Monday, September 7, 2009

Gegaran di Bukit Bintang

Kuala Lumpur - 5 September 2009

Syabas diucapkan kepada Unit Persembahan Silat Cekak Hanafi kerana telah mempersembahkan satu persembahan yang menarik bertempat di Center Court, Level 2 Pavilion Bukit Bintang di sini hari ini. Persembahan tersebut diletakkan sebagai slot "Traditional Silat Performance" bagi program Seni & Tradisi "Close To Your Heart" yang dianhurkan sendiri oleh pihak pengurusan Pavilion.

Bulan Ramadahan tidak menghalang Unit Persembahan dari ibu pejabat Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia (Silat Cekak Hanafi) yang terdiri daripada 10 orang telah melakukan persembahan yang mantap dan telah membuatkan para pengunjung terkesima di ruang legar di sini. Sehinggakan hadirin tidak puas untuk melihat persembahan tersebut termasuk pelancong-pelancong dari luar negara.


Silat Cekak Hanafi akan terus menggegarkan lagi Center Court Pavilion ini pada 6, 12 dan 13 September 2009 pada Jam 4.30 Petang. Marilah sama-sama kita hadir bagi menyaksikan persembahan tersebut.

"Silat Cekak Hanafi Menjana Insan Berbudaya"












No comments: