Saturday, November 28, 2009

Bonda Naib Setiausaha Agung (Nor Hafiza) kembali Ke Rahmatullah


Dukacitanya dimaklumkan bonda Naib Setiausaha Agung Saudari Nor Hafiza Abd Rahman telah kembali ke Rahmatullah pada 29 November tepat jam 12 malam. Sama-samalah kita hadiahkan Alfatihah kepada Allayarhamah Bonda beliau.

Kami mendoakan semoga Saudari Hafiza tabah dalam menjalani liku-liku kehidupan yang akan datang.

Alfatihah

Wednesday, November 25, 2009

Tarikh Mula Kelas Latihan Persilatan


Sukacitanya dimaklumkan bahawa kelas latihan Silat Cekak Hanafi Uniten akan bermula pada :

Tarikh : 7 Disember 2009
Masa : 9 malam hingga 11 malam
Tempat : Mini Stadium Uniten

Sekian

-Jabatan Persilatan Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Uniten-

Thursday, November 19, 2009

White Water Rafting Silat Cekak Hanafi

"Didikan Ustaz Hanafi cukup unik"

Silat Cekak memang praktikal.


Ustaz Hanafi mewarisi SC melalui susur galur aturan ilmu yang sah. Dari sudut pendidikan kerohanian pula Ustaz Hanafi telah mendamba jiwa keilmuannya, dengan mendampingi Hj. Zain. Ilmu yang diwarisi, dicungkil dan digali dari lubuk ilmu yang disimpan penuh seni, karya hebat Ibni Atta'illah bernama Al-Hikam. Bukan semua mampu untuk mentafsirkan apa yang dibawa. Maka dengan penuh bijaksana, Ustaz Hanafi menterjemahkan hampir sebilangan besar isikandung kitab Al-Hikam, melalui perbuatan dan kefahaman beliau. Setiap sesuatu diperkukuhkan dengan contoh yang dilakukan sendiri demi pembuktian kebenaran kata-kata. Bagi ahli-ahli yang faham, mereka lantas bersegera mengikuti apa yang dilakukan atas kemampuan masing-masing. Bukan sedikit yang berjaya atas kefahaman tersebut.



Pembawakan sedemikian berlarutan dan disampaikan dengan penuh hemah dan hikmah. Tiada murid yang keliru dan tersasar. Inilah kelebihan Guru yang hebat. Arif dengan kelemahan murid maka dimudahkan pencarian itu buat kesenangan semua. Jika dikaji dengan lebih terperinci, setiap falsafah, pantun, pendirian hatta pergerakan seni silat itu sendiri boleh dikatakan adalah hasil rumusan beliau terhadap apa yang dipelajari. Hebatnya ialah semua perkara tersebut, mampu diolah oleh sesiapapun untuk dijadikan satu amalan yang baik. Lihatlah dari sudut mana, pasti yang nampak hanya kebaikan. Kajilah dari sudut mana, yang bakal ditemui adalah kebenaran. Ada yang pernah berkata, isikandung SC ini, mampu untuk dibicarakan secara ilmiah ditahap tertinggi keilmuan. Terlalu awal bagi saya untuk mengeluarkan rumusan tersebut. Tetapi memang tidak mustahil. Dewasa ini kita kekurangan pakar yang mahir untuk mengolah maksud. Jangan pula terkejut dengan kenyataan tersebut. Sebenarnya memang ada dikalangan kita yang mampu berbuat demikian. Cuma tidak diberi peluang dan pendedahan.

Proses belajar dalam SC berlaku dalam dua keadaan. Pertama secara terus dan formal iaitu di dalam kelas. Kedua, proses pembelajaran berlaku secara tidak langsung melalui hubungan persahabatan dan kenalan. Maaf, jika apa yang dikata tidak dapat dibuktikan secara kajian khusus. Saya berpendapat, penyampaian ilmu melalui kaedah yang kedua membentuk peratusan yang lebih tinggi dan paling mudah diterima. Apa yang berlaku terus diterima. Apa yang disampaikan adalah mengikut kesesuaian masa dan tempat. Bagi para ahli, apa yang berlaku ketika itu, mungkin satu teguran atau gurauan. Tetapi bagi yang menyampaikan, teguran dan gurauan tersebut adalah hasil satu kefahaman yang cuba diterapkan. Kefahaman inilah yang menyebabkan penyampai bertindak. Hasrat utama ialah membentuk perubahan. Cara sebegini memang mudah. Cara pengajian yang tidak mengadap kitab tetapi mempunyai pertautan yang amat kuat dengan kefahaman yang dituntut oleh kitab tersebut. Tanpa disedari bukan sahaja mereka yang baik menerima apa yang diterapkan, mereka yang selama ini hilang punca juga jelas dengan setiap maksud.

Ilmu yang praktikal tidak terlalu bersandar pada teori. Bukan salah untuk mendalami teori tersebut. Cuma biarlah nampak berlakukan di depan mata. Pendidikan melalui teladan. Lapangkan hati dan terimalah ilmu secara terbuka. Jangan cepat memandang serong. Lihat secara jujur dan berfikirlah secara positif. Insyaallah segala yang dinyatakan memang mudah. Percayalah bahawa mudahnya kefahaman ini pasti membuahkan satu perubahan. Begitu jugalah dengan mereka yang selama ini mengorbankan masa dan buah fikir memaklumkan kepada kita demi kebaikan bersama. Saya yakin mereka telah menikmati kebenaran tersebut.

Sunday, November 15, 2009

Nenda Setiausaha Agung Persatuan Kembali ke Rahmatullah


Dukacitanya dimaklumkan bahawa Nenda (datuk) kepada Setiausaha Agung Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Universiti Tenaga Nasional telah kembali ke rahmatullah dan telah selamat dikebumikan pada jam 12 tengahari bersamaan dengan 16 November 2009

Nenda beliau telah meninggal dunia disebabkan mengalami ketumbuhan di dada kanannya.. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan roh orang-orang beriman.

Al fatihah.

Thursday, November 5, 2009

Notis dari Akademi Silat Cekak Hanafi - KURSUS SIAP SIAGA AKADEMI SILAT CEKAK HANAFI


KURSUS SIAP SIAGA Silat Cekak Hanafi
(KHUSUS UNTUK PELAJAR YANG SEDANG MENUGGU KEPUTUSAN SPM)

Assalam mu alaikum.

Masa menunggu keputusan SPM perlu dimanfaatkan sepenuhnya untuk menyi apkan diri pelajar untuk menghadapi masa depan kehidupan mereka.

Pada umur remaja ini, mereka adalah terdedah sebagai sasaran kepada golongan penjenayah, serta menjadi objek godaan kepada gulungan yang rosak akhlak, yang boleh merosakan masa depan mereka.

Disatu sudut pula pelajar perlu bersedia sepenuhnya untuk melanjutkan pelajaran diperingkat lebih tinggi atau pun untuk memulakan kerjaya mereka.

Kursus Siap Siaga Silat Cekak Hanafi diolah bagi menyediakan remaja supaya bertanggung jawab untuk menjaga diri serta bersedia menerima cabaran bagi memajukan diri sendiri.

Dengan tema “Diri Kita Tanggung Jawab Kita” kursus ini bermatlamat untuk menimbulkan rasa dan keazaman peserta untuk bertanggungjawab terhadap kehidupan mereka sendiri, dan menginsafi bahawa kehidupan adalah saatu rahmat yang tidak sekali boleh dipersia siakan.

Kursus selama taiga bulan ini akan dibimbing oleh tenaga pengajar yang mahir dan berpengalaman didalam bidang yang dipertanggung jawabkan.

Modiul yang di adun khas mengandungi pengisian yang berikut.

1. Mempelajari Silat Cekak Hanafi sehinga tammat dan mendapat Sijil.

2. Membetulkan infra struktur diri dengan menghayati sifat manusiawi:

- Panduan menjaga Jasad.
- Kewarasan Minda
- Ketenangan Jiwa
- Sifat Mengenang Jasa, Khususnya Ibu dan Bapa.
- Memahami konsep kehidupan.
- Asas tauhid
- Budaya Menyerap Ilmu.




3. Melengkapkan Diri Dengan Kemahiran asas:

- Pengurusan masa
- Kaedah Penyelesaian Masalah
- Kemahiran Berkomunikasi
- Menggubal Perancangan Yang Realistik
- Bajet dan Pengurusan Kewangan Diri
- Teknik Tenik Belajar Cemerlang
- Pemilihan Kursus Selepas SPM
- Menghadiri Temuduga
- Membuat Resume
- Persediaan Menghadapi Kegagalan
- Kemahiran Berorganisasi.

Kursus ini akan diadakan selama 3 Bulan, bermula 7hb.Disember 2009 sehingga 29.Febuari 2010. Kelas akan diadakan pada setiap hari isnin hingga jumaat setiap hari, dari jam 9.00 pagi hingga jam 1.00 tgh, kecuali hari jumaat hingga jam 12.00 tengahhari.

Semua aktiviti kursus akan diadakan di Bangunan Akedmi Silat Cekak Hanafi di No.3 Lorong Kiri 1, Kampong Datuk Keramat, 54200 Kuala Lumpur.

Bagi tahun ini kursus hanya dibuka kepada keluarga terdekat (anak, adik beradik, sepupu dan anak buah ) ahli Silat Cekak Hanafi, dan jumlah minimum peserta seramai 10 orang dan jumlah maksimum 40 orang sahaja.

Bayaran Kursus ialah RM900 sahaja, tetapi untuk keluaraga ahli diberi 50% potongan menjadi RM450 sahaja dengan 3 kali bayaran ansuran. Bagi yang membayar sekali gus potongan RM50 diberikan.


Keterangan lanjut hubungi:-

Akademi Silat Cekak Hanafi ( 03-4251 0651)
En. Nor Azlan Shah b Abdul Gaffor ( 013-2161357 )
En. Mohd Azua b Mohd Zain ( 013-3531242 )
atau emel pada pej_urusan@cekakhanafi.com

Yuran Kursus hendaklah dibayar terus ke akaun:-
Silat Cekak Hanafi Sdn. Bhd. (Akaun RHB: 21413 8001 08664)

Sila fakskan slip bayaran ke no.:- 03-4251 0676
atau ‘scan’ & emel kepada:- pej_urusan@cekakhanafi.com


Kepada yang berminat, emelkan kepada cekakhanafiuniten@yahoo.com untuk mendapatkan borang penyertaan. Borang akan diemelkan kepada anda semula.