Thursday, July 2, 2009

Demo Gabungan Silat Cekak Hanafi dan Martial Arts Uniten





Pada 2 Julai 2009 bertempat di Dewan Seri Sarjana di Universiti Tenaga Nasioanal telah memahat satu peristiwa yang bersejarah. Satu penggabungan dan kerjasama padu antara semua pertubuhan Seni Beladiri di UNITEN bergabung tenaga untuk mengadakan satu persembahan khas di hadapan pelajar-pelajar baru.

Peristiwa ini telah berlaku buat julung-julung kalinya. Dalam demonstrasi ini, antara pertubuhan seni beladiri yang terlibat adalah Silat Cekak Hanafi, Silat Seni Gayong, Karate-Do, dan Capoeira. Pakatan ini telah diwujudkan pada Isnin yang lalu. Perbincangan telahpun dirangka untuk memastikan persembahan terbaik dapat dipersembahkan. Akhirnya satu kata sepakat telah berlaku. Segala kronologi persembahan dirangka dengan baik sekali.






Pada hari kejadian, Squad Demo Silat Cekak Hanafi datang ke Dewan Seri Sarjana seawal 11.00 pagi. Begitulah komitmen yang ditunjukkan oleh ahli-ahli squad demo. Seribu tahniah diucapkan kepada mereka. Anda mewakili ratusan ahli Cekak Hanafi UNITEN. Kami semua sempat berlatih dengan semua squad demo dari pelabagai Seni Beladiri. Perkemasan buah giat dijalankan.

Akhirnya demo berjalan. Tepukan gemuruh bergema apabila squad melangkah masuk ke pentas. Sorakan yang padu kedengaran memecah hening Dewan. Sehinggalah ke akhir persembahan. Sorakan kedengaran. Nyata persembahan kali ini amat menarik sekali pada pelajar-pelajar baru.

Semoga Silat Cekak Hanafi UNITEN terus maju.

akan datang - video demonstrasi



No comments: