Thursday, October 23, 2008

Kelas Latihan UKM











Okeh, selalunya kita hanya tahu situasi kelas latihan silat kita je kan? So apa kata kita jenguk sekejap jiran kita di UKM. Bukan ke mengeratkan hubungan kita dengan IPT jiran adalah salah satu mission kita pada tahun ni?

Pada malam rabu yang lalu, penulis ada melawat sebentar ke kelas latihan UKM. Nyata kelas mereka amat dasyat jugak. Ramai betul pelajar yang turun untuk berlatih. Jurulatih juga memang bersemangat mengajar. Kebetulan pada malam tu semua penuntut silat akan adakan demo pada sabtu minggu tu. So sibuklah mereka diajar Gerak Hanafi dan buah-buah yang terlibat untuk dipersembahkan. Memang best. Penulis pun sempat bertrening dengan salah seorang penuntut asas disitu. Lepas gian~ hehehehehe

InsyaAllah dilain masa semua Exco akan turun ke UKM. Dan mungkin kita akan buat Silat Cekak Hanafi UNITEN TOUR. hehehehehe

2 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum w.b.t,

Syukur Alhamdulillah, gembira dapat lihat persatuan cekak hanafi di uniten kembali bergiat aktif. Saya selaku salah seorang alumni persatuan berasa amat bangga melihat adek2 seperguruan atau ada juga yg pernah dulu bergiat aktif bersama-sama saya masih terus berbakti di dalam perjuangan almarhum ustaz hj Hanafi.

Episod hitam di dalam persatuan kita telah banyak merubah persepsi masyarakat luar am nya dan ahli-ahli persatuan khususnya kepada aspek perjuangan persatuan kita. Ramai ahli telah patah semangat di dalam perjuangan ini termasuk lah beberapa rakan alumni yang lebih senior dari saya. Mungkin juga oleh kerana tugas dan tanggungjawab lain yang kian membebankan atau mungkin juga telah merasa bosan berpersatuan. Wallahualam.. Itu terpulanglah pada hati masing-masing.

Pokoknya, kini persatuan kita tidak lagi seperti dulu di mana bila disebut nama pasti org akan memandang tinggi dan mempunyai rasa hormat. Masih diingat pada tahun 2005 semasa persatuan pusat menganjurkan demo silat terbesar dan pada tahun 2006 persatuan di uniten sendiri menganjurkan demo silat di stadium mini sempena sambutan 10 tahun SCH Uniten. Dengan jumlah ahli yang begitu ramai masa itu, it is a proud moment for me (if not us all) to be a part of it.

Saya difahamkan ramai kalian di dalam persatuan uniten sekarang adalah ahli-ahli yang baru hendak mengenal apa itu perjuangan silat cekak, bagi saya perjuangan ustaz hanafi di dalam silat ini adalah amat besar dan bila dilihat kembali perkara yang paling ditekankan adalah di dalam aspek rohani dan pendidikan moral individu. Saya sendiri masih mentah di dalam memahami perjuangan silat ini kalau nak berbicara pasal ni rujuklah tuan haji penyelia. (masa tu make sure you got a lot of spare time!hehe.. jgn marah tuan haji, nanti cepat tua)

Saya menulis ni bukan untuk membebel panjang, hanya luahan rasa gembira melihat ahli-ahli teruskan perjuangan di bumi uniten. Kepada semua ahli, biarlah kawan-kawan di dalam persatuan ini menjadi seperti saudara, di dalam masa keluarga berjauhan rakan-rakan inilah yang akan menjadi tempat bergantung. Biarlah hubungan sesama kita menjadi sahabat senafas dan seudara.
Kepada semua exco, bertugaslah dengan penuh dedikasi. Janganlah mudah berputus asa dengan apa jua rintangan yang dating, tabahkan hati dalam mempelajari dan melayan kerenah2 manusia yang pelbagai. Believe me it is a very essential skill in the working environment. Belajarlah sebanyak mungkin kerana pada masa inilah kesilapan itu masih boleh dimaafkan, learn from your mistake, buang perasaan ego yang mungkin ada, pupukkan semangat setiakawan yang tinggi, try to understand each other well and through it all don’t forget to have fun.

I think i already wrote this thing too long than i suppose to. Just to wrap it up i wanna say adalah menjadi harapan saya dan i should also say alumni2 yang lain agar persatuan kita ini dapat kembali menjadi gah seperti mana dulu.

Sekian. Wassalam.

mohd azwan said...

thanx kepada anonymous..kami akn terus usaha..harap semua ahli termasuk alumni terus beri sokongan..