Thursday, February 26, 2009

Kelas Latihan Tetap Berjalan Meriah





Dah lama kita tak laporkan suasana kelas latihan kita kepada umum. Ayuh mari kita lihat bagaimana keadaan kelas kita sekarang.

Pada 25 februari 2009 yang lalu, kelas latihan kita tetap berjalan seperti biasa. Tetap meriah dengan kehadiran ahli-ahli dari pelbagai peringkat. Alhamdulillah kelas latihan kita semakin bertambah berbanding dahulu. Sudah ada ahli-ahli tetap dari peringkat asas, potong dan tamat. terima kasih lepada alumni-alumni yang TurĂ­n menolong. Seperti Hafiiz Yahya yang turun menolong ahli asas kita mengqada buah disebabkan tidak hadar sebanyak 2 kelas. Ish3… Keras juga si Hafiiz ni bagi buah. Nampak je kurus macam Papan Sekeping.





Diperingkat potong pula mereka telah menghabiskan semua silibus buah potong dan hanya menunggu untuk diijazahkan sahaja. Berseri-seri muka mereka kerana estela lama menunggu akhirnya berkat kesabaran mereka sampai juga mereka ke peringkat tamat. Statu perasaaan yang berbaloi yang akan dilalui oleh semua ahli yang menjalani peringkat tersebut. Sebab bila kita relajar selalu yang terlintas ialah “Bila aku nak tamat”........... Betul tak? Jangan tipulah. Kami pun sama. Hehehe..

Akhirnya seperti biasa setelah berakhirnya latihan, kami berkumpul membincangkan isu-isu semasa dan aktiviti-aktiviti terbaru selain bergurau sesama kita. kepada ahli yang lama tidak turun jemputlah ke kelas semula. Ayuh kita bersilat.




Sunday, February 22, 2009

Minggu Seri Lading dan Kursus Pengurusan Akademik Berkesan







Inilah program terakhir kami pada semester ini. Selepas ini kami akan berehat dan akan memikirkan dan merancang program-program yang lebih menarik untuk semester depan. Minggu seri lading adalah program yang mengisarkan kepimpinan, ukhuwah dan akademik.

Melalui pengisian inilah akan menjadikan seseorang pelajar UNITEN itu mantap dari segala segi. Dalam program kali ini, kita dibantu oleh Persatuan Pengajian Islam dan Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi UKM yang turut berganding bahu untuk menjayakan program ini. Program yang berlansung selama 2 hari ini sudah tentu meninggalkan sedikit kenangan manis terutamanya kepada peserta dari UKM yang pada mulanya malu-malu kucing tapi kemudiannya mereka pulak yang “over”. Heheheheh. Jangan mara peserta UKM. Kami bergurau.






Yang paling penting ialah Kursus Pengurusan Akademik Berkesan yang dikendalikan oleh Tuan Haji Amrahi bin Haji Buang. Sungguh bermakna kursus ini yang telah banyak membuka mata para peserta cara-cara dan teknik belajar yang betul. Akhirnya timbullah semangat untuk terus meningkatkan lagi mutu pelajaran masing-masing.






Dimajlis penutup pula diserikan dengan suasana santai dan usik mengusik sesame sendiri. Penyampaian hamper dan cenderamata diserahkan kepada Persatuan Pengajian Islam dan Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi UKM. Semoga kita manfaatkan apa yang kita dapat dari program ini.






Wednesday, February 18, 2009

Mesyuarat Minggu Seri Lading

Pada 15 Februari yang lalu telah diadakan suatu mesyuarat semperna Minggu Seri Lading dan Kursus Pengurusan Akademik Berkesan. Program yang akan berlangsung pada 20-21 Februari ini adalah kejersama pihak persatuan dengan pihak Persatuan Pengajian Islam Universiti Tenaga Nasional, PPIP UNITEN, Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Universiti Kebangsaan Malaysia, PSSCUH UKM dan Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Universiti Putra Malaysia, PSSCUH UPM. Dalam mesyuarat ini pengarah program telah melantik beberapa orang ahli jawatankuasa dan melakukan pembahagian tugasan. Hal ini penting agar program ini dapat berjalan dengan lancar. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh wakil dari PSSCUH UKM, iaitu Yang Dipertua dan Setiausaha Persatuan, wakil dari PSSCUH UPM, iaitu Yang Dipertua dan Setiausaha Persatuan, exco-exco persatuan dan otai kita Along. Setelah tamat sesi pembahagian tugasan, kesemua yang hadir pada mesyuarat kali ini telah berbincang dengan lebih teperinci tentang aktiviti program, perjalanan dan pengurusan para peserta serta keperluan yang diperlukan pada hari program ini diadakan. Dalam mesyuarat ini juga, para exco kita yang baru telah mempelajari banyak perkara tentang selok-belok untuk mengadakan sesuatu aktiviti. Mesyuarat yang bermula kira-kira pada pukul 9.20 malam ini tamat pada pukul 11.00 malam.

Saturday, February 14, 2009

Monday, February 9, 2009

Kami Bermain Boling!!!!!!!!!!!!!!!!!!!





Yeaaaaaaaaahhhhh,,,,, Seronok tak terkata pada ahad yang lalu apabila kami menyertai Pertandingan Boling Terbuka anjuran Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia... Kami mula berkumpul di UNITEN seawal 7.45 pagi... tapi biasalah.. janji 7.45, 8.15 baru semua kumpul... ish3...

Kami kemudian bertolak ke Ampang Superbowl dan melihat persiapan yang dilakukan oleh para penganjur... Pada jam 9.30 pagi, acara dimulakan dengan warm up beramai-ramai dan dirasmikan oleh Tuan Haji Md Nasir Md Arshad dengan balingan pertama beliau. Tapi nasib baik tak masuk longkang. Hehehehehe..

Lalu kami pun berpesta dengan balingan demi balingan ke aturan pin yang sedia dirempuh oleh bola bowling kami.. tak kurang juga longkang yang sentiasa tidak sunyi dari bola-bola boling Luqman, Izuan dan kawan-kawan kita yang lain. Hahahahaha!!!!!

Apapun, kami sangat enjoy pada masa itu walaupun tidak memenangi sebarang hadiah. Tapi Exco Publisiti memenangi peraduan teka berat buah. Nak sangat teka buah last-last dapat hadiah buah tu. hahahaha... Kami pulang ke UNITEN pada jam 1 Tengahari.........



Halatuju Baru

Thursday, February 5, 2009

Squad Demo Bertemasya





Waaahhh… kami squad demo bertemasya di taman tasik cempaka. Bertemasya? Macam mana tu? Haaaaa…. Biasa petang-petang kita student UNITEN buat apa? Ada yang tidur, ada yang main bola, ada yang lepak di merata-rata tempat.

Tapi squad demo ni takde keje sikit. Mereka bersilat pulak di Taman Tasik Cempaka. Pelik bukan? Tapi yang nyata memang itulah mereka lakukan. Bertemasya dengan menguji buah-buah yang mereka baru dapat. Perbahasan demi perbahasan dilakukan dengan buah yang mereka cuba terutamanya buah umum. Disini mereka menguji ketangkasan mereka dalam ilmu persilatan. Indah sungguh petang itu dengan tiupan angin yang sepoi-sepoi bahasa menggamit kalbu yang berkocak dengan semangat kepahlawanan. Ceeewaaahhhh…






Inilah aktviti riadah yang mereka lakukan dan ini juga menunjukkan kesepaduan di antara mereka yang seperti darah daging sendiri. Untuk ahli-ahli potong dan asas. Nanti bila korang dah tamat moh join kitaorang k~~~

Bengkel Pengurusan Diri, Aktiviti dan Persatuan Sesi 2008/2009 (hari kedua dan ketiga)






Hari ke-2:

Setelah selesai hari pertama beramah mesra bersama HEP, tibalah pula hari ke-2. Pada hari tersebut terdapat perbincangan atau taklimat yang amat berguna pada para exco dan AJK. Taklimat mengenai cara-cara untuk membuat proposal dan buget setiap persatuan. diberikan kepada kami. Para HEP bertungkus lumus dan usaha untuk menjawab soalan-soalan yg diajukan. Selepas taklimat mengenai proposal, tiba pula masanya Abg Roi untuk memegang pentas. Abg Roi memberi maklumat tentang cara-cara untuk mendapatkan sponsor. Pada sebelah petang pula, setelah selesai makan dan waktu zohor, exco-exco diberikan tugas dan dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk membentangkan kertas kerja program yang ingin di anjurkan. Exco-exco silat cekak dengan kerjasama klub di bawah bimbingan sukan & kebudayaan telah memilih program ‘ Malam Kebudayaan ‘ untuk di bentangkan. Semua ahli memberikan komitmen yang semangat dan bersatu tenaga untuk menyiapkan kertas kerja. Pada waktu malam pula selepas solat maghrib & makan malam, mula program pembentangan oleh ahli kumpulan hingga 12 tgh malam. Alhamdulillah program pada hari tersebut berjalan dgn lancar

Pada hari ke-3,kami ada slot bersama konsultan..Bengkel ini disampaikan oleh En.Rizal dari Take-Charge sdn bhd..banyak input-input yg kami peroleh oleh kami sepanjang bengkel ini dijalankan…bengkel ini dikatakan success jgk la sebab masa ni la kita dpt membentuk jati diri sbg seorg pemimpin..terdapat jgk slot dimana kami perlu menyanyi,menari ala-ala asereje,dan bercakap di hadapan pelajar-pelajar lain..kami juga telah diterapkan dgn nilai Salam Mesra,di mana terdapat makna tertentu dalam perkataan ‘salam mesra’ itu sendiri yang amat berguna bagi kami..tapi,apa yang membanggakan dan tidak disanggka-sangka oleh kami di mana penceramah itu sendiri iaitu En.Rizal adalah merupakan ahli silat cekak Ustaz Hanafi..Dan apa yang kami dapat pelajari dari bengkel ini adalah ‘Stop Bangau-ing’..iaitu merujuk pada jagan bersikap menuding jari atau menyalahkan orang lain..Dan kami jgk diajar supaya senyum tiga selalu..senyum tiga??emm..senang je, cuba pandang cermin pastu kata tigaaa….hehe..majlis berakhir dengan resolusi dan penyampaian sijil dan hadiah yang disampaikan oleh pihak HEP..