Wednesday, February 18, 2009

Mesyuarat Minggu Seri Lading

Pada 15 Februari yang lalu telah diadakan suatu mesyuarat semperna Minggu Seri Lading dan Kursus Pengurusan Akademik Berkesan. Program yang akan berlangsung pada 20-21 Februari ini adalah kejersama pihak persatuan dengan pihak Persatuan Pengajian Islam Universiti Tenaga Nasional, PPIP UNITEN, Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Universiti Kebangsaan Malaysia, PSSCUH UKM dan Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Universiti Putra Malaysia, PSSCUH UPM. Dalam mesyuarat ini pengarah program telah melantik beberapa orang ahli jawatankuasa dan melakukan pembahagian tugasan. Hal ini penting agar program ini dapat berjalan dengan lancar. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh wakil dari PSSCUH UKM, iaitu Yang Dipertua dan Setiausaha Persatuan, wakil dari PSSCUH UPM, iaitu Yang Dipertua dan Setiausaha Persatuan, exco-exco persatuan dan otai kita Along. Setelah tamat sesi pembahagian tugasan, kesemua yang hadir pada mesyuarat kali ini telah berbincang dengan lebih teperinci tentang aktiviti program, perjalanan dan pengurusan para peserta serta keperluan yang diperlukan pada hari program ini diadakan. Dalam mesyuarat ini juga, para exco kita yang baru telah mempelajari banyak perkara tentang selok-belok untuk mengadakan sesuatu aktiviti. Mesyuarat yang bermula kira-kira pada pukul 9.20 malam ini tamat pada pukul 11.00 malam.

No comments: