Thursday, October 23, 2008

Bilik Persatuan Berkemas




Ini ada sedikit report untuk ape yang telah dilakukan oleh exco hal ehwal siswi. Pada minggu lepas beliau telah berjaya menjalankan tugas beliau buat kali pertamanya. Hehe. Terima kasih kami ucapkan kepada Noor Hafiza dan Biha kerana sudi mengemas bilik persatuan. Semasa penulis berkunjung ke bilik pada pagi itu bilik persatuan masih lagi ditahap yang lama. Tapi bila penulis datang semula pada bilik persatuan pada petangnya penulis berfikir. “Aku ni salah bilik persatuan ke”. Bila tengok dua tiga kali benarlah ini bilik Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi UNITEN. Bila dah kemas nampak lain la sikit. Bukanlah bermakna bilik ni tak penah berkemas. Tapi ramai yang susah nak luangkan masa untuk mengemas sebab masing-masing banyak urusan masing-masing. Untuk semua ahli, kami alu alukan anda datang ke bilik persatuan untuk memeriahkan lagi bilik ini. Tak kisah la dah lama tak turun latihan ke tak. Anda tetap ahli kami.

No comments: