Wednesday, May 11, 2011

Majlis Tertinggi Persatuan Bersidang

Pada 11 Mei 2011 jam 4.15 petang di Upten, Majlis Tertingi Persatuan telah bersidang bagi menetukan halatuju persatuan pada semester ini dan pada masa akan datang. Pelbagai tujuan dan rancangan telah dirangka bagi memantapkan dan melicinkan pentadbiran persatuan bagi menempuh semester ini dan semester akan datang. Kehadiran adalah Yang Dipertua Muhammad Izuan Ramli, Naib Yang Dipertua Norhafizah Rahman dan Setiausaha Agung Muhammad Al-azi Latiff.

Persidangan ini juga dihadiri oleh mantan Yang dipertua Mohd Azwan Othman sebagai usaha membantu dan memberi kerjasama kepada majlis tertinggi dalam merangka program pada semester ini. Sidang ini juga sebagai persediaan bagi mesyuarat exco kali pertama yang bakal berlansung esok.




No comments: