Wednesday, July 14, 2010

Bazar Kelab Persatuan 2010 - Kami Menang Lagi.


Pada 13 dan 14 Julai 2010, Majlis Perwakilan Pelajar telah menganjurkan Bazar Kelab dan Persatuan untuk memberi laluan kepad persatuan-persatuan di Uniten untuk mengambil ahli baru. Sambutan sungguh menggalakkan. Persatuan kita tidak ketinggalan dalam mengambil bahagian kali ini.

Untuk kali ketiga berturut-turut juga persatuan kita telah memenangi Anugerah Persembahan Terbaik. Tahniah diucapkan kepada usaha gigih squad demo Silat Cekak Hanafi Uniten sungguhpun berlatih hanya 1 malam sahaja.

Untuk pengambilan kali ini, persatuan kita telah berjaya mengambil ahli baru seramai 44 orang. Tahniah sekali lagi diatas usaha murni para exco dan semua ahli Silat Cekak Hanafi Uniten yang terlibat. Hidup Cekak Hanafi!



















No comments: