Thursday, February 5, 2009

Bengkel Pengurusan Diri, Aktiviti dan Persatuan Sesi 2008/2009 (hari pertama)





Pada 30 Januari hingga 1 Februari yang lalu, pihak Pusat Hal Ehwal Pelajar dan Majlis Perwakilan Pelajar UNITEN telah menganjurkan Bengkel Pengurusan Diri, Aktiviti dan Persatuan. Sehubungan itu, pihak persatuan telah menghantar beberapa orang exco untuk menyertai program ini. Exco-exco yang hadir sepanjang program ini diadakan ialah Naib Setiausaha Agung iaitu Muhamad Izuan Bin Mohd. Ramli, Exco Kebajikan iaitu Khairul Amran Bin Nazri dan Exco Hal Ehwal Siswi iaitu Nor Hafizah Binti Rahman. Manakala Exco Publisiti dan Promosi iaitu Hafizulesyak Bin Muhamad Isa hanya hadir untuk beberapa sesi sahaja kerana mempunyai urusan lain.

Hari Pertama…
Pada hari pertama, bengkel ini bermula pada pukul 3.00 pm. Jadi sempatlah para exco kita menyiapkan diri untuk menyertai program ini, maklumlah program ini diadakan pada cuti pertengahan semesta. Pada belah petang, bangkel ini dimulakan dengan taklimat kursus yang disampaikan oleh En. Mohamad Erwan. Seterusnya ialah acara ice breaking oleh En. Ali Aswan. Pengisian dalam acara ice breaking ini amat menghiburkan dan membangkitkan perasaan para pererta. Maklumlah masing-masing masih dalam mood cuti. Setelah itu, para peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut Liaison Officer masing-masing. Ia bertujuan untuk memudahkan aktiviti membuat kertas kerja yang akan diadakan pada hari kedua. Pada sebelah malam pula, telah diadakan slot bersama Timbalan Naib Canselor, TNC dan Pusat Hal Ehwal Pelajar, PHEP. Antara isu yang dibangkitkan dalam slot ini ialah pembahagian wang tabung aktiviti belajar kepada persatuan-persatuan yang berada di UNITEN. Isu ini telah dibangkitkan oleh wakil dari Kelab Kembara. Penjelasan yang diberikan oleh pihak HEP amat memuaskan hati kesemua peserta. Hal ini kerana, pembahagian wang tersebut bergantung kepada proposal yang dihantar dan releven sesuatu aktiviti yang dianjurkan oleh sesebuah persatuan. Pihak HEP juga menjelaskan bahawa duit yang ada dalam tabung tersebut bukan sahaja untuk kegunaan di kampus utama, Kampus Putrajaya, malah ia juga untuk kegunaan di Kampus Sultan Haji Ahmad Shah. Carta tentang pembahagian wang mengikut persatuan dan kelab juga ditunjukkan. Bangkel pada hari pertama ini berakhir kira-kira pada pukul 10.30pm.

No comments: