Monday, August 9, 2010
Sekitar Futsal Segitiga Platinum
Pada 5 Ogos lalu, telah diadakan futsal segitiga platinum di Megah Futsal bangi. Seramai lebih 14 orang telah mengambil bahagian dalam riadah ini. Persatuan melihat riadah ini sangat positif dan insyaAllah akan diadakan lagi pada masa akan datang.





















Sunday, August 1, 2010
Sekitar Majlis Anugerah Kecemerlangan Silat Cekak Hanafi 2010

Pada 1 Ogos 2010, telah berlansung Majlis Anugerah Kecemerlangan Silat Cekak Hanafi setelah 3 tahun. Majlis ini berlansung dengan penuh meriah dan lancar sekali. Penerima-penerima pingat Seri Utama, Setia dan berjasa diraikan dalam Majlis ini. Majlis ini juga diadakan untuk menyampaikan Sijil Menengah Persilatan kepada penuntut-penuntut Silat Cekak Hanafi yang telah lulus. Begitu juga disampaikan Sijil Rendah Persilatan kepada para penuntut yang telah berjaya lulus dan lulus dengan kepujian. Tahniah juga kepada ahli kita iaitu Muhammad Izuan Ramli dan Muhammad Al-Azi Mohd Latiff kerana berjaya dalam ujian Sijil Rendah Persilatan dengan Kepujian.
















Sekitar Kejohanan Wajadiri Nasional 2010

Alhamdulillah. Pada 31 Julai 2010 telah berlansungnya Kejohanan Wajadiri Nasional di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak. Pihak persatuan amat gembira kerana penyertaan peserta CH uniten pada tahun ini meningkat dari tahun-tahun sebelumnya. Kita amat berharap angka ini akan bertambah hasil daripada 22 orang penuntut-penuntut baru yang sedang diperturunkan ilmu panglima ini. Tahniah kepada peserta-peserta yang mendapat pingat. Pujian juga kepada squad lelaki kerana sanggup bertolak ke sana pada jam 2 pagi dan sampai di Gombak pada 3.30 pagi serta bermalam di Masjid Gombak. Semoga semangat silat akan terus mekar di sanubari semua ahli.
Hidup Cekak Hanafi!












































Subscribe to:
Posts (Atom)