Friday, June 26, 2009

Kami doakan sahabat seperjuangan di UIA terus tabah


Salam untuk semua ahli. Asasnya kita sudah maklum bahawa peristiwa-peristiwa yang melanda pihak pusat. Hal ini juga merebak hingga ke IPT khususnya di IPTA. Baru-baru ini pihak lain cuba untuk merampas Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi UIA dengan berjumpa pihak HEP UIA minta untuk dibekukan aktiviti mereka kerana tidak mengikut pihak yang tiada kena mengena. Pada waktu ini aktiviti Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi UIA Nilai telah dibekukan. Namun alhamdulillah aktiviti di UIA Gombak masih aktif.

Kami di UNITEN mendoakan agar sahabat-sahabat di UIA terus tabah dan tidak luntur semangat. Kami di sini akan terus mengirimkan doa kepada anda semua. Sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang sabar.

Kepada para ahli semua, Exco yang berkenaan Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi UNITEN telahpun menerangkan krisis yang melanda persatuan dan pihak HEP telah memahami. Maka selepas ini segala pihak luar yang ingin melakukan sesuatu yang tidak baik kepada Persatuan kita mereka harus bersemuka dengan kami dahulu. Pihak HEP juga akan merujuk kepada kami dahulu sekiranya berlaku apa-apa perkara yang memerlukan penjelasan.

Bersama-sama kita berdoa dan terus memartabatkan Silat Cekak Di UNITEN.

Hidup Cekak Hanafi!!

No comments: