Sunday, February 21, 2010

Galeri Gambar Sambutan Hari Keluarga







































Sekitar Sambutan Hari Keluarga Silat Cekak Hanafi


Sambutan Hari Keluarga anjuran Unit Sukan dan Rekreasi Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Persatuan kita juga turut terlibat dalam memeriahkan program ini secara tidak lansung. Kami bertolak pada jam 9.45 pagi dan sampai disana lebih kurang jam 11.30 pagi.

Dalam program ini, pihak penganjur telah menganjurkan Pertandingan Galeri antara IPT-IPT. Galeri ini adalah untuk membolehkan ahli-ahli Silat Cekak Hanafi di IPT yang bertanding untuk mempromosikan aktiviti persatuan masing-masing dan melaporkan kejayaan mereka kepada hadirin yang hadir. Syabas dan tahniah diucapkan kepada Exco yang terlibat untuk menghias galeri persatuan kita dan persatuan kita berjaya menggondol tempat KEDUA dalam pertandingan ini.

Rakan-rakan kita yang lain juga turut mengambil peluang memasuki acara sukaneka yang dipertandingkan pada hari tersebut. Kami dari Persatuan Seni Silat Cekak Hanafi UNITEN mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada para penganjur di atas program yang berjaya ini.