Friday, December 24, 2010

Majlis Ijazah di PLBB











"Kenapa foreigner lebih ramai minat seni silat Melayu berbanding orang sendiri?"

Friday, December 17, 2010

Maulana air=D







Cubaan yang bagus...Nasib xbaik je sbb hujan=D

"Kalau panas habis dijual, Kalau hujan habis dibuang"-Abg Khalid

Monday, December 6, 2010

Team Building @ Skytrex

Tempat : Bukit Cerakah
Tarikh   : 5 Disember 2010
Mengumpulkan ahli daripada pelbagai cawangan. Semua berkumpul seawal 8 pagi di perkarangan Masjid Negeri Selangor. Setelah diberikan taklimat oleh Abang Khalid, kami bergerak ke tempat acara iaitu Bukit cerakah. Slot pertama diisi dengan sesi memanaskan badan dan beberapa modul. Kemudian acara yang ditunggu iaitu skytrex. Setelah diberi taklimat oleh pegawai yang bertugas. Kami memulakan aktiviti skytrex yang mengambil masa lebih kurang 2 jam setinggi 50 meter. Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti…
Taklimat awal

Naik ke Bukit Cerakah menaiki bas yang disediakan

Antara yang menyertai...

Skytrex

Skytrex adventurous




Bersama kakak Skytrex...

The End.

Sunday, November 28, 2010

Selamat Menempuh Semester Baru


Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Uniten mengucapkan Selamat Menempuh Semester baru kepada semua ahli-ahli. Nantikan Pengumuman permulaan tarikh kelas latihan oleh wakil persatuan dalam masa terdekat.

Selamat Bersilat!!

Tuesday, October 12, 2010

FUTSAL SEGITIGA PLATINUM II




Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi UNTEN akan melangsungkan sekali lagi riadah futsal... JOM FUTSAL...! datang beramai-ramai ye.. lagi ramai lagi bagus...

Tempat : Megah, Bandar Baru Bangi.
Tarikh : Jumaat [15/10/2010]
Masa : 10 malam

Sila hubungi Muhammad Al-Azi [019-3538120] jika ade sebarang pertanyaan.

Sunday, September 19, 2010

Mesyuarat Agung Tahunan dan Jamuan Aidilfitri


Alhamdulillah.. pada 24 september telah berlansung Mesyuara Agung Tahunan kita dengan berjayanya. Dalam acara ini kita telah mengumumkan pucuk pimpinan yang baru dan jawatankuasa yang lama telah dibubarkan secara rasmi. Tahniah kepada YDP baru iaitu Muhammah Izuan Ramli. Semoga beliau akan memimpin persatuan dengan cemerlangnya. Ahli-ahli dengan yakin menyatakan beliau mampu memimpin persatuan dengan baik pada masa akan datang.

Dalam Mesyuarat kali ini, pihak persatuan sempat mengadakan jamuan Aidilfitri kepada semua yang hadir. Sungguhpun acara dilihat sederhana namun ia dihiasi dengan semangat silaturrahim dan semangat perjuangan. Terima kasih diucapkan kepada rakan dan kenalan Silat dari seluruh negara yang bersungguh-sungguh hadir dan memenuhi jemputan kami.

Hidup Cekak Hanafi!