Sunday, July 25, 2010
Majlis Makan Malam Utama Silat Cekak Hanafi
Pihak Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Uniten mengucapkan setinggi tinggi tahniah kepada ajk-ajk Majlis Makan Malam Utama 45 Tahun Silat Cekak Hanafi kerana telah berlansung dengan jayanya. majlis bermula pada jam 8 malam dengan ketibaan para hadirin dan VVIP.Majlis digamitkan dengan nostalgia nostalgia lama dengan imabaun kenangan lama dalam perjuangan Silat Cekak selama 45 tahun. Pelbagai persembahan menarik disajikan kepada para penonton dan rata-rata terhibur dengan persembahan tersebut. Salah seorang dari ahli kita Muhammad Al-Azi juga turut terlibat dalam persembahan yang mana beliau berlakon sebagai pengemis yang memikul guni sebagai gimik sesi jualan amal pada malam tersebut. Tahniah juga kepada Saudara Luqmanul Hakim Azman yang berjya mendapat tempat ketiga dalam acara Best Dress walaupun tidak ramai bersorak kepadanya. Saudara Mohd Azwan juga tidak ketinggalan dalam menyampaikan sajak bertemakan perjuangan pada malam tersebut sebelum majlis berakhir. Sekali lagi pihak persatuan mengucapkan setinggi tinggi tahniah kepada semua AJK yang telah menjayakan makan malam tersebut.
Monday, July 19, 2010
Majlis Ijazah bagi Ahli-ahli baru
Dimaklumkan pihak persatuan akan mengadakan Majlis Ijazah Asas dan Tamat bagi ahli-ahli yang baru berdaftar dan ahli-ahli lama yang akan masuk ke peringkat tamat.
Tarikh : 26 Julai 2010
Masa : 8 malam
Tempat : Surau Lelaki COIT (ground floor)
Pakaian : Baju melayu bersongkok / kopiah bagi lelaki
Baju kurung bagi wanita
Untuk ahli baru sila sertakan yuran ijazah sebanyak rm35 dan kepada ahli lama yang akan ijazah tamat sila bawa bersama yuran ijazah tamat sebanyak rm40.
Wednesday, July 14, 2010
Bazar Kelab Persatuan 2010 - Kami Menang Lagi.
Pada 13 dan 14 Julai 2010, Majlis Perwakilan Pelajar telah menganjurkan Bazar Kelab dan Persatuan untuk memberi laluan kepad persatuan-persatuan di Uniten untuk mengambil ahli baru. Sambutan sungguh menggalakkan. Persatuan kita tidak ketinggalan dalam mengambil bahagian kali ini.
Untuk kali ketiga berturut-turut juga persatuan kita telah memenangi Anugerah Persembahan Terbaik. Tahniah diucapkan kepada usaha gigih squad demo Silat Cekak Hanafi Uniten sungguhpun berlatih hanya 1 malam sahaja.
Untuk pengambilan kali ini, persatuan kita telah berjaya mengambil ahli baru seramai 44 orang. Tahniah sekali lagi diatas usaha murni para exco dan semua ahli Silat Cekak Hanafi Uniten yang terlibat. Hidup Cekak Hanafi!
Wednesday, July 7, 2010
Pengumuman Kelas Latihan Semester Baru
Tuesday, July 6, 2010
Pandai Silat Bersama Guru Utama III
Sukacita dimaklumkan bahawa Akademi Silat Cekak Hanafi akan menganjurkan sekali lagi aktiviti Pandai Silat Bersama Guru Utama.
Tarikh : 17 Julai 2010
Masa : 9 mlm
Tempat : Akademi Silat Cekak Hanafi
Justeru nantikan makluman dari pihak persatuan untuk ahli-ahli tamat Silat Cekak Hanafi Uniten menyertai aktiviti ini. Harap maklum
Sunday, July 4, 2010
Notis Mesyuarat Exco Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Uniten
Dimaklumkan mesyuarat Exco akan diadakan sempena pembukaan semester baru dan pengambilan ahli-ahli baru. Selain itu akan diadakan perbincangan mengenai situasi semasa persatuan
Tarikh : 6 Julai 2010
Masa : 9 malam
Tempat : Bilik Mesyuarat Bangunan Dnim
Pakaian : Berjaket persatuan
Exco-exco diminta hadir.
Friday, July 2, 2010
Latihan Wajadiri 2010
Dimaklumkan Latihan Wajadiri 2010 akan diadakan sebagai persiapan. Untuk maklumat, Karnival Wajadiri 2010 akan diadakan pada 31 Julai 2010 bertempat di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Justeru semua ahli-ahli tamat diminta hadir ke sesi latihan pertama
Tarikh :7 Julai 2010
Masa : 9 malam
Tempat : Mini stadium Uniten
Kerjasama anda amatlah dihargai. Pihak pucuk pimpinan persatuan amat berharap agar anda sedia menghulurkan bantuan demi saingan pada tahun ini. Segala pengorbanan anda amatlah dihargai.
Sekian, Terima kasih
Subscribe to:
Posts (Atom)