Friday, July 10, 2009

Laporan Latihan Wajadiri Siri 1





Hari pertama berlatih sudah mula menunjukkan semangat para peserta dalam menghadapi pertandingan Wajadiri peringkat Nasional yang akan mendatang. Latihan bermula seawal 5.45 petang. Dihadiri oleh sebahagian besar sahaja ahli-ahli yang terlibat. Dilaporkan dalam 3 peserta tidak hadir dalam latihan kali ini.

Pada hari pertama kami masih lagi mencari rentak dan momentom dalam membuat persediaan. Pelbagai idea diperah bagi menghasilkan buah-buah silat yang sesuai untuk pertandingan. Begitu juga dengan wanita. Mereka juga turut bertungkus lumus dalam menjalani latihan. Nyata komitmen yang ditunjukkan cukup membanggakan.

Masih banyak yang perlu diperbaiki. Kami berharap semangat kami akan terus membara dalam usaha ini. Usaha yang baik pasti akan mendatangkan hasil yang baik. Tahniah kepada para peserta.

No comments: