Sunday, September 19, 2010

Mesyuarat Agung Tahunan dan Jamuan Aidilfitri


Alhamdulillah.. pada 24 september telah berlansung Mesyuara Agung Tahunan kita dengan berjayanya. Dalam acara ini kita telah mengumumkan pucuk pimpinan yang baru dan jawatankuasa yang lama telah dibubarkan secara rasmi. Tahniah kepada YDP baru iaitu Muhammah Izuan Ramli. Semoga beliau akan memimpin persatuan dengan cemerlangnya. Ahli-ahli dengan yakin menyatakan beliau mampu memimpin persatuan dengan baik pada masa akan datang.

Dalam Mesyuarat kali ini, pihak persatuan sempat mengadakan jamuan Aidilfitri kepada semua yang hadir. Sungguhpun acara dilihat sederhana namun ia dihiasi dengan semangat silaturrahim dan semangat perjuangan. Terima kasih diucapkan kepada rakan dan kenalan Silat dari seluruh negara yang bersungguh-sungguh hadir dan memenuhi jemputan kami.

Hidup Cekak Hanafi!