Saturday, October 18, 2008

Squad Demo Bertrening.



Salam Cekak

So ni ada cerita sket tentang perkembangan squad demo kita. Untuk budak-budak asas khususnya siapa-siapa yang tak tahu lagi squad demo tu ape so di sini kami akan beritahu. Squad demo bukanlah sejenis makanan tetapi ini adalah kumpulan yang akan bertanggungjawab untuk melakukan demonstrasi silat sekiaranya dijemput atau sebagai publisiti kepada orang awam mengenai silat kita.

Pada minggu ini, squad demo mendapat jemputan dari pihak masjid untuk melakukan demo pelancaran sempena Majlis Malam Ikatan Sahabat yang dilakukan dimasjid pada hari Khamis 16 Oktober. Bertungkus lumus lah diaorang ber"trening". Macam-macam idea yang keluar, macam-macam buah yang keluar. Gelak ada, Series pun ada, tidak kurang ada juga yang melompat-lompat. Terima kasih kepada saudara Azam dan Shah Aizat yang banyak membantu mereka melicinkan perjalanan demo.

1 comment:

kei said...

gempakla skuad demo ni...br trening satu ari tp time ari jadi dasyat gile..mcm dh btul2 expert..begegar masjid mlm tu tau...cayalah~