Saturday, October 18, 2008

Mesyuarat MPKP










Salam~

Untuk pengetahuan semua, baru-baru ini pada 17 Oktober 3.00 petang di COIT ada diadakan Mesyuarat MPKP. MPKP ini adalah sejenis mesyuarat yang mana dianjurkan oleh MPP untuk mendengar segala keluh kesah masalah semua Kelab dan Persatuan tak kurang juga masalah yang dihadapi oleh para pelajar UNITEN termasuk masalah internet yang lebih lembab dari kura-kura, masalah Guard pintu pagar Uniten yang kurang sopan dan sebagainya.

Jadi nasihat kami kalau anda mahu suara anda lebih didengari joinlah mana-mana Persatuan atau Kelab agar pendapat anda boleh disuarakan kepada pihak atasan dan adalah dinasihatkan untuk menyertai Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi (promote lak). Betullah kan? Kami bukan sekadar sebuah Persatuan Silat semata-mata, so join dulu baru tau.


Dalam MPKP yang lepas, ada juga dibangkitkan soal “cut cost” yang selalu menjadi masalah utama dalam pelaksanaan progam setiap Kelab dan Persatuan. Dan Naib Yang Dipertua kita Mohd Azwan Othman telah juga menyatakan pertanyaan kepada Exco Kelab dan Persatuan MPP Saudara Aliff Irsyad. Dia menyatakan mengenai percanggahan kenyataan yang dikeluarkan ole Timbalan Naib Canselor (TNC) dalam 2 MPKP yang sebelumnya iaitu pada awalnya TNC mengatakan mengapa HEP selalu “cut cost”. Hal ini disebabkan kerana semua Kelab dan Persatuan membelanjakan peruntukan dua kali ganda dari semua kutipan yuran aktiviti pelajar yang dibayar oleh kita semua pada setiap awal semester. Tapi pada MPKP berikutnya, TNC berkata pula yang sebenarnya peruntukan sentiasa mencukupi. Jadi ketidakadilan telah berlaku disitu dan Alhamdulillah Saudara Aliff Irsyad berjanji akan menyiasat perkara itu.

Pada hari itu juga diumumkan Kelab dan Persatuan mana yang dapat bilik baru kerana bilik-bilik kelab yang terletak di tingkat 3 Blok BM tidak akan digunakan lagi dan akan dipindahkan di bangunan DENIM (berdekatan koperasi UNITEN). Alhamdulilah Persatuan kita termasuk dalam 21 Kelab dan Persatuan yang bertuah. Nasib baik dapat. Kalau tak jom kita bakar UNITEN ramai-ramai. Ish! Astaghfirullah……. Tak baik laaa.. Soriiii… gurau jeeeee…. hehehe

No comments: