Thursday, June 25, 2009

Perjuangan kembali bermula..


Alhamdulillah.. Setelah 3 bulan warga uniten termasuk ahli-ahli persatuan kita berehat panjang.. Kini tiba masanya kita kembali semula ke lubuk kita. Kepada Exco-exco Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi UNITEN bersedialah untuk membangunkan semula persatuan kita. Proses "replanting" telah pun bermula dimana proses ini adalah proses untuk melicinkan lagi pentadbiran dan perancangan persatuan kita dimana pelbagai rancangan dan strategi untuk menambah bilangan ahli baru telah dirangka.

Terdapat juga rancangan lain yang mana khusus untuk mengeratkan lagi persaudaraan antara ahli lama dan ahli baru. Yang mana perkara ini akan diumumkan dari semasa ke semasa oleh Exco yang berwajib.

Jadi sempena pembukaan semester yang akan datang, perkara berikut ingin kami sampaikan pada para ahli:

1 . Kelas latihan akan bersambung pada 8 Julai 2009 pada hari dan waktu yang sama.
2 . Satu Demonstrasi Silat pada minggu Orientasi akan diadakan pada 30 Jun 2009
3 . Pertandingan Wajadiri Nasional Di Universiti Kebangsaan Malaysia (ahli tamat
bersedia)
4 . Sesi pengambilan ahli baru untuk semester baru.


Jadi sama-samalah kita menyemarakkan lagi usaha kita dalam memartabatkan Silat Cekak di bumi UNITEN

Hidup Cekak Hanafi!!

No comments: