Wednesday, August 26, 2009

Sekitar Jom Boling@Cekak Hanafi

Berduyun-duyunlah bola boling dilemparkan ke dalam longkang. Inilah antara adegan wajib dalam mana-mana permainan boling. Kali ini kita dapat lihat adegan bola masuk ke longkang telah merasmikan suasana Jom Boling@cekak hanafi uniten. Kami mula bermain pada jam 3.45 petang.

Hampir 21 orang terlibat dalam game ini dan kesemuanya menunjukkan bakat masing-masing dengan balingan balingan amatur mereka. Acara ini habis pada jam 5.30 petang dan kemudia kami bergerak ke Masjid Putra untuk menunaikan solat asar. Kemudian bersama-sama berkunjung ke bazar untuk membeli makanan. Ramai juga makanan yang diangkut oleh kami semua dan yang paling terkenal sekali ialah sate yang dibeli oleh Cik Rabiha walaupun satenya tidak berjaya dihabiskan oleh kami semua akibat kekenyangan..

Apapun kepada ahli yang tidak berkesempatan ikuti event ini, banyak lagi event menarik yang akan kami rangka. Jumpa di event yang akan datang.

Hidup Cekak Hanafi!!!




















Tuesday, August 25, 2009

Seruan Yang Dipertua Kepada Para Alumni


Assalamualaikum warahmatullah

Saya, Mohd Azwan Othman dengan ini menghulurkan salam persaudaraan kepada semua alumni Cekak Hanafi Uniten. Saya yang berhajat besar ingin menyatupadukan semula semua para alumni Cekak Hanafi Uniten demi kesejahteraan Persatuan kita yang masih bernyawa dibumi UNITEN ini.

Saya juga berhajat besar untuk menyatukan dua dunia yang berbeza ini antara ahli-ahli Asas hingga Tamat dengan Para Alumni Cekak Hanafi Uniten. Sudah sekian lama nama-nama saudara saudari tidak diseru untuk kebangkitan perjuangan Silat Cekak Hanafi di UNITEN.

Dengan ini juga saya berhajat besar untuk mengembalikan semula langkah anda wahai para alumni ke gelanggang Silat Cekak Hanafi di Mini Stadium yang mana tempat ini menjadi saksi lahirnya para pendekar Silat Cekak di bumi UNITEN. Saya juga menyeru kepada para alumni agar menerima salam ukhuwah daripada saya dan rakan-rakan Exco yang lain untuk bersatu kembali dan menginjak di tanah Gelanggang yang mana telah mengukir sejarah lahirnya para panglima yang pernah mentadbir Penubuhan Silat Cekak Hanafi di UNITEN.

Sudah sampai masanya anda kembali ke gelanggang bersejarah ini dan melihat semula para pendekar yang dalam sedang dilahirkan untuk menjadi seorang panglima. Saya juga mengumumkan bahawa saya ingin menubuhkan JAWATANKUASA ALUMNI CEKAK HANAFI UNITEN bagi menjalinkan semula hubungan yang sudah lama membeku dan menunggu masa untuk dicairkan semula.

Saya juga menyeru kepada semua alumni agar turun ke kelas latihan pada 2 September 2009 ini bagi menggerakkan langkah pertama kita dalam menyatu padukan semula hubungan yang menunggu masa untuk mekar dan gemilang.

Sekian dari saya

Mohd Azwan Othman

Yang Dipertua
Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi
Universiti Tenaga Nasional

Friday, August 21, 2009

Laporan Mesyuarat Agung







Mesyuarat Agung telahpun selesai dijalankan pada 21 Ogos 2009 bersamaan dengan hari jumaat. Majlis ini bermula dalam jam 8 malam dengan ketibaan hadirin dan menungguh kedatangan VIP iaitu Tuan Haji Amrahi bin Haji Buang selaku Perasmi.

Majlis Perasmian berjalan dengan sangat lancar sekali. Majlis perasmian telah dipengerusiakn oleh Naib Yang Dipertua Mohd Azwan Othman. Didahulukan dengan ucapan Yang Dipertua persatuan dan disusuli dengan Ucapan Penasihat Persatuan. Seterusnya Ucapan dari Perasmi dan ketukan Gong sebanyak 3 kali dibunyikan sebagai simbolik perasmian.

Selepas itu kami semua mula berkumpul disurau dan menunaikan solat isyak berjamaah dan juga berterawikh secara berjamaah. Setelah itu barulah mesyuarat yang ditangguh dimulakan semula.







Dalam Mesyuarat ini ada dibentangkan laporan aktiviti dan laporan kewangan yang lalu. Setelah itu mulalah pembubaran Exco sesi 2008/2009 dan kemudian bermulalah pelantikan exco sesi 2009/2010 yakni exco dan pucuk pimpinan yang baru.

Antara Senarai Pucuk Pimpinan yang baru adalah :

Yang Dipertua : MOHD AZWAN BIN OTHMAN
Naib Yang Dipertua : LUQMANUL HAKIM BIN AZMAN
Setiausaha Agong : MOHD. IZUAN BIN MOHD RAMLI
Bendahari Agong : NOOR DAYANA BINTI RAMIE


Exco-exco:
1. NABIHAH BINTI
2.NUR HAFIZAH BINTI RAHMAN
3.MOHAMAD FAIZ BIN MAZLAN
4.AL-AZI BIN MOHD LATIF
5.RABIHAH BINTI MD RASHID
6.HAFIZULESYAK BIN MOHAMAD ISA
7.KHAIRUL AMRAN BIN NAZRI
8.MOHD FAKRUL HELMI BIN
9.HANAFI BIN YUSOF


Dalam masa terdekat ini exco-exco yang baru akan adakan mesyuarat dan akan struktur akan disusun semula. Tahniah kepada semua yang dilantik.






Saksikan Video Perasmian AGM

Thursday, August 20, 2009

Solat Terawikh @ Mesyuarat Agung


Sukacitanya dimaklumkan atas undian semua pihak secara majoriti, Kita akan menjalankan solat sunat terawikh selepas Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Persatuan pada Jumaat ini bersamaan 21 Ogos 2009. Tempat solat akan disediakan. Pada kaum hawa dinasihatkan untuk membawa telekung untuk bersolat.

Mesyuarat akan diteruskan selepas solat sunat terawikh. Harap maklum.

Bersama mengejar ganjaran Ramadhan

Majlis Muafakat

Alhamdulillah. Selesai sudah majlis muafakat Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi UNITEN. Kata sepakat telah dicapai. Majlis bermula dalam jam 6.10 petang yang dipengerusikan oleh Yang Dipertua Persatuan Syed Azam Shah. Majlis ini berlaku dalam keadaan yang sederhana. Tetapi keadaan dan suasana majlis amat menyenangkan.

Tahniah kepada para ahli dan Exco yang banyak memberi kerjasama dalam Majlis Muafakat ini. Jumpa di Msyuarat Agung!