Tuesday, March 23, 2010

Pandai Silat dan Maruah - YM Guru Utama Encik Marwi Bin Latiff


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani.

Segala puji hanyalah bagi Allah semata mata.

Salam sejahtera bagi Nabi Muhammad S.A.W.hamba dan pesuruhnya

Seorang vice chancellor sebuah kolej swasta telah ditumbuk oleh seorang bekas pelajar semasa majlis konvokesyen pada Januari 2009. Berdarah dan ‘patah’ hidungnya. Tak sempat dia menepis kerana dia tidak pandai silat. Mungkin dia pernah belajar silat tapi berhenti berlatih atau dia tidak pernah belajar seni mempertahankan diri. Jadi boleh ditakrifkan dia sebagai tidak Pandai Silat.

Bukan perkara hidung ‘patah’ dan berdarah itu persoalan yang pokok. Perkara pokoknya adalah maruah. Dimanakah dia nak letak maruahnya? Iaitu, maruah dirinya sebagai seorang individu pendidik yang telah tercalar. Tidak tertebus maruahnya dan turut terlibat maruah kolej tersebut kesemuanya terjejas.

Begitulah juga diri kita, perlu (wajib) sentiasa bersedia menjaga diri dan maruah kita di semua tempat khususnya di rumah dan pejabat atau tempat bekerja.

Saban hari di media terpapar pelbagai peristiwa-peristiwa berkaitan mangsa pembunuhan, rompakan dan lain-lain. Baru-baru ini berita tersiar berita seorang anak memenggal kepala ayahnya sendiri. Juga cucu yang membunuh nenek dan datuk termasuk kakak dan adiknya.. Sungguh dasyat zaman sekarang ini.

Alhamdulillah, pada Jumaat 29 Januari 2010 yang lepas, saya berserta dengan sebahagian besar tenaga pengajar di lembah kelang dan ahli tamat telah bersama-sama menjalankan program Pandai Silat yang pertama.

Begitu juga saya amat menghargai kehadiran ahli dan tenaga pengajar dari luar lembah kelang seperti dari Johor antaranya.Atas permintaan ramai ia minta diadakan sebulan sekali. InsyaAllah kita akan berlatih bersama sebulan sekali. Tahniah kepada penganjur dan semua yang terlibat.

Latihan sebegini, hikmahnya adalah dari segi silaturrahim dapat mengeratkan lagi perhubungan diantara kita. Seterusnya akan menguatkan lagi pergerakan dan perjuangan kita.

Ada yang saya lihat begitu bersemangat turun setelah sekian lama tidak berlatih atau aktif. Bila berlatih bersama ini ibarat lidi-lidi yang apabila diikat kemas dan disatukan mempunyai kekuatan dan kegunaan yang lebih dari biasa.

Latihan yang dibuat hari iu dapat memastikan dibahagian mana diri kita yang sakit, Ia perlu di buat dengan mudah, dengan kadar selesa, yang tidak menyakitkan, tidak memaksa dan tidak akan mengakibatkan pengsan, tidak kira peringkat umur.

Ia memudahkan kita mengingatkan dan memahirkan semua matapelajaran silat kita. Dek kerana masa tak cukup, kita hanya sempat menghabiskan 3 mukasurat dari 21 nota mukasurat yang telah saya sediakan.

Mengimbau kembali semasa dengan al marhum Ustaz Hanafi dahulu, pernah kami sama-sama tidur lambat, bila saya bangun al marhum dah pun buat senaman, disebelah saya.

Pada zaman sekarang, cabaran generasi muda bukan kepalang. Mereka sentiasa dalam dilemma, tiada arah tujuan, melepak, pergaulan bebas, keseronokan, berkonsert, keliru dan buang masa. Apa nasib bangsa kita ini? Dimana nak diletakkan maruah bangsa kita?

Kitalah kena berusaha mengubahnya dan membawa mereka kepangkal jalan. Melalui pergerakkan silat, kita boleh lakukanya bagi menjaga maruah diri, bangsa dan tentunya agama

Mestilah kita tanam azam dan buat setiap hari latihan silat dan senaman sampai semulajadi serta menjadi tabiat harian. Melalui silat kita meningkatkan disiplin diri kita. Walaupun latihan sedkit tetapi hendaklah berterusan. Amat rugilah mereka yang berilmu tapi tidak beramal bermaksud segala ilmu tiada bermanfaat.

Iktibar yang kita perolehi dari latihan bersama ini adalah :-

1. Semua ilmu yang bermanfaat kerana ia datang dari Allah
2. Ilmu pertahan diri ini adalah perlu (wajib) untuk menjaga jasad
3. Menajamkan ilmu mesti ada latihan yang hasilnya membuahkan kemahiran
4. Sediakan payung sebelum hujuan
5. Silat Cekak Hanafi diperlukan dimana-mana
6. Al Marhum Ustaz Hanafi adalah contoh yang terbaik kerana mempunyai tahap disiplin dan kemahiran yang amat tinggi hasil usaha dan latihan berterusan sejak dari muda lagi

Sekian dan semoga bertemu lagi di edisi akan datang.

Selawat dan salam bagi junjungan kita Nabi Muhammad S,A.W . Salam maulidul rasul

Dan segala pujian adalah tertentu untuk Allah Subhanallahu Taala

Sunday, March 21, 2010

Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi UKM



Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz hanafi UKM telah di adakan pada 19 Mac 2010. pelantikan EXCO baru bagi menggantikan EXCO lama yang sudah berbakti kepada Persatuan sejak dahulu lagi.

AGM tersebut telah melahirkan beberapa orang tokoh baru dalam perjuangan Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi UKM. Tokoh-tokoh baru itulah yang bakal menjadi penggerak dalam perjuagan Silat Cekak Hanafi UKM. Dengan adanya EXCO-EXCO baru SCH UKM, maka perjuangan juga perlu diteruskan sebagai penerus kepada perjuangan SCH yang terdahulu.

Kami dari Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Uniten mengucapkan jutaan tahniah kepada pucuk pimpinan Silat Cekak UKM yang baru. Semoga tugas dan amanah yang diberi akan dijalankan dengan hati yang ikhlas dan penuh saksama. Hidup Cekak Hanafi!!


Ahli Jawatankuasa baru Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi UKM

Yang Di Pertua
MUHAMMAD AZANI BIN AHMED

Naib Yang Di Pertua
MUHAMMAD HAFIZAN ABDUL RAHIM

Setiausaha Agung
MOHD AMIR AL-HAFIZ BIN MOHD YUSOF

Bendahari Agung
SITI SARAH AHMAD RUSLI

SU Latihan
MUHAMMAD KHALIS BIN ABAS

SU Kebajikan dan Perhubungan
SITI RAIHAN BT SEPIAN

SU Penerangan dan Penerbitan
SITI SAADAH BT MOHAMED

SU Sukan
MOHD ABDUSSALAM BIN YUSOFF

SU Bahagian Hal Ehwal Wanita
SITI NUR AFIQA BT ABDUL AZIZ

SU Pendidikan
MOHD SAIFUDDIN BIN NIK

Friday, March 19, 2010

Sekitar Demo Open Day Uniten 2010

Alhamdulillah, terima kasih kepada squad demo yang terlibat dalam menjayakan Demonstrasi sempena Hari terbuka UNITEN pada 20 Mac 2010. Sungguhpun mereka dibelenggu dengan tekanan Final Exam, tapi komitmen yang diberikan sangat mengharukan. Untuk Squad demo yang terlibat, pihak persatuan mengucapkan setinggi tinggi penghargaan atas pengorbanan anda semua. Percayalah dengan janji Allah bahawa yang baik pasti akan dibalas yang baik dan yang tidak baik pasti dibalas dengan tidak baik. Semoga ajk-ajk yang terlibat pada hari ini akan maju jaya dalam peperiksaan akhir semester.

Hidup Cekak Hanafi!!