Tuesday, February 3, 2009

Minda Hanafi 2009

































Minda Hanafi 2009


Pada 3 Februari 2009 telah diadakan Majlis Minda Hanafi 2009 di Teater Bangunan COIT BW-G-R19. Pada jam 6 petang, exco mula berkumpul untuk mengadakan persiapan. Segala persiapan diatur dari membuka bilik kuliah hinggalah ke bahagian teknikal. Saudara Nabil pula sibuk menyiapkan juadah yang akan dijamah oleh para hadirin di akhir majlis.

Kemudian dalam selepas solat maghrib ramailah exco-exco yang lain mula datang. Persiapan pula semakin rancak. Panel kita Tuan Haji Amruddin bin Haji Buang pula bakal tiba dalam 8.30 malam. Awal juga beliau akan datang. Memang contoh tauladan menepati masa yang amat dianjurkan dalam pengajaran Silat Cekak benar- benar diamalkan oleh beliau.

Sehingga jam 8.15 malam, ada hadirin yang mula hadir, ada muka yang kita sangka tidak akan turun turun juga malam itu. Ada muka yang kita sangka akan turun ada juga yang tidak malam itu. Dan semuanya berjalan lancer. Tepat jam 8.30 malam, Tuan Haji Amruddin telahpun menelefon dan mengatakan beliau telah berada di pintu pagar UNITEN. Amat memeranjatkan kedatangan beliau ditemani oleh Tuan Hají Amrahi dan Encik Mohd Rais bin Abu Noh. Amat terharu juga kami dari pihak persatuan.

Kami sempat berjemaah isyak bersama-sama sebelum mengadakan ceramah. Satu pengalaman yang manis berjemaah dengan ahli-ahli lama ini yang jarang kami rasakan. Ceramah bermula pada jam 9.15 malam. Pengisian demi pengisian yang berguna diberikan kepada para hadirin. Pelbagai topik disentuh dari cara hidup Almarhum hinggalah kepada pengajaran yang dibawa beliau. Majlis juga diserikan dengan penyampaian sijil watikah pelantikan tenaga pengajar oleh Tuan Haji Amruddin selepas sesi soal jawab dengan ahli panel.

Kemudian acara kemuncak iaitu jamuan makan malam setelah majlis diakhiri dengan 2 rangkap pantun. Kami dari pihak pengurusan amat berbesar hati dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada exco-exco yang bekerja keras untuk mengadakan Program bertuah ini. Tidak lupa kepada saudara Nabil dan Firdaus yang bersusah payah menyediakan jamuan kita pada malam itu. Tahniah juga kepada saudari Pengarah Program yang telah menghidupkan dan menggerakkan majlis pada malam ini.


Hidup Cekak Hanafi!!

No comments: