Wednesday, May 18, 2011

Sekitar Bazar Kelab Dan Persatuan hari pertama

Tahniah kepada semua ahli persatuan seni silat cekak ustaz hanafi uniten kerana menunjukkan semangat ukhuwah dalam menjayakan booth pengambilan ahli baru persatuan bertempat di Upten. Hiasan booth bermula pada jam 6 petang diikuti rehearsal demo perasmian leh squad demo persatuan. Pada kali ini Squad demo persatuan sekali lagi dijemput untuk mengadakan demo perasmian dan menyaksikan muka-muka baru dalam menjayakan persembahan kali ini. Tahniah diucapkan














Monday, May 16, 2011

Kelas latihan dibuka semula


Alhamdulillah, kelas latihan telah kembali berjalan seperti biasa. Pada malam ini kelas agak sedikit santai dan lebih kepada mengingatkan semula buah-buah yang telah dipelajari kepada para penuntut. Kelas permulaan ini juga telah digunakan oleh para ahli untuk berlatih melakukan demo yang akan diepersembahkan pada malam bazar kelab dan persatuan pada hari rabu yang akan datang. Kehadiran menggalakkan dan kelihatan ahli berlatih dengan bersungguh pada malam ini. Pihak persatuan mengucapkan selamat menghadapi latihan pada masa-masa yang akan datang.



Wednesday, May 11, 2011

Pengumuman sambungan kelas latihan Silat Cekak Hanafi

Dimaklumkan bahawa kelas latihan persilatan akan dimulakan semula.

Tarikh : 16 Mei 2011
Tempat : Mini stadium
Masa :9 malam

Semua ahli dikehendaki hadir.

PARLIMEN MAHASISWA SIRI 3




Berikut merupakan antara isi-isi penting yang dibincangkan dalam Parlimen Mahasiswa Siri 3.

Berkenaan Pusat Aktiviti Pelajar "The Loop" (kat ATM Library)
1) bilik meeting dah bertambah (satu je)
2) ade bilik discussion untuk student (muat 6-8 orang)

Berkenaan Bazaar 2011
- program pada 18-19 Mei 2011 bersamaan pada hari Rabu dan Khamis

Perkara penting!!! (MT take note eh)
1) update Takwim aktiviti untuk semester ni
2) Takwim sesi depan perlu dihantar selewatnya 31 Julai 2011
3) AGM mungkin diadakan pada bulan Ogos ataupun September

Program Bersama MPP
- MPP akan anjurkan Boling Interclub pada 18 ataupun 25 Jun. (tarikh lom kompem)
- satu Team = empat orang
- Bayaran RM 40 = 3 game sekali ngan makan

info kat atas ni antara yang penting je.. ade lagi sebenarnye.. untuk info lanjut lawatlah blog MPP.. tq

Majlis Tertinggi Persatuan Bersidang

Pada 11 Mei 2011 jam 4.15 petang di Upten, Majlis Tertingi Persatuan telah bersidang bagi menetukan halatuju persatuan pada semester ini dan pada masa akan datang. Pelbagai tujuan dan rancangan telah dirangka bagi memantapkan dan melicinkan pentadbiran persatuan bagi menempuh semester ini dan semester akan datang. Kehadiran adalah Yang Dipertua Muhammad Izuan Ramli, Naib Yang Dipertua Norhafizah Rahman dan Setiausaha Agung Muhammad Al-azi Latiff.

Persidangan ini juga dihadiri oleh mantan Yang dipertua Mohd Azwan Othman sebagai usaha membantu dan memberi kerjasama kepada majlis tertinggi dalam merangka program pada semester ini. Sidang ini juga sebagai persediaan bagi mesyuarat exco kali pertama yang bakal berlansung esok.