Sunday, July 25, 2010

Majlis Makan Malam Utama Silat Cekak Hanafi


Pihak Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Uniten mengucapkan setinggi tinggi tahniah kepada ajk-ajk Majlis Makan Malam Utama 45 Tahun Silat Cekak Hanafi kerana telah berlansung dengan jayanya. majlis bermula pada jam 8 malam dengan ketibaan para hadirin dan VVIP.Majlis digamitkan dengan nostalgia nostalgia lama dengan imabaun kenangan lama dalam perjuangan Silat Cekak selama 45 tahun. Pelbagai persembahan menarik disajikan kepada para penonton dan rata-rata terhibur dengan persembahan tersebut. Salah seorang dari ahli kita Muhammad Al-Azi juga turut terlibat dalam persembahan yang mana beliau berlakon sebagai pengemis yang memikul guni sebagai gimik sesi jualan amal pada malam tersebut. Tahniah juga kepada Saudara Luqmanul Hakim Azman yang berjya mendapat tempat ketiga dalam acara Best Dress walaupun tidak ramai bersorak kepadanya. Saudara Mohd Azwan juga tidak ketinggalan dalam menyampaikan sajak bertemakan perjuangan pada malam tersebut sebelum majlis berakhir. Sekali lagi pihak persatuan mengucapkan setinggi tinggi tahniah kepada semua AJK yang telah menjayakan makan malam tersebut.




















No comments: