Wednesday, October 29, 2008

Selamat Menduduki Final Exam






KAMI, PIMPINAN PERSATUAN SENI SILAT CEKAK USTAZ HANAFI UNIVERSITI TENAGA NASIONAL MENGUCAPKAN





SELAMAT MAJU JAYA DALAM MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER KEPADA SEMUA AHLI PERSATUAN SENI SILAT CEKAK USTAZ HANAFI UNITEN

~~~~~~~~~~~~~JUMPA LAGI SEMESTER DEPAN~~~~~~~~~~~~~~~




T shirt latihan



Sukacitanya kami ingin mengumumkan bahawa kami ada menjual Tshirt latihan. T shirt ini digunakan khas untuk para ahli dalam kelas latihan persilatan yang berlansung pada setiap Isnin dan Rabu malam jam 9 malam.

Penjualan dibuka untuk semua individu. Untuk tempahan sila hubungi 0126764840 (Emylia) atau 012 2797603 (Azwan)

Monday, October 27, 2008

Perhatian kepada ahli-ahli asas




Assalamualaikum dan salam sayang kepada ahli-ahli asas. Disini kami suka untuk mengingatkan bahawa kelas latihan akan berjalan seperti biasa setelah semester baru bagi pelajar foundation bermula. Suka juga kami mengingatkan di sini agar selalulah berkunjung ke blog ini agar anda sentiasa tahu perkembangan kelas latihan khususnya pengumuman tarikh bermulanya kelas latihan persilatan.



Semoga anda Berjaya mendalami ilmu persilatan ini hingga ke akhirnya demi keuntungan diri anda sendiri. Kami di sini sentiasa sedia memberikan segala ilmu persilatan yang hanya tinggal untuk diberikan dan diwariskan kepada anda.

Untuk pengetahuan anda juga proposal untuk memohon kebenaran menggunakan mini stadium untuk kelas latihan silat sedang dalam pemprosesan. Jadi apabila kelulusan menggunakan mini stadium lulus nanti sama-samalah kita bersilat semula......... HIDUP CEKAK HANAFI!!!

Sunday, October 26, 2008

Kenali Guru Utama Silat Cekak Hanafi




Encik Marwi bin Latif merupakan seorang tokoh lama yang disegani dalam Silat Cekak. Dilahirkan pada 28 Disember 1946 di Kampung Baru Kuala Lumpur. Anak ke-4 dari 12 adik beradik ini, mendapat pendidikan di Sekolah Inggeris Jalan Cochrane, Kuala Lumpur sekitar awal tahun 1960an.

Beliau mula belajar Silat Cekak 35 tahun yang lalu setelah diijazahkan oleh Al-Marhum Ustaz Hanafi Hj Ahmad pada tahun 1972. Latihan awal beliau adalah di kelas latihan Kampung Baru dan kemudiannya menamatkan latihan silat di kelas latihan Kampung Pandan, Kuala Lumpur pada tahun yang sama.

Setahun selepas menamatkan pelajaran silat iaitu pada tahun 1973, beliau telah dilantik menjadi tenaga pengajar bagi kelas latihan di Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia yang mana kedua-duanya terletak di Lembah Pantai, Kuala Lumpur pada waktu itu. Kelas lain yang beliau turut ajar adalah kelas Universiti Teknologi Malaysia Jalan Gurney, Kuala Lumpur dan di ITM , Jln Othman Petaling Jaya.

Tahun 1976 merupakan bermula era beliau bergerak di negeri Pahang. Beliau berhijrah dari Kuala Lumpur ke Kuantan Pahang atas permintaan Ustaz Hanafi bagi meneruskan perkembangan Silat Cekak di sana. Penghijrahan beliau disebabkan berlaku kekosongan apabila saudara Malino Junsi yang sebelum itu bertugas di Kuantan telah meninggal dunia. Oleh itu, semenjak tahun 1976 hingga sekarang, beliau menjadi wakil rasmi persatuan bagi mengembangkan Silat Cekak di bumi Pahang

Tempoh selama 31 tahun menyumbang bakti di bumi Pahang, telah menjadikan beliau seolah-olah seperti anak jati negeri Pahang. Oleh itu tidak hairanlah apabila nama beliau menjadi amat sinonim dengan Silat Cekak negeri Pahang dan di kalangan rakan senibela diri yang lain di negeri itu. Atas ketokohan dan pengalaman beliau juga, beliau telah dilantik sebagai Ahli Majlis Seni Beladiri Pahang yang bernaung di bawah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang sejak tahun 2005. Dan sebagai menghargai sumbangan yang berterusan terhadap kemajuan Seni Bela Diri di negeri Pahang, beliau telah dianugerahkan Anugerah Tertinggi Majlis Seni Beladiri Pahang iaitu Anugerah Penggerak pada bulan April 2006.

Sepanjang penglibatan beliau dengan Silat Cekak, beliau juga pernah mewakili Malaysia dalam acara Silat pada temasya Sukan SEA (SEA Games) ke-10 di Jakarta, Indonesia pada tahun 1979.

Apabila Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia ditubuhkan pada tahun 1994, beliau telah dilantik sebagai Ahli Majlis Muafakat Tertinggi (MMT) dan Ahli Lembaga Pelajaran dan Tatatertib (LPT) persatuan ini. Di peringkat negeri, beliau memegang jawatan Yang DiPertua Negeri Pahang dan juga Penyelia Persilatan bagi negeri Pahang sejak 1994 hingga 2005.

Beliau merupakan Jurulatih sepenuh masa persatuan ini sejak lebih 30 tahun yang lalu sehinggalah dilantik menjadi Guru Utama pada 18 Mac 2007 oleh Majlis Muafakat Tertinggi Silat Cekak Hanafi.


petikan
www.cekakhanafi.com

Rumah Terbuka Tuan Haji Amrahi Buang












Pada 25 Oktober bersamaan dengan hari sabtu, Tuan Haji Amrahi Haji Buang telah mengadakan rumah terbuka dan beliau telah menjemput kita untuk bertandang ke rumah beliau. Jadi kita ada juga menghantar team untuk mewakili Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi UNITEN. Alhamdulillah kedatangan kami disambut dengan senang hati sekali oleh beliau.

Banyak betul hidangan yang telah dijamu kepada kami tapi kami sempat try nasi beriani je. Umph.. Sedap beb. Rugi la siapa yang tak datang. Si Izwan (Naib Setiausaha Agung) pulak belum sempat 5 saat kami dating terus dia “attack” air sirap yang ada kat situ. Hehe tak tahan sangat la tu. Kami juga sempat bertanyakan khasiat mandi silat pada Tuan Haji Amruddin yang turut ada pada hari itu. Seronok juga dengar beliau bercerita selaku anak murid yang rapat dengan Almarhum Ustaz Hanafi. Macam-macam cerita yang belum kami dengar diceritakan kepada kami. Kami mula beredar dari situ tepat jam 6.30 petang. Harap-harap dapat la try nasi beriani Tuan haji lagi.

Thursday, October 23, 2008

Kelas Latihan UKM











Okeh, selalunya kita hanya tahu situasi kelas latihan silat kita je kan? So apa kata kita jenguk sekejap jiran kita di UKM. Bukan ke mengeratkan hubungan kita dengan IPT jiran adalah salah satu mission kita pada tahun ni?

Pada malam rabu yang lalu, penulis ada melawat sebentar ke kelas latihan UKM. Nyata kelas mereka amat dasyat jugak. Ramai betul pelajar yang turun untuk berlatih. Jurulatih juga memang bersemangat mengajar. Kebetulan pada malam tu semua penuntut silat akan adakan demo pada sabtu minggu tu. So sibuklah mereka diajar Gerak Hanafi dan buah-buah yang terlibat untuk dipersembahkan. Memang best. Penulis pun sempat bertrening dengan salah seorang penuntut asas disitu. Lepas gian~ hehehehehe

InsyaAllah dilain masa semua Exco akan turun ke UKM. Dan mungkin kita akan buat Silat Cekak Hanafi UNITEN TOUR. hehehehehe

Bilik Persatuan Berkemas




Ini ada sedikit report untuk ape yang telah dilakukan oleh exco hal ehwal siswi. Pada minggu lepas beliau telah berjaya menjalankan tugas beliau buat kali pertamanya. Hehe. Terima kasih kami ucapkan kepada Noor Hafiza dan Biha kerana sudi mengemas bilik persatuan. Semasa penulis berkunjung ke bilik pada pagi itu bilik persatuan masih lagi ditahap yang lama. Tapi bila penulis datang semula pada bilik persatuan pada petangnya penulis berfikir. “Aku ni salah bilik persatuan ke”. Bila tengok dua tiga kali benarlah ini bilik Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi UNITEN. Bila dah kemas nampak lain la sikit. Bukanlah bermakna bilik ni tak penah berkemas. Tapi ramai yang susah nak luangkan masa untuk mengemas sebab masing-masing banyak urusan masing-masing. Untuk semua ahli, kami alu alukan anda datang ke bilik persatuan untuk memeriahkan lagi bilik ini. Tak kisah la dah lama tak turun latihan ke tak. Anda tetap ahli kami.

Saturday, October 18, 2008

Mesyuarat MPKP










Salam~

Untuk pengetahuan semua, baru-baru ini pada 17 Oktober 3.00 petang di COIT ada diadakan Mesyuarat MPKP. MPKP ini adalah sejenis mesyuarat yang mana dianjurkan oleh MPP untuk mendengar segala keluh kesah masalah semua Kelab dan Persatuan tak kurang juga masalah yang dihadapi oleh para pelajar UNITEN termasuk masalah internet yang lebih lembab dari kura-kura, masalah Guard pintu pagar Uniten yang kurang sopan dan sebagainya.

Jadi nasihat kami kalau anda mahu suara anda lebih didengari joinlah mana-mana Persatuan atau Kelab agar pendapat anda boleh disuarakan kepada pihak atasan dan adalah dinasihatkan untuk menyertai Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi (promote lak). Betullah kan? Kami bukan sekadar sebuah Persatuan Silat semata-mata, so join dulu baru tau.


Dalam MPKP yang lepas, ada juga dibangkitkan soal “cut cost” yang selalu menjadi masalah utama dalam pelaksanaan progam setiap Kelab dan Persatuan. Dan Naib Yang Dipertua kita Mohd Azwan Othman telah juga menyatakan pertanyaan kepada Exco Kelab dan Persatuan MPP Saudara Aliff Irsyad. Dia menyatakan mengenai percanggahan kenyataan yang dikeluarkan ole Timbalan Naib Canselor (TNC) dalam 2 MPKP yang sebelumnya iaitu pada awalnya TNC mengatakan mengapa HEP selalu “cut cost”. Hal ini disebabkan kerana semua Kelab dan Persatuan membelanjakan peruntukan dua kali ganda dari semua kutipan yuran aktiviti pelajar yang dibayar oleh kita semua pada setiap awal semester. Tapi pada MPKP berikutnya, TNC berkata pula yang sebenarnya peruntukan sentiasa mencukupi. Jadi ketidakadilan telah berlaku disitu dan Alhamdulillah Saudara Aliff Irsyad berjanji akan menyiasat perkara itu.

Pada hari itu juga diumumkan Kelab dan Persatuan mana yang dapat bilik baru kerana bilik-bilik kelab yang terletak di tingkat 3 Blok BM tidak akan digunakan lagi dan akan dipindahkan di bangunan DENIM (berdekatan koperasi UNITEN). Alhamdulilah Persatuan kita termasuk dalam 21 Kelab dan Persatuan yang bertuah. Nasib baik dapat. Kalau tak jom kita bakar UNITEN ramai-ramai. Ish! Astaghfirullah……. Tak baik laaa.. Soriiii… gurau jeeeee…. hehehe

Demo Pelancaran Malam Ikatan Sahabat










Okey para ahli dan pengunjung blog sekalian. Tadi kami dah paparkan macammana squad demo kita tu trening. so jom kita tengok ape hasil dia. Demo ni berlansung di masjid Uniten. Disaksikan oleh para penonton seramai anggaran 100 orang. Pada awalnya kedengaran suara yang menyenangkan dan tak kurang juga ada yang tidak menyenangkan semasa squad kita keluar dan naik ke pentas. Tapi ble dah tengok sendiri demo tu, haha. Teka je la pe reaksi mereka. Sendiri mau ingat la.





Squad demo mula datang ke masjid seawal 6 petang lagi untuk menyaksikan sendiri bagaimana persiapan yang dijalankan oleh pihak penganjur. Alhamdulillah semuanya okey. Syabas kepada pihak penganjur yang berjaya menjalankan program ini walaupun ada sedikit gangguan teknikal semasa progam berjalan.














Squad demo ni mula-mula cuak jugak diaorang. hehehe. Tapi bila lagu dah klimaks, datanglah "roh" berdemo tu. hehehe.. Thanks to Dayana dan Kei yang turut hadir memberi sokongan
dan YDP kita Saudara Azam yang tak jemu-jemu "menderma air liur" kepada squad demo. hehehe. Jangan mara~
(p/s : video demo ada masalah untuk upload. InsyaAllah kami akan cuba lagi pada masa akan datang.)




Nostalgia demo 14 Julai

salam~

Jom kita imbau squad demo kita berdemo pada 14 Julai 2008 yang lalu. Pada waktu ni, semua ahli squad demo baru 1st time berdemo. Hehehehe. Kesian, takde pengalaman tapi cuba gak wat demo. Bagus-bagus. So tengok la 1st experimen mereka ni,

Squad Demo Bertrening.



Salam Cekak

So ni ada cerita sket tentang perkembangan squad demo kita. Untuk budak-budak asas khususnya siapa-siapa yang tak tahu lagi squad demo tu ape so di sini kami akan beritahu. Squad demo bukanlah sejenis makanan tetapi ini adalah kumpulan yang akan bertanggungjawab untuk melakukan demonstrasi silat sekiaranya dijemput atau sebagai publisiti kepada orang awam mengenai silat kita.

Pada minggu ini, squad demo mendapat jemputan dari pihak masjid untuk melakukan demo pelancaran sempena Majlis Malam Ikatan Sahabat yang dilakukan dimasjid pada hari Khamis 16 Oktober. Bertungkus lumus lah diaorang ber"trening". Macam-macam idea yang keluar, macam-macam buah yang keluar. Gelak ada, Series pun ada, tidak kurang ada juga yang melompat-lompat. Terima kasih kepada saudara Azam dan Shah Aizat yang banyak membantu mereka melicinkan perjalanan demo.

Softboard Persatuan kini dilancarkan.












Assalamualaikum.........

yaa.... New post kembali lagi. Okeh, dalam minggu ni banyak jugak peristiwa yang terjadi yang melibatkan persatuan kita. So ini adalah salah satunya. Untuk pengetahuan softboard persatuan dahpun dilancarkan dan dipaparkan kepada umum. Untuk pengenalan kita paparkan mengenai apa itu Silat Cekak Hanafi, dari mana asal usulnya, kaedah persilatan dan gambar-gambar buah-buah Silat Cekak Hanafi. (Femes lagi Pejo dengan Amir.)

So softboard ni akan menjadi sebahagian maklumat yang akan kita berikan kepada para ahli dan para pelajar Uniten. InsyaAllah softboard ini akan di Update dari masa ke semasa khususnya mengenai pengumuman, carta organisasi dan sebagainya. So Exco Publisiti please take note. jangan Curi Tulang yeeeeeeeeee~~~~

Saturday, October 11, 2008

Untuk budak-budak asas~~


Salam untuk ahli-ahli asas. Alhamdulillah. anda semua dah pun sampai antara buah jatuh kan? So tahniahla. So disini kitaorang berhajat untuk memperkenalkan lagi Silat Cekak Hanafi pada anda semua so that anda betul-betul faham apa yang kami akan berikan kepada anda. Janganlah hanya belajar tapi taktahu apa yang anda belajar.. Malu nak bertanya? Takpe.. disini kami pertontonkan kepada anda.


So lepas ni rajin-rajinlah datang kelas latihan so korang akan cepat tamat. Memanglah Falsafah silat kita adalah "Pakai Tak Pakai, Tak Pakai Pakai" tapi korang janganlah pulak reka falsafah "Datang tak Datang, Tak Datang Datang" untuk kelas latihan pulak~ Enjoy~
(P/s:Video ini adalah diadaptasi dan penerbitannya adalah semasa Mantan Guru Utama masih menerajui Silat Cekak Hanafi, dan video ini hanya sekadar tontonan sahaja, bukan melambangkan Mantan Guru masih menerajui persatuan)

Ustaz Hanafi dalam kenangan




Siapa Ustaz Hanafi? Kita belajar Silat Cekak Hanafi tapi adakah kita benar-benar kenal Ustaz Hanafi? Kenapa kita namakan Silat Cekak Hanafi? Sebab semasa Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz hanafi Malaysia ditubuhkan pada 1993, Ahli-ahli lama berpendapat "Cekak itu Hanafi dan Hanafi itu Cekak". Bukan kita taksub dengan Ustaz hanafi. Tapi itulah dia. Ustaz Hanafi dan Silat Cekak tidak dapat dipisahkan. Kita harus sedar jerih perih Ustaz semasa ingin memperkembangkan silat ini.




Beliau pernah menumpang lori dari Kedah ke Kuala Lumpur semata-mata untuk mengembangkan Silat Cekak. Pernah difitnah dengan perempuan, pernah dikhianati oleh anak murid sendiri. Pernah cuba dibunuh oleh anak murid sendiri. Macam-macam dugaan yang ditempuhi.




Bagaimana Ustaz bersilat? Orang-orang lama mengatakan Ustaz bongkok sedikit bila bersilat sebab mudah buat buah dengan laju. Semasa menyerang pula Ustaz letak tangan kiri yang tidak menyerang ke perut agar mudah untuk potong. Agak menarik bila kita kenal guru kita walaupun Beliau dah tiada. "Bagaimana kita nak mengasihi Nabi kita kalau ibubapa yang didepan mata kita pun kita tak kasih". Itulah antara pesanan Ustaz kepada kita.





Kehebatan parang lading


Okeh. Normal kita tahu Parang Lading adalah kebanggaan kita sebagai pesilat Cekak. Tapi bagaimanakah penggunaannya dalam persilatan? Kadang-kadang kita ni walaupun dah tamat tapi tetap tak berkesempatan untuk tengok penggunaan parang lading dan kehebatannya dalam persilatan. Umum kita tahu Senjata ini hanya digunakan untuk mempertahankan diri sahaja dan bukan untuk menyerang. So tentu ada antara kita yang nak tahu cara menggunakannya. Nak tunjuk live memang la tak boleh sebab ni dah sampai tahap rahsia. So ape kata lihat bagaimana Senjata ini berfungsi. Ia adalah suatu rahsia yang bukan lagi rahsia tapi tetap menjadi rahsia.