
Alhamdulillah. Pada 31 Julai 2010 telah berlansungnya Kejohanan Wajadiri Nasional di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak. Pihak persatuan amat gembira kerana penyertaan peserta CH uniten pada tahun ini meningkat dari tahun-tahun sebelumnya. Kita amat berharap angka ini akan bertambah hasil daripada 22 orang penuntut-penuntut baru yang sedang diperturunkan ilmu panglima ini. Tahniah kepada peserta-peserta yang mendapat pingat. Pujian juga kepada squad lelaki kerana sanggup bertolak ke sana pada jam 2 pagi dan sampai di Gombak pada 3.30 pagi serta bermalam di Masjid Gombak. Semoga semangat silat akan terus mekar di sanubari semua ahli.
Hidup Cekak Hanafi!













































No comments:
Post a Comment