Monday, February 8, 2010

Laporan Majlis Petua & Forum "Silat Cekak dari Semua Segi - Fahaman, Amalan & Sejarah"



Alhamdulillah. Pada 13 Februari sempurnalah sudah Majlis Petua dan Majlis Ahli Tamat seperti yang dirancangkan. Seperti dalam aturcara, Majlis bermula lebih kurang dalam jam 9.30 pagi. Dimulai dengan demonstrasi dari squad demo Cekak Hanafi Uniten dan disusuli dengan nyanyian peneraju warisan mutlak.

Majlis diserahkan sepenuhnya kepada YM Guru Utama untuk mengendalikan Majlis Petua dari jam 9.45 hingga jam 12.45 tengahari. Majlis ini cukup bermakna kerana dihadiri oleh rakan-rakan dari pelbagai kelas latihan seperti UTM skudai, Kelas latihan ibu pejabat, Kelas Latihan KUIS dan UKM dan Pusat Latihan Bandar Baru Bangi. Majlis kadangkala agak tegang kerana gerun dengan petua-petua yang diberikan Guru Utama yang nyata amat berbahaya jika diamalkan dan kadangkala situasi mencuit hati dek adegan-adegan yang sekali sekala membuatkan hadirin ketawa.

Majlis berhenti sementara pada jam 12.45 disambung dengan makan tengahari dan solat berjemaah di surau. Majlis disambung semula pada jam 2 petang dengan sesi Forum. Forum bermula dalam jam 2.30 petang. Sesi forum lebih menyentuh hati apabila ahli panel mula menghuraikan mengenai coretan sejarah yang mana hadirin menyaksikan linangan air mata Guru Utama buat seketika dalam mana beliau mengupas mengenai sejarah perjuangan. Dan nyata klimaks begitu tampak apabila forum semakin berakhir dengan isu-isu hangat masa kini yang dibangkitkan oleh para hadirin yang berjaya menarik perhatian mereka untuk mendengar kupasan dengan teliti.

Dalam majlis ini juga, pihak persatuan telah menghadiahkan jaket korporat Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Uniten kepada Guru Utama sebagai kenang kenangan. Pihak persatuan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua hadirin yang telah memberikan kerjasama terhadap program ini dari segi penglibatan. Pihak persatuan memohon maaf sekiranya ada kekurangan dalam program ini dan kami akan perbaiki di masa akan datang.



































No comments: