Thursday, February 5, 2009

Bengkel Pengurusan Diri, Aktiviti dan Persatuan Sesi 2008/2009 (hari kedua dan ketiga)






Hari ke-2:

Setelah selesai hari pertama beramah mesra bersama HEP, tibalah pula hari ke-2. Pada hari tersebut terdapat perbincangan atau taklimat yang amat berguna pada para exco dan AJK. Taklimat mengenai cara-cara untuk membuat proposal dan buget setiap persatuan. diberikan kepada kami. Para HEP bertungkus lumus dan usaha untuk menjawab soalan-soalan yg diajukan. Selepas taklimat mengenai proposal, tiba pula masanya Abg Roi untuk memegang pentas. Abg Roi memberi maklumat tentang cara-cara untuk mendapatkan sponsor. Pada sebelah petang pula, setelah selesai makan dan waktu zohor, exco-exco diberikan tugas dan dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk membentangkan kertas kerja program yang ingin di anjurkan. Exco-exco silat cekak dengan kerjasama klub di bawah bimbingan sukan & kebudayaan telah memilih program ‘ Malam Kebudayaan ‘ untuk di bentangkan. Semua ahli memberikan komitmen yang semangat dan bersatu tenaga untuk menyiapkan kertas kerja. Pada waktu malam pula selepas solat maghrib & makan malam, mula program pembentangan oleh ahli kumpulan hingga 12 tgh malam. Alhamdulillah program pada hari tersebut berjalan dgn lancar

Pada hari ke-3,kami ada slot bersama konsultan..Bengkel ini disampaikan oleh En.Rizal dari Take-Charge sdn bhd..banyak input-input yg kami peroleh oleh kami sepanjang bengkel ini dijalankan…bengkel ini dikatakan success jgk la sebab masa ni la kita dpt membentuk jati diri sbg seorg pemimpin..terdapat jgk slot dimana kami perlu menyanyi,menari ala-ala asereje,dan bercakap di hadapan pelajar-pelajar lain..kami juga telah diterapkan dgn nilai Salam Mesra,di mana terdapat makna tertentu dalam perkataan ‘salam mesra’ itu sendiri yang amat berguna bagi kami..tapi,apa yang membanggakan dan tidak disanggka-sangka oleh kami di mana penceramah itu sendiri iaitu En.Rizal adalah merupakan ahli silat cekak Ustaz Hanafi..Dan apa yang kami dapat pelajari dari bengkel ini adalah ‘Stop Bangau-ing’..iaitu merujuk pada jagan bersikap menuding jari atau menyalahkan orang lain..Dan kami jgk diajar supaya senyum tiga selalu..senyum tiga??emm..senang je, cuba pandang cermin pastu kata tigaaa….hehe..majlis berakhir dengan resolusi dan penyampaian sijil dan hadiah yang disampaikan oleh pihak HEP..

No comments: