Thursday, January 29, 2009

Lihat Cara Pemakaian Tengkolok Siput Sudu





AYUH BANGKIT DENGAN SEMANGAT BARU


Dengan semangat baru kita mengorak langkah, dengan semangat baru kita memajukan diri dan silat cekak. Ayuh sahabat-sahabat. Bersama kita memajukan diri dan Silat Cekak Hanafi di bumi UNITEN.

Kata-kata hikmat

Mari Beli Capal Silat Cekak Hanafi


Capal Silat Cekak Hanafi yang baru telah diterbitkan. Mari beli semua. Tak kira peringkat asas, potong mahupun tamat. Semua boleh beli. Setakat ni yang pakai NYDP kita je. Mari kita meriahkan kaki-kaki kita dengan capal Silat Cekak Hanafi. Murah-murah. RM20.00 sahaja. Mudah,ringan dan sedap dipakai. Ringan sehingga jika kita lakukan sepakan kaki kedua kepada musuh pun cukup mudah dan ringan. Mari beli capal Silat Cekak Hanafi.



Untuk Tempahan sila hubungi nombor yang tertera atau datang lah ke kelas latihan setiap hari isnin dan rabu jam 9.00malam di Mini Stadium UNITEN.

Tuesday, January 27, 2009

Demonstrasi Squad Demo Silat Cekak Hanafi Malaysia sempena Sambutan Hari Tenaga Pengajar



Baru-baru ini dalam 17 Januari 2009, telah diadakan Sambutan Hari Tenaga Pengajar. Dan pihak Pusat telah menjemput semua ahli-ahli tamat menghadiri Sambutan tersebut untuk menerima pentauliahan mengajar Silat Cekak. Dalam sambutan itu juga turut dimeriahkan dengan demonstrasi dari squad demo Silat Cekak Hanafi Malaysia. Saksikan......

Monday, January 26, 2009

NUR HANAFI……. Ustaz Hanafi Dalam Kenangan – 7 (Siri Akhir)




Cabaran seterusnya :

Tentangan dari Silat Khalimah

Kegagalan Azmi Long dan Redzuan Long mendapat kedudukan yang tinggi dalam Silat Cekak dan pemecatan mereka telah menimbulkan keazaman mereka untuk terus menentang Ustaz Hanafi dan Silat Cekak. Mereka malah telah berpakat dengan bekas guru Silat Cekak iaitu Encik Yahaya Said untuk terus melaksanakan agenda mereka itu disamping terus mengembangkan Silat Kalimah. Melalui usaha mereka, silat tersebut berjaya didaftarkan pada 26 November 1971 di Pulau Pinang. Silat tersebut telah bergerak di Kuala Lumpur dan berpusat di Batu Caves. Kehadiran Silat Kalimah telah mengelirukan orang ramai dengan dakwaan Silat Cekak berasal dari Silat Kalimah.

Susulan dari itu, Silat Kalimah telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menyaingi Silat Cekak dan telah menjalankan berbagai usaha untuk menghalang perkembangan Silat Cekak. Mereka telah melakukan usaha penentangan tersebut termasuk di seminar atau persidangan persilatan yang di adakan pada waktu itu serta di dalam penerbitan-penerbitan majalah. Antara penentangan mereka yang dapat direkodkan adalah seperti berikut:

a- Tentangan di Konvensyen Seni Silat Malaysia

Pada konvensyen tersebut Ustaz Hanafi telah membentangkan kertas kerja beliau tentang Silat Cekak di Dewan Kuliah A, Universiti Sains Malaysia pada 13 Julai 1973. Redwan Long telah mengambil kesempatan pada konvensyen tersebut untuk mencabar kesahihan Silat Cekak dan menyatakan bahawa Silat Cekak adalah cabang kepada Silat Kalimah. Namun Ustaz Hanafi telah menyediakan jawapannya terlebih dahulu kerana beliau tahu ramai pengamal silat yang tidak sehaluan dengan kaedah dan perjuangan Silat Cekak. Ustaz Hanafi telah mengedarkan borang pendaftaran Azmi dan Redzuan Long yang belajar Silat Cekak di Sungai Petani pada 10 Januari 1969. Silat Cekak telah bergerak sejak tahun 1965 di bawah organisasi PSSBSK sedangkan Silat Kalimah hanya didaftarkan pada 26 November 1971. Ini adalah jelas bahawa Silat Cekak telah terlebih dahulu muncul dan Silat Kalimah hanya muncul selepas enam tahun kemudian.

b- Tentangan di dalam majalah Dewan Masyarakat

Ustaz Hanafi telah menghasilkan satu atikel tentang Silat Cekak dan disiarkan di dalam majalah Dewan Masyarakat pada bulan Ogos 1973. Artikel yang bertajuk ’Silat Cekak Suatu Pusaka Bangsa’ dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka. Artikel tersebut telah menyebabkan Azmi dan Redwan Long menyiarkan satu artikel bertajuk ’Silat Cekak Cabang Silat Khalimah’ dan disiarkan di dalam majalah yang sama pada bulan September 1973. Tujuan mereka adalah untuk menyangkal kenyataan Ustaz Hanafi sebelumnya dan mengelirukan masyarakat. Namun Ustaz Hanafi tidak berdiam diri dan telah berjaya menyediakan satu artikel susulan yang bertajuk ’Keaslian Silat Cekak Usah Diragukan’ untuk siaran pada bulan Oktober 1973 majalah yang sama. Dalam artikel tersebut, Ustaz Hanafi telah menjawab segala tuduhan dan menyertakan bukti-bukti yang jelas tentang kedudukan Azmi dan Redwan Long.

c- Tentangan di Konvensyen Guru-guru Silat Melayu

Tentangan seterusnya ialah sewaktu konvensyen Guru-guru Silat Melayu yang dianjurkan oleh Silat Lincah di Dewan Sultan Sulaiman, Kampung Bahru pada 2 March 1975. Silat Cekak dan Silat Khalimah telah diundang dan beberapa pertubuhan silat lain telah diundang. Kehadiran Silat Khalimah menyebabkan Ustaz Hanafi membuat persediaan rapi. Beliau juga telah menghasilkan satu artikel bertajuk ’Asal-usul Silat Cekak’ di mana penekanan dibuat terhadap kedudukan Silat Cekak dan Silat Khalimah serta bukti-bukti lengkap disediakan. Ustaz Hanafi juga telah menjemput Shafie Darus dan Mat Tarzan dari Kedah untuk memberi penjelasan mengenai kedudukan Silat Cekak yang sebenarnya. Encik Shafie Darus hadir untuk menjelaskan bahawa Silat Cekak telah lahir di rumah beliau manakala Mat Tarzan pula adalah untuk membuktikan bahawa Azmi dan Redwan Long pernah belajar Silat Cekak di Sungai Petani dari Ustaz Hanafi.

Sewaktu persidangan, seperti yang dijangkakan, Redwan Long dan Encik Yahya Said telah menimbulkan kembali isu Silat Cekak diambil dai Silat Kalimah. Dengan serta-merta artikel yang telah disediakan diedarkan kepada peserta dan Ustaz Hanafi telah berjaya mengemukakan bukti yang cukup lengkap untuk menangkis tuduhan yang dilemparkan. Di acara kemuncak konvesyen, sewaktu pertunjukan silat yang diadakan di Stadium Negara pada sebelah malamnya, Ustaz Hanafi telah memperkenalkan nama Silat Cekak Silat Papan Sekeping. Tindakan itu adalah untuk makluman umum bahawa Silat Cekak adalah silat yang benar-benar asli dan silat Cekak yang terlebih dahulu memperkenalkan nama tesebut dan bukanlah Silat Kalimah.

Kejayaan Ustaz Hanafi menghadapi tentangan hebat dari Silat Kalimah telah tidak secara langsung memberi kekuatan dan membantu perkembangan di pusat pengajian tinggi. Namun tentangan Silat Kalimah masih wujud secara kecil-kecilan hatta hingga ke IPT. Contohnya pernah terjadi pertarungan persahabatan antara penuntut Silat Cekak (anak murid Ustaz Hanafi) dengan penuntut Silat Kalimah(anak murid Yahaya Said). Peristiwa ini berlaku pada jam 11 pagi 7 September 1974 di bilik Pusat Bahasa, Universiti Malaya Kuala Lumpur. Encik Md Nasir Md Arshad (sekarang menjawat jawatan Naib Presiden, Tn Hj) penuntut Silat Cekak telah bertarung dengan Encik Rosli Ariffin seorang penuntut Silat Kalimah untuk membuktikan kebenaran masing-masing. Di akhir pertarungan itu penuntut Silat Cekak telah berjaya mengalahkan penuntut Silat Kalimah. Kejayaan tersebut merupakan satu kejayaan manis yang telah membuktikan kebenaran berada pada Silat Cekak dan juga Ustaz Hanafi.

Kesimpulannya, terdapat dua elemen penentangan yang dihadapi oleh Ustaz Hanafi dalam usaha mengembangkan Silat Cekak. Pertama adalah tentangan dari anak murid yang cuba menjatuhkan maruah Ustaz Hanafi dengan tujuan untuk menghilangkan kepercayaan dan pengaruh Ustaz Hanafi kepada penuntut silat. Keduanya ialah penentangan terhadap dasar dan polisi Ustaz Hanafi untuk mengembangkan Silat Cekak oleh Silat Kalimah. Kedua-dua tentangan tersebut berjaya diatasi oleh Ustaz Hanafi melalui kebijaksanaan beliau.

Perkembangan selanjutnya

Zaman penuh rintangan yang dihadapi oleh Ustaz Hanafi selama 10 tahun tahun bermula pada tahun 1965 telah berakhir menjelang tahun 1976. Satu perayaan 10 tahun yang diadakan secara besar-besaran pada 28 Disember 1975 dianggap titik permulaan kepada perkembangan Silat Cekak yang lebih gemilang.

Silat Cekak telah mula diterima oleh semua golongan masyarakat. Jentera pentadbiran persatuan juga diperkemaskan. Bagi mengekalkan mutu pentadbiran persatuan, perlantikan jawatan dalam persatuan adalah oleh mereka-mereka yang mahir tentang Silat Cekak. Dasar ini dapat menentukan bahawa mereka yang dilantik akan berusaha menegakkan perjuangan persatuan tanpa mempunyai tujuan atau niat yang lain. Oleh itu pentadbian persatuan akan menjadi lebih baik dan dapat berjalan lancar serta dapat mencapai matlamat yang telah dicita-citakan.

Selanjutnya selepas itu Silat Cekak dapat membuka beberapa cawangan di seluruh negara dan juga kelas di beberapa pusat pengajian tinggi dan sudah tentu ini merupakan satu kejayaan yang amat besar dan bermakna kepada perjuangan Ustaz Hanafi.

Pengaruh Ustaz Hanafi

Dalam mengembangkan Silat Cekak, Ustaz Hanafi mempunyai pengaruh yang luas ke atas anak-anak murid beliau. Ustaz Hanafi selaku Presiden dan Guru Utama sentiasa menjaga peribadi beliau supaya dapat dijadikan contoh kepada anak-anak murid beliau. Ustaz Hanafi sejak dari usia muda beliau telah menjauhkan diri dari melakukan perbuatan maksiat. Ustaz Hanafi tidak minum arak, berjudi dan terlibat atau berfoya-foya dengan wanita. Beliau sentiasa menepati janji dan tidak bercakap bohong. Beliau juga berpendirian tegas, berani dan tidak mahu mengaku kalah dalam apa-apa perkara atau masalah yang dihadapi.

Ustaz Hanafi mengajar silat bukan hanya kerana silat semata-mata, tetapi dengan tujuan untuk membimbing belia-belia ke jalan yang benar di sisi agama Islam. Ceramah-ceramah dan fahaman keagamaan yang diberikan secara tidak langsung telah dapat mengubah corak kehidupan anak-anak murid beliau. Pelajaran silat yang diajar oleh Ustaz Hanafi tidak berbeza baik yang berpangkat ataupun tidak. Semuanya dilayan sama rata. Bagi yang layak telah dilantik menjadi jurulatih untuk membantu perkembangan Silat Cekak. Perlantikan jurulatih oleh Ustaz hanafi adalah berdasarkan kepada empat faktor utama iaitu:

1- Penuntut yang telah tamat dan mahir ilmu silat cekak
2- Penuntut yang menghargai dan mencintai silat cekak
3- Penuntut yang sanggup berkorban kerana persatuan
4- Mempunyai peribadi yang baik

Pergaulan Ustaz Hanafi dengan anak murid beliau juga tiada tingkat dan tarafnya. Ustaz hanafi tidak memberi layanan yang istimewa kepada pegawai tinggi dan memandang hina kepada penuntut yang miskin. Kebijaksanaan Ustaz Hanafi memimpin silat ini menyebabkan ramai penuntut-penuntut beliau yang amat menghormati beliau dan sama-sama membantu mengembangkan Silat Cekak. Bagi anak-anak murid beliau yang telah belajar silat ini, mereka merasa amat bersyukur dapat mempelajari silat dan berdamping dengan Ustaz Hanafi serta dapat mempelajari rahsia-rahsia kebatinan Ustaz Hanafi.



Pandangan anak murid Ustaz Hanafi yang amat dikasihi iaitu Amruddin Buang terhadap Ustaz Hanafi ialah beliau merupakan seorang yang tegas, pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan, kemas dan teliti dalam sebarang hal. Ceramah-ceramah agama yang didengar lengkap dengan alasan-alasannya, memenuhi kehendak rahsia-rahsia agama hingga dapat mengenal antara kawan dan lawan, dapat membezakan dan menganalisa hal ehwal dunia dan masyarakat serta cara-cara mempengaruhi berbagai-bagai jenis masyarakat. Beliau juga telah merasakan diri beliau lebih yakin dan optimis di dalam hidup ini selepas berguru dan bergaul dengan Ustaz Hanafi.



Begitu juga dengan anak-anak murid Ustaz Hanafi yang lain, semuanya berpuas hati dan dapat merasakan perubahan dalam diri masing-masing. Mereka menjadi lebih yakin dan keyakinan itu berlipat kali ganda setelah mendengar ceramah-ceramah agama dan bergaul dengan Ustaz Hanafi untuk memperolehi rahsia kebatinan Ustaz Hanafi supaya dapat menjadi insan yang sebenar.

Zaman Gemilang Silat Cekak Selepas 10 Tahun (1965 – 1975)

Zaman perkembangan Silat Cekak berlaku selepas 10 tahun menempuh badai dan gelombang besar. Cabaran demi cabaran dapat diharungi dan semuanya dapat ditangani dengan bijaksana oleh Ustaz Hanafi. Oleh itu bolehlah dikatakan bahawa zaman perjuangan Ustaz Hanafi di Kuala Lumpur merupakan permulaan era Silat Cekak. Di sinilah ujian terakhir sebelum Ustaz Hanafi diangkat menjadi pemimpin besar pergerakan Silat Cekak.

Selepas tahun 1975 / 76 boleh juga dikatakan masa tersebut merupakan zaman ’senang’ untuk Ustaz Hanafi. Beliau juga tidak lagi menghadapi masalah kewangan yang kronik apabila ramai ahli masyarakat dan juga penuntut IPT yang mempelajari Silat Cekak. Isteri dan anak-anak beliau juga mendapat ’kesenangan’ tersebut hasil dari perkembangan Silat Cekak.

Zaman Selepas Ustaz Hanafi (era selepas tahun 1986)

Setelah berjuang bersama Silat Cekak selama 21 tahun, pada 13 Ogos 1986, Ustaz Hanafi meninggal dunia pada usia 63 tahun. Beliau meninggalkan perjuangan Silat Cekak kepada kita semua untuk diteruskan.

Sebelum beliau meninggal dunia, Ustaz Hanafi tidak pula menamakan atau melantik sesiapa menjadi pengganti beliau sebagai Guru Utama Silat Cekak. Itulah satu masalah diperingkat awal yang dihadapi oleh ahli-ahli lama pada waktu itu. Oleh kerana hanya Ishak Itam tampil untuk menuntut jawatan tersebut, maka perlantikan beliau telah diuruskan oleh pihak Majlis Muafakat Silat Cekak dan selepas itu beliau menjadi guru selama tujuh (7) tahun sehingga tahun 1993. Selepas itu Encik Md Radzi pula dilantik sebagai pengganti selepas dicadangkan oleh Amruddin Buang di dalam mesyuarat Majlis Muafakat Tertinggi dan beliau menjalankan tugas selama 13 tahun sehinggalah pada 13 Ogos 2006. Dan kini perjuangan ini disambung dan diterajui oleh YM Encik Marwi bin Latif sebagai Presiden dan Guru Utama.


– Sampai di sini sahaja penulisan kami tentang tajuk di atas. Suka untuk kami ingatkan, sama-samalah kita ambil iktibar dalam pengisahan perjalanan hidup Ustaz Hanafi. Mog-moga kita menjadi insan yang lebih baik.

Demo Malam Silaturrahim

Demonstrasi sempena Malam BBQ Silat Cekak Hanafi UNITEN

Sunday, January 18, 2009

Sambutan Hari Tenaga Pengajar

Pada 17 Januari 2009, pihak pusat telah menganjurkan Sambutan Hari Tenaga Pengajar. Kami dari UNITEN juga turut mengahadiri majlis tersebut. Kami perlu berada disana pada pukul 8.30. Tapi peliknya 8.30 baru kami bertolak dari UNITEN. Bagus betul. Bangun lewat sebab letih malam silatuurrahim tak abis lagi.





Petangnya pula, kami mendengar Forum yang berkisarkan perjuangan Silat Cekak Hanafi. Majlis juga berakhir pada jam 5 petang dan sesi bergambar di dataran MPAJ. Pada ahli-ahli asas dan potong, tahun depan kita gi Hari Tenaga Pengajar ramai-ramai ye~



Sambutan Malam Silaturrahim, meriah




Seperti yang dijangka, Malam silaturrahim tiba ke kemuncaknya. Kehadiran yang mantao yang kita ramalkan ternyata. Pada malam itu, kehadiran mencapai lebih 50 orang, suatu perkembangan yang diluar dugaan oleh kami para pengatur program. Berbagai peringkat telah memeriahkan majlis ini antaranya alumni, dan ahli-ahli yang belum meninggalkan UNITEN.

Banyak muka yang kita dapat lihat, ada yang tak penah turun, ada yang jarang turun, dan yang terturun-turun pun ade gak… hehehehe..







Apa-apapun malam itu sangat meriah dan mendapat sambutan hangat. Acara dimulakan dengan ucapan pengarah program dan demo pembukaan yang dilakukan oleh squad demo Cekak Hanafi UNITEN (video akan kami upload dalam masa terdekat insyaAllah). Kemudian majlis diteruskan dengan menjamu selera. Hadirin pula disajikan dengan tayangan slideshow aktiviti yang telah dilakukan oleh pimpinan selama mereka berkuasa di bumi UNITEN. Seperti yang dijanjikan, pelancaran video promosi juga dilakukan dan nasib baik la ada orang tepuk. Moga-moga video yang tak seberapa ini mampu menggoncang hati student-student baru yang ingin mencari silat sebagai wadah mempertahankann diri.









Majlis diteruskan lagi dengan Majlis Perpisahan Tuan Penyelia Tuan Haji Abu Huzaifah. Memang kami tidak memaklumkan mengenai majlis ini. Kalau diumumkan confirmla Abang Abu tak nak datang punya. Tekejut jugak dia malam tu. Ada gak majlis untuk dia. Matanya merah malam tu. Taktau la sedih ke, teharu ke or tengah………………… Jangan mara abang abu.








Kami juga telah melakukan kutipan tabung Palestin yang turut diiringi dengan tayangan penderitaan rakyat Palestin. Kutipan juga diserahkan kepada Naib Presiden sahabat Al Quran yang akan disalurkan terus ke Aman Palestin. Majlis berakhir dengan sesi bergambar beramai-ramai dan kami meniggalkan majlis dalam pukul 12.30. Memang peli perangai orang cekak ni. Dah 7 kali salam tapi tak balik-balik lagi. Sebab tu balik lewat..hehe..



Ujian Buah Asas Jatuh Silat Cekak Hanafi KUIS


Baru-baru ini di Kolej Universiti Islam Antarabangsa ada diadakan ujian buah asas jatuh bagi penuntut-penuntut asas jatuh Silat Cekak Hanafi disana. tidak ketinggalan kami ahli-ahli tamat Cekak Hanafi UNITEN juga dijemput untuk menjadi tester kepada 150 orang para penuntut asas jatuh di situ. Memandangkan ramai yang ingin menjalani ujian jadi kami tergerak hati untuk membantu rakan seperjuangan di KUIS.




Antara ahli tamat kita yang terlibat ialah Luqmanul hakim, Izwan, Arafat, kei, Dayana dan Azwan yang telah sudi menyakitkan badan mereka di belasah oleh penuntu-penuntut asas jatuh disitu. Silat Cekak Hanafi UKM juga turut membantu dan ternyata pada malam itu telah terbukti perpaduan yang terjalin antara Segi Tiga Platinum ini.







Akhir sekali abang Reamy dengan bermurah hati belanja semua tester dan pemberi markah yang turut membantu malam itu di kedai mamak yang berdekatan. wah, penulis dah agak dah ade orang belanja punya, sebab tu penulis oder makanan yang sedap-sedap.


Saturday, January 10, 2009

Majlis Ijazah Asas dan Potong



Pada 6 januari yang lepas, buat pertama kali dalam semester 2 sesi 2008/2009 Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi telah menganjurkan Majlis ijazah asas dan potong. Tahniah kepada para ahli yang telah diijazahkan.

Yang asas dah mula boleh belajar, yang potong pula dah selamat masuk ke peringkat selanjutnya. Moga-moga anda sempat ke ijazah tamat semester ini InsyaAllah.



Nak bercerita sikit bab ijazah ni seronok juga. Dah lama kita tak buat ijazah pergi ke rumah persatuan dengan bas. Kali ini kita buat. Selalunya kita tong-tong kereta exco-exco untuk bawa mereka ke rumah persatuan. Tapi kali ini persatuan sudah mula fikir untuk lebih maju dan mantap dalam bidang pentadbiran. Salah satunya inilah usaha para exco. Bas mula tunggu di Kelompok Amanah pada jam 8 malam. kemudian bergerak ke kelompok-kelompok lain. Selamatlah mereka menaiki basi ini dan sampai ke Rumah Persatuan di Seksyen 15 Bandar Baru Bangi.

Bila nak berijazah pula kita tengok ada yang macam gementar. Mesti tangan masing-masing sejuk masa nak berjabat tangan dengan YM Guru Utama. Mana kitaorang tau? alaaaa... kami pun sama la dulu.. heheeh..

Selesai ijazah adalah pulak 3 orang baru abis kelas. Nasib baik la ada orang yang ambil mereka dari Uniten pukul 10 malam. Kalau tak Ijazah Semester depan la jawabnya. Setelah selesai ijazah asas dan Ahli ijazah potong dimandikan, maka bersantaplah mereka. Turut diberikan kain putih untuk disematkan di pembaringan.
Ingat, jangan conteng pulak kain tu. mahal woooo...


Thursday, January 1, 2009

Majlis Sepetang Bersama Naib Presiden

Majlis Sepetang Bersama Naib Presiden Silat Cekak Hanafi Malaysia


Salam sayang untuk semua ahli.

Untuk pengetahuan semua ahli, pada 1 Januari 2009 bertempat di rumah Encik Kamaruzzaman (Abang Khalid) ada diadakan majlis “Sepetang Bersama Naib Presiden”. Majlis ini adalah majlis perjumpaan ringkas tentang strategi Silat Cekak Hanafi Malaysia untuk meluaskan empayar mereka yang pernah kukuh gemilang sebelum ini.

Dalam majlis tersebut, dihadiri oleh otai-otai Silat Cekak yang pernah belajar dengan tangan Almarhum Ustaz Hanafi sendiri. Antara hal-hal yang berbangkit ialah apakah perancangan untuk membuka kelas-kelas baru di daerah-daerah baru khususnya di Negeri Sembilan. Selain itu juga turut dibincangkan adalah aktiviti yang akan datang seperti Hari Tenaga Pengajar yang akan berlansung pada 17 Januari 2009 nanti. Ada juga disingkapkan kisah-kisah dan hikmah-hikmah perjuangan yang pernah diperjuangkan oleh Almarhum Ustaz Hanafi pada suatu masa dahulu. Penulis yang mengantok terus tak jadi tido sebab best sangat. (ingat nak curi-curi tido.. heheheehh)

Selepas selesai majlis penerangan yang diketuai oleh Tuan Haji Amrudin bin Haji Buang, ada juga diselitkan dengan luahan dan hal-hal berbangkit oleh-oleh ahli lain. Biasalah dalam mana-mana perbincangan pasti aka nada sesi soal jawab. Uniten juga tak ketinggalan untuk merebut peluang ini. Uniten yang diwakili oleh Naib Yang Dipertua dan Exco Persilatan telah menyusulkan pemohonan maaf diatas ketidakhadiran ke Majlis Minda Hanafi Universiti Kebangsaan Malaysia. Dan pemohonan diterima oleh Saudara Rahman yang mewakili UKM.

Selepas itu ape lagi, Majlis makan la pulak. So kami pun tak lepas peluang memenuhkan perut masing-masing yang dari tadi menunggu masa untuk menyental makanan-makanan yang ada terhidang. Setelah menjamu selera kami dari UNITEN pulang dari rumah Abang Khalid dalam jam 6.30 petang