Thursday, October 15, 2009

Sekitar Sambutan AidilFitri Cekak Hanafi Malaysia


Pada 17 Oktober yang lalu, seramai 11 orang ahli Silat Cekak Hanafi Uniten bersama rakan-rakan dari KLIUC telah menyertai Majlis Sambutan Aidilfitri yang dianjurkan oleh Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia.Majlis kali ini nampak agak meriah dan sarat dengan aktiviti yang telah mengeratkan silaturrahim sesama ahli dari seluruh negara khususnya disekitar Lembah Klang. Kami mula berkumpul di stesen bas Perpustakaan uniten dan mula bertolak lewat sedikit dari yang dirancang iaitu pada jam 6.48 minit petang berikutan Saudara Faiz yang ingin mengisi minyak motornya dahulu. Kemudian kami mula bertolak menaiki motor beramai-ramai dan satu buah kereta mengikuti dibelakang iaitu rakan dari KLIUC. Kami adalah team pertama yang sampai iaitu jam 7.45 malam sedangkan acara akan bermula pada jam 8malam. Sungguh tepati masa ahli-ahli kita ini. Semoga ini akan berterusan di masa akan datang. Sungguhpun mereka datang 15 minit awal malangnya mereka masih lagi tidak boleh menjamu selera kerana acara belum dimulakan hinggalah jam 8.45 malam. Kami mula bertolak pulang pada jam 11 malam.






























No comments: