Monday, August 16, 2010

Sekitar Majlis Iftar Silat Cekak Hanafi

Pada 14 Ogos yang lalu telah diadakan majlis berbuka puasa di Akademi Silat Cekak Hanafi di Kampung Dato Keramat. Hadirin tiba pada jam 6 petang dan disusuli dengan ceramah ramadhan bersama Tuan Haji Che Yusof Che Mat. Kemudian pada berbuka puasa disajikan kuih muih sebagai permulaan dan diteruskan solat maghrib berjemaah dan tahlil Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad. Selepas itu, hadirin disajikan dengan hidangan istimewa iaitu Beriani Kambing. Selepas itu Majlis diterukan dengan Solat Isyak dan Terawikh berjamaah dan bersurai.





























Sunday, August 15, 2010

Notis dari Persatuan


Dimaklumkan Majlis Pewakilan Pelajar akan mengadakan Grand Iftar bersama ahli-ahli Kelab dan Persatuan di Uniten. Majlis ini akan diadakan pada 19 Ogos 2010 pada jam 6 petang.

Dari itu Pihak Persatuan akan diwakili oleh

1. Mohd Azwan Othman (Yang Dipertua)
2. Muhammad Izuan Ramli (Setiausaha Agung)
3. Nor Hafizah Rahman (Naib Setiausaha Agung)
4. Muhammad Al-Azi Mohd Latif (Exco Sukan dan Rekreasi)

Pihak Persatuan juga mengalukan mana-mana exco lain atau ahli untuk turut serta bersama wakil persatuan untuk acara ini. Kepada yang ingin menyertai haruslah berpakaian Baju Melayu berwarna persatuan dan sampin rasmi Silat Cekak Hanafi serta bercapal rasmi Silat Cekak Hanafi. Kepada perempuan berbaju kurung warna persatuan dan kasut hitam.

Sila umumkan pada Setiausaha Agung jika ingin menyertai.

Sekian, Harap Maklum