan kami dari Silat Cekak UNITEN berikan kepada tetamu jemputan dan juga tetamu dari IPT yang hadir dan tidak lupa juga wakil dari Ibu Pejabat.. terima kasih
Subscribe to:
Posts (Atom)

































