Sunday, February 22, 2009

Minggu Seri Lading dan Kursus Pengurusan Akademik Berkesan







Inilah program terakhir kami pada semester ini. Selepas ini kami akan berehat dan akan memikirkan dan merancang program-program yang lebih menarik untuk semester depan. Minggu seri lading adalah program yang mengisarkan kepimpinan, ukhuwah dan akademik.

Melalui pengisian inilah akan menjadikan seseorang pelajar UNITEN itu mantap dari segala segi. Dalam program kali ini, kita dibantu oleh Persatuan Pengajian Islam dan Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi UKM yang turut berganding bahu untuk menjayakan program ini. Program yang berlansung selama 2 hari ini sudah tentu meninggalkan sedikit kenangan manis terutamanya kepada peserta dari UKM yang pada mulanya malu-malu kucing tapi kemudiannya mereka pulak yang “over”. Heheheheh. Jangan mara peserta UKM. Kami bergurau.






Yang paling penting ialah Kursus Pengurusan Akademik Berkesan yang dikendalikan oleh Tuan Haji Amrahi bin Haji Buang. Sungguh bermakna kursus ini yang telah banyak membuka mata para peserta cara-cara dan teknik belajar yang betul. Akhirnya timbullah semangat untuk terus meningkatkan lagi mutu pelajaran masing-masing.






Dimajlis penutup pula diserikan dengan suasana santai dan usik mengusik sesame sendiri. Penyampaian hamper dan cenderamata diserahkan kepada Persatuan Pengajian Islam dan Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi UKM. Semoga kita manfaatkan apa yang kita dapat dari program ini.






No comments: