Thursday, February 26, 2009

Kelas Latihan Tetap Berjalan Meriah





Dah lama kita tak laporkan suasana kelas latihan kita kepada umum. Ayuh mari kita lihat bagaimana keadaan kelas kita sekarang.

Pada 25 februari 2009 yang lalu, kelas latihan kita tetap berjalan seperti biasa. Tetap meriah dengan kehadiran ahli-ahli dari pelbagai peringkat. Alhamdulillah kelas latihan kita semakin bertambah berbanding dahulu. Sudah ada ahli-ahli tetap dari peringkat asas, potong dan tamat. terima kasih lepada alumni-alumni yang TurĂ­n menolong. Seperti Hafiiz Yahya yang turun menolong ahli asas kita mengqada buah disebabkan tidak hadar sebanyak 2 kelas. Ish3… Keras juga si Hafiiz ni bagi buah. Nampak je kurus macam Papan Sekeping.





Diperingkat potong pula mereka telah menghabiskan semua silibus buah potong dan hanya menunggu untuk diijazahkan sahaja. Berseri-seri muka mereka kerana estela lama menunggu akhirnya berkat kesabaran mereka sampai juga mereka ke peringkat tamat. Statu perasaaan yang berbaloi yang akan dilalui oleh semua ahli yang menjalani peringkat tersebut. Sebab bila kita relajar selalu yang terlintas ialah “Bila aku nak tamat”........... Betul tak? Jangan tipulah. Kami pun sama. Hehehe..

Akhirnya seperti biasa setelah berakhirnya latihan, kami berkumpul membincangkan isu-isu semasa dan aktiviti-aktiviti terbaru selain bergurau sesama kita. kepada ahli yang lama tidak turun jemputlah ke kelas semula. Ayuh kita bersilat.




No comments: