Tuesday, August 25, 2009

Seruan Yang Dipertua Kepada Para Alumni


Assalamualaikum warahmatullah

Saya, Mohd Azwan Othman dengan ini menghulurkan salam persaudaraan kepada semua alumni Cekak Hanafi Uniten. Saya yang berhajat besar ingin menyatupadukan semula semua para alumni Cekak Hanafi Uniten demi kesejahteraan Persatuan kita yang masih bernyawa dibumi UNITEN ini.

Saya juga berhajat besar untuk menyatukan dua dunia yang berbeza ini antara ahli-ahli Asas hingga Tamat dengan Para Alumni Cekak Hanafi Uniten. Sudah sekian lama nama-nama saudara saudari tidak diseru untuk kebangkitan perjuangan Silat Cekak Hanafi di UNITEN.

Dengan ini juga saya berhajat besar untuk mengembalikan semula langkah anda wahai para alumni ke gelanggang Silat Cekak Hanafi di Mini Stadium yang mana tempat ini menjadi saksi lahirnya para pendekar Silat Cekak di bumi UNITEN. Saya juga menyeru kepada para alumni agar menerima salam ukhuwah daripada saya dan rakan-rakan Exco yang lain untuk bersatu kembali dan menginjak di tanah Gelanggang yang mana telah mengukir sejarah lahirnya para panglima yang pernah mentadbir Penubuhan Silat Cekak Hanafi di UNITEN.

Sudah sampai masanya anda kembali ke gelanggang bersejarah ini dan melihat semula para pendekar yang dalam sedang dilahirkan untuk menjadi seorang panglima. Saya juga mengumumkan bahawa saya ingin menubuhkan JAWATANKUASA ALUMNI CEKAK HANAFI UNITEN bagi menjalinkan semula hubungan yang sudah lama membeku dan menunggu masa untuk dicairkan semula.

Saya juga menyeru kepada semua alumni agar turun ke kelas latihan pada 2 September 2009 ini bagi menggerakkan langkah pertama kita dalam menyatu padukan semula hubungan yang menunggu masa untuk mekar dan gemilang.

Sekian dari saya

Mohd Azwan Othman

Yang Dipertua
Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi
Universiti Tenaga Nasional

No comments: