Sunday, September 28, 2008

ORGANISASI PENTADBIRAN PERSATUAN SENI SILAT CEKAK USTAZ HANAFI UNITEN SESI 2009/2010

Yang Dipertua

Mohd Azwan Othman


Naib Yang Dipertua

Luqmanul Hakim bin Azman


Setiausaha Agong

Muhd Izuan bin Ramli


Bendahari Agong

Noor Dayana binti Ramie


Naib Setiausaha Agong

Nor Hafiza binti Rahman


Naib Bendahari Agong

Nabihah binti Fauzi


...................................

Exco Data dan Maklumat

Muhammad Hafizulesyak bin Mohd Isa


Exco Latihan dan Persilatan

Muhammad Faiz bin Mazlan



Exco Publisiti dan Promosi

MOHD FAKRUL HELMI


Exco Sukan dan Rekreasi

AL-AZI BIN MOHD LATIF


Exco Kebajikan

HANAFI BIN YUSOF


Exco Ekonomi

KHAIRUL AMRAN BIN NAZRI


Exco Hal Ehwal Siswi

RABIHAH BINTI MD RASHID

Saturday, September 27, 2008

Pemergian Prof Jamilin (Penasihat Persatuan)






Genap 25 September, adalah merupakan hari terakhir Prof Madya Jamilin Jais menjalankan khidmatnya sebagai pensyarah dan sebagai penasihat Persatuan seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Universiti Tenaga nasional. Pada jam 4.20 petang pada 25 Spetember 2008, Exco-exco Persatuan kita telah berkunjung ke pejabat Prof untuk mengucapkan selamat jalan.


Pada mulanya kami berjanji dengan beliau untuk berjumpa apda pukul 12 tengahari, tetapi beliau tidak ada di dalam bilik. Akhirnya kami berjaya berjumpa dengan beliau pada pukul 4.20 petang seperti yang dijanjikan. Dalam pertemuan ini, kami sempat berbual mengenai kerjaya baru yang bakal beliau tempuhi di Middle East sebagai pensyarah di sana. Beliau akan bertolak ke Riyadh pada raya ke 5. Pada awalnya kami merancang untuk beraya ke rumahnya tetapi mengenangkan raya ke 5, ramai pula yang tak balik Uniten lagi. So tak dapat la kot. Tapi walaupun kejap, at least puas hati jugak dapat jumpa Prof buat kali terakhir. Memang kehilangan beliau amatlah kita semua rasai terutamanya alumni-alumni yang pernah bekerja keras dengan beliau.


Apa-apapun prof, kami ucapkan selat berjaya pada prof. Senang-senang jenguklah blog kami ni kalau rindu.

Friday, September 26, 2008

Karnival kelompok.






Macam mana Persatuan kita buat duit??


Inilah salah satu cara kami cari duit. Kalau ada karnival yang memberi peluang mana-mana kelab dan persatuan untuk berniaga kami akan ambil peluang. Tapi bukan tu je cara kitaorang cari duit. Ada jugak cara lain. Melalui program-program yang kami buat kalau tak untung banyak sikit pun ade la sikit-sikit.


So pada semester 2 sesi 2007/2008, Persatuan kita join satu Karnival yang dipanggil Karnival Kelompok. Dalam karnival ini kami ada jual air tin, dadih, dan yang paling mahal HOT DOUG yang kami jual. Ramai betul orang beli. Sebab apa ramai orang beli? Sebab ni Cheezy hotdog. Sape tak terliur.

Nostalgia Demo Open day 2007/2008

Ini merupakan salah satu koleksi video demo silat yang kami kumpul. Khas untuk tatapan anda.
~And Enjoy~

Thursday, September 25, 2008

Minda Hanafi 2





Pada 25 julai 2008 pulak Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi UNITEN telah menganjurkan Minda Hanafi buat kali kedua. Program kali ini nampak lebih meriah sebab jiran-jiran seangkatan dengan kita dari IPT-IPT yang berdekatan telah hadir memberikan sokongan. Jutaan terima kasih kami ucapkan pada Silat Cekak Hanafi UKM Bangi dan Silat Cekak Hanafi UPM yang telah turut memeriahkan lagi majlis ini.


Ceramah kali ini lebih menarik dan agak series sikit la. Mana taknya, yang bagi ceramah tu Tuan Haji Amrahi kita. Banyak ilmu dan sejarah yang dah dia turunkan pada hadirin malam tu. Ketawa ada, meremang bulu roma pun ada. Dari nama "Cekak" sampailah parang lading sume die cerita hikmah disebalik tu semua. Tapi kesian sket kat budak-budak asas. Ramai antara diorang yang blur sebab ceramah tu melibatkan pemahaman orang-orang tamat. hahaha

WAJADIRI 2008 UNITEN PE CE??






salam salam salam...Haaa... ni nak cerita ni bab wajadiri. walaupun dah lepas pada 8 Jun yng lepas... tapi ahli-ahli mesti ramai yang tak tahu pencapaian Persatuan kita. Sampai ada yang tanya "wajadiri pe ce korang ni??""Ni yang kitaorang nak bagitau ni.. ok..


Ada banyak kategori yang dipertandingkan. Tapi Persatuan kita menyerti 5 Kategori iaitu:


1.Umum

2. Menangkis serangan pisau (lelaki dan wanita)


3. Menangkis serangan kaki (lelaki sahaja)


4. Menangkis serangan tongkat (lelaki dan wanita)


5. Papan sekeping
Pencapaian:


Persatuan kita tidak pulang dengan tangan kosong, sebaliknya kami berjaya membolot 1 Emas, 2 Perak,dan 1 Gangsa. Gangsa kita menang acara menangkis serangan tongkat yang diwakili oleh Abang Amir kita dan Rahim. Pingat Perak pula adalah hasil usaha Saudara Azam dan Hafiiz untuk Lelaki dan saudari Cika dan Kei untuk Perempuan.. Manakala emas pula kita dapat hasil dari usaha keras Azam, Izwan (walaupun esoknya dia ada final exam dia masuk gak wajadiri), Rahim, Amir, Hafiiz dan Azwan sebagai Hero. Alhamdulillah dapat gak pingat-pingat walaupun tak banyak..

Minda Hanafi






Pada 18 Julai yang lepas, Persatuan kita dah pun laksanakan satu program pengetahuan untuk ahli-ahli baru. Memang tepatlah masanya. Agak-agak ngam bbetul dengan pengambilan ahli yang baru selesai


So program pertamakan, memang ramai jugak budak asas yang datang. Seronok jugak lah dengar ceramah dari Abang Ramlee kita (S.U Agung Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia.). Ketawa pun ada bila dengar ceramah ni. Enjoy la gak. Besides ada jugak mesej yang sampai mengenai apaitu Silat Cekak dari segi hikmah pengajarannya.

Bazar Kelab dan Persatuan






Salam~


Okeh, dalam nk wat pengambilan mesilah kena ada publisiti kan? kalau tak pun mestilah ada platformnye kan? So pada 15 dan 16 julai yang lepas, Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi universiti Tenaga Nasional dibawah pimpinan Shah Aizat Razali selaku Yang Dipertua pada waktu itu telah membawa Persatuan ini untuk menyertai Minggu Bazar Kelab dan Persatuan.


Cekak Hanafi Uniten telah diberi kepercayaan untuk mengadalan demo pembukaan Minggu Bazar Kelab dan Persatuan dan ini disaksikan oleh VIP-VIP jemputan yang antaranya ialah Timbalan Naib Canselor Universiti Tenaga Nasional Pof Dr Sheikh Ghazali Abod.


Bestla demo tu. Ada gak orang tepuk. Tapi tak dapat rakam sebab tiba-tiba kamera wat hal. Kalau tak leh taruk dalam Blog ni.

IJAZAH ASAS PENGAMBILAN SEMESTER 1 SESI 2008/2009


salam~

So macam biasalah, tiap-tiap kali awal sem, persatuan kita takkan lari dari majlis ijazah asas sampailah ijazah tamat. Mungkin kepada bukan ahli Silat Cekak Hanafi tak tahu Majlis ijazah ni apa. Okeh, ni kitaorang bagitau.


Majlis ijazah ini adalah satu majlis dimana ahli-ahli baru akan datang berjumpa dengan GURU UTAMA Silat Cekak Hanafi untuk meminta izin belajar Silat Cekak Hanafi ini. Selain itu juga adalah menjadi satu adat kalau kita nak belajar, haruslah mengenali guru kita dahulu. Jadi itulah yang diamalkan oleh Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi.


Kepada yang nak join Persatuan dan nak belajar silat ni, janagn takutlaaaa.. takde papepun Majlis ijazah ni. Takde baca-baca mantera tu semua. Takde unsur-unsur syirik yang terdapat dalam majlis ijazah ni.


So ini sedikit sebanyak kami paparkan aktiviti Majlis ijazah kami pada pengambilan kali ini.

Masa untuk BerBlog~~~


Alhamdulillah..


Kami dah pun perkenalkan sedikit sebanyak apa itu SIlat Cekak kepada para pelayar. Jadi marilah kita mula berblog dan berdiskusi.


kami menerima segala pandangan dan komen anda. Sekiranya anda ingin mewujudkan sebarang komen dan apa juga kata-kata, silalah hantarkan teks anda ke Email kami di:




Hantar teks anda beserta gambar anda juga. kami akan siarkan teks dan gambar anda setelah menerima email dari anda.


~SELAMAT BERBLOG~

Senjata Rasmi


Parang lading memang tidak asing lagi di daerah-daerah utara Tanah Melayu, terutama di Kedah. Di sana hari ini lading digunakan sehari-harian. Kesebatian parang lading dengan negeri Kedah memang tidak dapat dinafikan lagi, tetapi di negeri lain jarang kedapatan. Hal inilah menyebabkan kita yakin bahawa silat Cekak ini berasal dari Kedah. Kita berkeyakinan demikian kerana sebenarnya parang lading adalah senjata rasmi silat Cekak sejak zaman dahulu lagi. Parang lading adalah senjata yang tunggal di dalam silat Cekak. Didalam Cekak, tidak terdapat penggunaan keris, pisau, pedang, kelewang atau apa senjata lain kerana kita yakin parang lading sudah cukup.


Disamping itu parang lading sajalah yang bersesuaian dengan kaedah-kaedah serta cara penangkisan yang diamalkan oleh silat Cekak yang dimana sembilan puluh peratus dari mata pelajarannya menitik beratkan cara-cara mempertahankan diri. Senjata parang lading adalah senjata untuk mempertahankan diri seratus peratus. Tiada satu kaedah pun di dalam menggunakannya ada kaedah untuk menyerang. Ini merupakan satu lagi bukti betapa sesuainya silat Cekak ini untuk mempertahankan diri, bukan untuk menceroboh yang bersesuaian dengan pakaian panglima-panglima.


Satu hal yang mesti dijelaskan ialah bahawa terdapat perbezaan yang nyata di antara lading biasa yang digunakan sehari-hari dengan parang lading senjata rasmi silat Cekak. Cara membuat dan kadar ukuran di antara keduanya adalah perbezaan yang mustahak sekali diterangkan. Parang lading biasa itu cuma berbentuk rupa parang lading sahaja, dibuat tidak dengan ukuran tertentu, berkemungkinan besar tidak ada lagi pakarnya.


Sebenarnya, ukuran sebenar parang lading yang tepat dan sesuai dengan mempertahankan diri hanya terdapat didalam pengetahuan silat Cekak sahaja. Ukuran khas yang dimaksudkan adalah ukuran parang lading yang dibuat mengikut ukuran anggota tuan sipemakainya. Oleh itu, orang lain tidak boleh menggunakan parang lading yang ditempa khas untuk seseorang yang tertentu.


Dan untuk peringatan, senjata ini hanya digunakan untuk menanti serangan sahaja.

Pantang Larang



Tidak boleh derhaka kepada guru
Tidak boleh derhaka kepada ibu
Tidak boleh derhaka kepada bapa
Tidak boleh bergaduh sesama ahli
Tidak boleh mencaci silat Melayu yang asli

Kaedah Persilatan




Pelajaran ini terbahagi kepada 8 bahagian:


a. Mempunyai kaedah A, B, C dan D. 4 pergerakan di tangan kiri dan 4 pergerakan di tangan kanan (kaki tidak bergerak), berdiri lurus seperti berdiri waktu sembahyang (tidak berdiri kuda-kuda).


b. Buah-buah dasar (basic) sambungan daripada kaedah A, B, C dan D; dilatih bergerak sekali tangan dan kaki.


c. Buah-buah pecahan atau buah-buah anak sambungan daripada buah-buah dasar pelajaran yang kedua. Dengan buah-buah pecahan inilah untuk mempertahankan keselamatan daripada segala rupa serangan.


d. Buah-buah dasar dan pecahan-pecahan ini adalah buah-buah segala ilmu keputusan seluruh silat Melayu di dalam alam Melayu seperti Keputusan Sendeng, Keputusan Gayung Fatani, Keputusan Silat Harimau dan lain-lain seperti yang disebutkan pada bahagian awal tadi.


Nama-nama buah Seni Silat Cekak Hanafi antara lain ialah:

Buah Pertama
Buah Keputusan Gayung Fatani
Buah Keputusan Sendeng Atas
Buah Kilas Belakang
Buah Kilas Hadapan
Buah Kidong Kiri
Buah Kuntau Jatuh
Buah Kuntau Kiri & Kuntau Kiri Gantung
Buah Kuntau Kanan Gantung
Buah Hentak (Keputusan Silat Harimau)
Buah Ali Patah Atas
Buah Ali Patah Sudah
Buah Selendang
Buah Gari & Gari Gunting
Buah Paras
Buah Keputusan Pasung Kemanga
Buah Keputusan Terlak
Buah Keputusan Lintau
Buah Hempok
Buah Luncur
Buah Siku Potong

e. Pengajaran cara memotong atau menyekat kesemua 21 buah yang tersebut itu. Andainya Seni Silat Cekak menyerang dan musuh menggunakan salah satu buah yang tersebut, buah itu tak terdaya memakan atau menangkap Seni Silat Cekak; bahkan Seni Silat Cekak dapat memakan balik dengan salah satu buah-buah yang tersebut. Di sinilah tegaknya falsafah Seni Silat Cekak yang berbunyi: PAKAI TAK PAKAI, TAK PAKAI PAKAI


f. Ini adalah pelajaran tamat; bererti sesama ahli Seni Silat Cekak tak terdaya melawan lagi kerana sama-sama faham pelajaran silat.


g. Pengajaran taktik menyerang lawan supaya membunuh buah-buahnya sendiri dan juga buah silat yang lain. Yang anehnya dalam Seni Silat Cekak sambil menyerang sambil menangkap. (Cekak menyerang, Cekak menangkap). Menurut penyelidikan yang dibuat tidak ada satu silat yang sekiranya ia menyerang ia dapat menangkap.


h. Pengajaran menangkis segala pukulan tongkat dengan tangan kosong; tidak menggunakan dua tongkat seperti yang terdapat dalam silat-silat lain yang bercorak kesukanan. Begitu juga menangkis segala tikaman dengan tangan kosong juga; tidak mengguna dua pisau.


i. Pengajaran mengguna Parang Lading buah menunggu segala rupa serangan yang menggunakan senjata pendek. Penyerangan terhadap musuh tidak dilakukan kerana Seni Silat Cekak percaya bahawa penyerangan itu lebih merbahaya kepada dirinya.

Wednesday, September 24, 2008

Pegertian Cekak

Mengapakah Silat Cekak ini dipanggil Silat Cekak? Mengapakah tidak diberi nama-nama yang lain?



Perkataan Lama. Perkataan Cekak adalah satu perkataan yang tua yang telah lahir sejak zaman masyarakat Melayu. Perkataan 'Cekak' digunakan setiap hari, ini menunjukkan perhubungan yang rapat antara masyarakat kita dengan perkataan 'Cekak' itu tetapi mereka masih jauh dari pengertian Cekak apabila perkataan itu digunakan sebagai nama sejenis seni silat iaitu Seni Silat Cekak.

Oleh kerana perkataan Cekak mempunyai pertalian yang erat dengan tata bahasa Melayu, untuk mengetahui mengapakah Silat Cekak itu dinamakan 'Silat Cekak', kita mestilah mengkaji dari segi istilah dan penggunaan perkataan 'Cekak' itu sendiri. Makan Cekak.

Di Utara terutama di Kedah, perkataan Cekak itu telah dijadikan satu simpulan bahasa - 'makan cekak'. Simpulan bahasa tersebut membawa makna bertanggungjawab. Misalnya ada suatu pekerjaan yang hendak dibuat, maka ada orang yang mengatakan: "Ah, itu aku seorang saja pun 'makan cekak'." Bila dibawa kembali kepada 'Silat Cekak' maka makna 'Silat Cekak' ialah silat yang bertanggungjawab menjaga diri pengamal-pengamalnya dari dianiayai oleh musuh-musuhnya.

Bercakak. Di dalam bahasa Minang, perkataan Cekak ada juga, tetapi tidak disebut sebagai 'Ce-kak' tetapi disebut dengan bunyi 'Cakak'. Bercakak dalam bahasa Minang membawa maksud bergaduh. Contohnya: "Si Ali dan si Ahmad sedang bercakak di simpang tiga". Ini membawa pengertian bahawa si Ali dan si Ahmad sedang bergaduh. Jadi kembali kita kepada makna Silat


Cekak - ia membawa erti 'Silat Gaduh'. Ini bukan bermakna Silat Cekak ini suka bergaduh tetap ialah Silat yang boleh dibawa bergaduh untuk mempertahankan diri. Jelas sekali Silat Cekak sebenarnya Silat yang benar-benar untuk mempertahankan diri bukan untuk pertunjukkan di majlis-majlis kenduri ataupun di pesta-pesta. Sebab itulah Silat Cekak tidak ada tari menari, gong gendang dan langkah melangkah. Ia hanya mara kehadapan apabila bertempur dengan musuh.

Secekak. Pergi pula kita kepada perkataan secekak. Secekak membawa erti segenggam. Segenggam ini pula membawa kepada banyak maksud. Pertamanya, Silat Cekak mempelajari yang segenggam bukan yang segantang. Di sini dimaksudkan bahawa mata pelajaran Silat Cekak merupakan mata pelajaran intisari silat sahaja (segenggam) bukannya cabang-cabang silat yang banyak (segantang). Oleh kerana Silat Cekak adalah mempelajari perdu gerak, maka ianya sangat cepat, teratur dan dapat diajar dalam waktu yang singkat sekali.

Kedua, segenggam menunjukkan padu. Jadi Silat Cekak adalah satu Silat yang benar-benar tegas dan berpendirian. Di mana kaedah-kaedahnya memberi keyakinan kepada pengamal-pengamalnya bahawa mereka telah mendapat rahsia dan sesuatu yang berguna di dalam bidang seni mempertahankan diri.


Kesimpulan. Dari hujah-hujah di atas dapatlah kita membuat satu tumpuan kesimpulan, mengapa Silat Cekak dinamakan Silat Cekak itu. Silat Cekak adalah sesuai dinamakan kepada amalan Seni Silat ini kerana Seni Silat ini adalah satu-satunya jenis silat yang benar-benar asli hak pusaka Melayu yang mempunyai pegangan untuk bertanggungjawab di dalam menjaga diri pengamal-pengamalnya. Untuk penjelasan, penerangan di atas cuma menitik beratkan Silat Cekak dengan pengunaan perkataan 'Cekak'. Sebenarnya dari segi mata pelajaran dan kaedah yang diajar memanglah sesuai dan tepat mengapa Silat Cekak dinamakan Silat Cekak. Hal ini sudah tentu diketahui oleh penuntut-penuntut silat yang telah tamat pelajarannya.

Asal Usul Silat Cekak






Silat Cekak berasal dari Kedah. Pernah diamalkan oleh panglima-panglima kerajaan Kedah di zaman Kesultanan Sultan Ahmad Tajuddin II. Panglima Ismail, salah seorang panglima kanan kerajaan Kedah yang pernah menewaskan seorang batak bernama Tuah (bukan Hang Tuah) telah menurunkan ilmu silat ini kepada Panglima Tok Rashid. Manakala Panglima Tok Rashid pula telah mengamanahkan Silat Cekak ini kepada Yahya Said yang berasal dari Batu Kurau, Taiping sebagai 'pemegang amanah'. Panglima Tok Rashid meninggalkan wasiat kepada Yahya Said yang ketika itu berumur 20 tahun: "Jika ada anak cucuku di Kedah hendak belajar silat ini, hendaklah kau pulangkan kembali". Silat ini telah terpendam selama 40 tahun sehinggalah Y.M. Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad yang berasal dari Kedah, telah bertemu dengan Yahya Said. Oleh kerana minatnya yang amat mendalam terhadap silat ini, Y.M. Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad telah dapat mewarisi kembali seni pusaka bangsa ini daripada Yahya Said. Pada 5 Ramadhan 1385 Hijrah, bersamaan 28 Disember 1965, bertempat di rumah Shafie Darus, Batu 4 3/4, Jalan Gunung Alor Setar, Kedah; Silat Cekak berjaya dilahirkan kembali menerusi Perkumpolan Seni Sari Budaya Sri Kedah yang ditubuhkan pada Februari 1964. Kemudian pada 19 Ogos 1971, Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia didaftarkan dan diasaskan oleh YM Al-Marhum Ustaz Hanafi bin Haji Ahmad Pada tahun 1975, Persatuan telah menyaksikan logo baru baginya yang mana ianya juga telah diasaskan oleh Y.M. Al-Marhum Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad, Guru Utama merangkap Presiden Persatuan pada masa itu. Beliau telah meninggal dunia pada 13 Ogos, 1986 setelah menerajui Silat Cekak ini dan mengembangkan silat ini ke seluruh negara selama 21 tahun. Tanggungjawab ini diteruskan pula oleh Y.M. Encik Marwi bin Latif selaku Guru Utama merangkap Presiden Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia setelah berpecah dengan Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia pada tahun 1993.

Pemimpin Agong Silat Cekak





PEMIMPIN AGONG
Allahyarham Ustaz Hj. Hanafi Haji Ahmad, bagi penuntut Silat Cekak Hanafi merupakan pemimpin agong dalam dunia persilatan Melayu. Pemimpin agong bermaksud, beliaulah orang yang menghidupkan kembali pusaka bangsa seni bela diri orang Melayu yang mampu menjaga diri dan membela diri pengamal-pengamalnya. Ini dibuktikan, apabila Silat Cekak ini dilahirkan kembali pada malam 5 Ramadhan 1385 hijrah, bersamaan dengan 28 Disember 1965. Pemimpin agong juga bermaksud, beliaulah orang yang pertama dapat menggunakan keseluruhan daya kreativiti yang dikurniakan Allah untuk menggubal satu jenis sistem pelajaran dan pembelajaran persilatan dan tatacara persilatan yang tersusun dan dapat dinilai oleh orang ramai tentang kelebihan dan keupayaan silat Melayu sebagai senjata mempertahankan diri. Akhir sekali, pemimpin agong juga bermaksud, beliaulah orang yang berjaya meletakkan seni silat Melayu yang sesuai dengan pengurusan organisasi moden.
Ustaz Hanafi Hj. Ahmad, anak jati Kedah. Lahir di Kampung Sungai Baru, Mukim Gunung, Alor Setar, Kedah pada tahun 1923. Sesuai dengan zaman ketika itu beliau mendapat pendidikan awal di sekolah aliran Melayu Kampung Gunung , Alor Setar, Kedah dan seterusnya belajar agama di beberapa buah pondok dengan beberapa orang Tok Guru Ulamak di Kedah.
Ustaz Hanafi Haji Ahmad menyedari bahawa kefahaman yang tulen terhadap Allah s.w.t. dan dengan hanya mengikut sunnah Rasulullah, beliau sanggup mengorbankan masa mudanya mendalami bidang-bidang keagamaan dengan beberapa orang guru yang terkemuka di seluruh tanah air hingga ke Singapura. Proses pembelajaran untuk menjadi hamba Allah yang sebenarnya itu, memerlukan beliau menjadi murid setia suruhan, menjual apam balik, menjual ubatan tradisional dan merantau seluruh tanah air mencari guru yang sebenar-benar guru. Berkat usaha dan kesabaran beliau akhirnya dengan izin Allah, Ustaz Hanafi Haji Ahmad, bertemu dengan Tok Guru Pak Haji Zain bin Abdul Rahman, yang berjaya menjelaskan dan menyimpulkan hakikat ketuhanan kepada Allah Taala dengan menggunakan kitab Hikam Ibni Ataillah.
Perjuangan menuntut kemerdekaan mengimbau jiwa nasionalisme Ustaz Hanafi Haji Ahmad memperjuangkan hak budaya bangsa orang Melayu. Bidang yang sesuai dengan jiwanya sebagai anak watan Melayu ialah bidang persilatan Melayu. Ustaz Hanafi yakin bahawa orang Melayu juga mempunyai seni bela diri yang tidak kalah mutunya dibandingkan dengan seni bela diri bangsa lain. Kajian yang terperinci telah dilakukan terhadap pelbagai seni bela diri orang Melayu. Proses pencarian untuk mendapatkan silat yang benar -benar bertanggungjawab membela diri juga memerlukan Ustaz Hanafi Haji Ahmad sekali lagi merantau, menjadi murid suruhan guru, menuntut pelbagai ilmu bela diri orang Melayu dan menjual ubatan seluruh tanah air. Akhirnya dengan izin Allah beliau bertemu dengan En. Yahya Said yang mempunyai sejenis beladiri yakni Silat Cekak yang menunggu untuk menurunkan silat ini kepada yang hak.
Penguasaan Bahasa Melayunya yang baik merupakan aset bagi beliau mengungkapkan kembali dalam bahasa yang ringkas lagi tepat, seperti yang terbukti dalam pantun Silat Cekak dan falsafah Silat Cekak.
Beliau juga merupakan orang yang bertanggungjawab memberikan harapan dan keyakinan baru kepada Silat Melayu supaya dipelajari oleh orang Melayu sendiri sebagai warisan budaya bangsa yang tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas. Sebagai tokoh pengurusan persilatan yang dinamis, beliau menggunakan seluruh kemahiran dan pengetahuannya bagi memberikan dinamisme baru kepada wajah seni silat Melayu dalam satu organisasi persilatan. Nyata sekali, sebahagian besar kejayaan Silat Cekak dipelajari oleh mesyarakat Melayu adalah hasil visi Ustaz Hanafi Haji Ahmad; pemimpin agung Silat Cekak. Kini, Silat Cekak Hanafi dapat dipelajari di semua institusi pengajian.
Musuh mahupun kawan, anak murid yang bersopan mahupun yang tidak bersopan, terpaksa mengakui dan menghargai beliau sebagai guru utama yang berkaliber dan pengurus yang bijak, berani dan cekal.
Ustaz Hanafi Hj. Ahmad pulang ke Rahmatullah pada 13 Ogos 1986 di Kuala Lumpur pada usia 63 tahun. Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalakn nama . Beliau meninggalkan seorang balu Maimunah Haji Othman dan enam orang anak. Perjuangan beliau diteruskan oleh Mohd. Radzi bin Hanafi sahingga 13 Ogos 2006.
"Percakapan dan perbuatannya sama. Dalam apa jua perbuatan, Allahyarham mempraktikkannya dulu sebelum mendidik. Percakapan dan pandangannya mudah difahami serta selaras dengan tujuan hidup, Allahyarham juga bijak menyesuaikan diri dengan keadaan. Ada ketika menjadi guru, ada ketikanya menjadi bapa dan pada satu ketika yang lain seperti seorang sahabat."
-Pandangan En. Mohd. Radzi b. Hj Hanafi, Mantan Gutu Utama, Silat Cekak Hanafi terhadap pemimpin agung Silat Cekak, Allahyarhan Ustaz Hanafi Hj. Ahmad.
PENDIDIKAN
1929
Mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Gunung, Alor Setar, Kedah.
1933
Memasuki sekolah pondok di Kampung Alor Gonchar, Mukim Gunung, Alor Setar, Kedah di bawah pengawasan guru Hj. Osman bin Lebai Zain.
1936
Memasuki Sekolah pondok Guar Chempedak, Gurun Kedah. Pelajaran agama dikendlikan oleh Hj. Abdul Majid dan pelajaran Arab pula diajar oleh guru Yahya bin Jonid.
Belajar sendiri dengan guru berikut:
Hj. Bukhari bin Hassan dari Batu 4 1/4, Kampung Pinang, Mukim Pengkalan Kundur, Alor Setar, Kedah.
Hj. Hanafiah - Bapa saudara beliau dari Anak Bukit, Alor Setar, Kedah.
Hj. Lah dari Chegar, Pantai Johor, Kedah.
Berguru dengan Pak Ngah Shariff yang dikenali sebagai orang handal di Kedah ketika itu. Untuk mendapatkan ilmu, beliau kena menjadi orang suruhan guru terlebih dahulu, dengan membuat kerja-kerja berat, seperti memotong kayu, mencangkul dan be rsawah. Dimasa lapang barulah Pak Ngah Shariff mengajari ilmu mempertahankan diri dan ilmu kebatinan ( ilmu ketuhanan ).
Mendapatkan pengalaman melalui merantau, pernah berbincang masalah dengan :
Che Salleh bin Hj. Abdul Rahman Limbong di Terengganu.
Kiyai Muhammad Fadlullah Suhaimi dari Singapura bertemu di Pahang.
Sheikh Osman Cincin dari Perak yang kononnya masyhur dengan ilmu kebal.
Abdullah Salleh - terkenal dengan Che Lah Keramat masyhur dengan ilmu perubatan tradisional di Terengganu.
Bertemu dengan seorang guru bernama Pak Hj. Zain bin Abdul Rahman. Beliau menyedari inilah guru yang dicari-cari selama ini yang dapat membuat kesimpulan dalam ilmu ketuhanan ( Ilmu Tauhid ). Kitab yang diajar oleh Pak Hj. Zain ialah Kitab Hikam Ibni Ataillah.

PENGALAMAN
Menjual ubat diseluruh tanahair.
Bergiat dalam bidang politik dalam tahun 40 an. Pernah memasuki Parti Seberkas dan Parti Negara pimpinan Allahyarham Dato' Onn Jaafar.
Pengarah zakat pada tahun 1963 di Pejabat Agama Negeri Kedah.
Menjual apam balik di Yala, Siam dan Pekan Rabu, Alor Setar, Kedah.
Memimpin Seni Silat Cekak mulai 1965 sehingga Ogos 1986.

Pengenalan Mengenai Silat Cekak


Alhamdulillah,


Kami akan memperkrnalkan dahulu apa itu Silat Cekak kepada para pelayar sebelum kita lebih rancak bersidang untuk mengeratkan ukhuwah sesama sendiri. Biarlah kita kenal dahulu kerana kata orang "Tak Kenal Maka Tak Cinta" Jadi marilah kita berkenalan dahulu dengan Silat Cekak yang telah dibawa dan diasaskan oleh YM Ustaz Hanafi bin Haji Ahmad.


Ruangan ini juga khas untuk pelajar-pelajar UNITEN yang belum menyertai Silat Cekak Hanafi moga-moga anda semua terbuka hati untuk mempelajari Seni Silat ini seperti yang disarankan oleh agama kita.


"DAN PERSIAPKANLAH DIRI KAMU DENGAN SEGALA KEKUATAN YANG KAMU ADA UNTUK MEMERANGI MUSUH-MUSUH KAMU DENGAN SEGALA KEKUATAN YANG DAPAT KAMU SEDIAKAN" surah Al-Anfaal, 60


Tuesday, September 23, 2008

Hidup Cekak Hanafi!!

assalamualaikum...

Salam cekak, salam muhibah kami warga silat cekak hanafi uniten ucapkan... Salam perjuangan, Salam persaudaraan kami hulurkan kepada saudara-saudara kami yang di dalam "perjuangan Ahmad Muhammad" atau yang diluarnya. Kami, merupakan antara jentera penggerak Persatuan Seni Silat Cekak Hanafi Malaysia yang mendokong perjuangan sebenar Allahyarham YM Ustaz Hanafi Haji Ahmad.

SALAM MUHIBAH kepada ahli-ahli kami yang diluar mahupun didalam uniten. Dalam blog ini insyaAllah kami akan paparkan segla perkembangan kami dan laporan-laporan mengenai Persatuan tercinta ini.

Semoga kegemilangan ukhuwah persaudaraan yang terjadi sebelum ini dapat kita eratkan semula tidak banyak, sedikit pun cukup melalui Blog kami yang serba kekurangan ini.

Segerak
Senafas
Seudara