Wednesday, December 2, 2009
Pengumuman Peletakan Jawatan Exco Kebajikan
Dimaklumkan bahawa Exco Kebajikan Muhammad Hanafi Yusof secara rasminya telah meletakkan jawatan sebagai Exco Kebajikan berkuat kuasa pada 3 Disember. Pada waktu ini adalah secara rasminya jawatan Exco Kebajikan adalah kosong dan masih tiada ganti.
Berikut adalah Surat Peletakan Jawatan yang ditulis oleh Muhammad Hanafi Yusof
Muhammad Hanafi Bin Yusof,
EXCO Kebajikan Sesi 09/10,
Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi
Universiti Tenaga Nasional.
Tarikh: 1/12/2009
Kepada:
En. Muhamad Izuan Bin Mohd. Ramli,
Setiausaha Agong Sesi 09/10,
Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi
Universiti Tenaga Nasional.
Melalui,
Cik Noor Dayana Binti Ramle,
Bendahari Agong Sesi 09/10,
Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi
Universiti Tenaga Nasional.
Encik,
MOHON PERLETAKAN JAWATAN SEBAGAI EXCO KEBAJIKAN PERSATUAN SENI SILAT CEKAK USTAZ HANAFI UNITEN SESI 09/10
Merujuk perkara di atas, saya Muhammad Hanafi Bin Yusof, berhasrat untuk meletakkan jawatan saya sebagai EXCO Kebajikan bagi Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi, Universiti Tenaga Nasional sesi 2009/2010.
2. Sebagai makluman pihak encik, sebab perletakan jawatan saya ini adalah seperti berikut:
a) Tidak dapat menghadiri kelas-kelas latihan untuk semester berikutnya.
b) Tidak dapat memberikan khidmat dan tanggungjawab sebagai EXCO Kebajikan dengan sepenuhnya.
c) Tidak dapat menyediakan air minuman untuk kelas-kelas latihan yang akan datang kerana masalah pengangkutan.
d) Menginap di luar kampus universiti dan jarak perjalanan yang agak jauh.
e) Mempunyai kesulitan dalam menghadiri hampir setiap majlis-majlis berkaitan persatuan.
f) Jadual waktu pelajaran dan persedian projek-projek yang semakin sibuk.
3. Sepanjang perkhidmatan saya sebagai EXCO Kebajikan di dalam persatuan ini, saya telah banyak menyumbangkan khidmat saya kepada persatuan. Antaranya adalah:
a) Menyediakan air minuman bagi setiap kali kelas latihan diadakan.
b) Menyediakan first-aid kit yang mengandungi barang-barang asas yang lengkap untuk kegunaan persatuan.
c) Menyediakan satu kotak wakaf silat cekak uniten untuk mengisi majalah seni beladiri yang diwakafkan dan diletakkan di surau COE.
d) Mengemaskini bekas tabung kebajikan persatuan.
4. Berikut adalah tarikh perlantikan serta tarikh perletakan jawatan saya selaku EXCO Kebajikan:
• Tarikh dilantik : 7 September 2009
• Tarikh letak jawatan : 9 November 2009
5. Dukacita dimaklumkan bahawa saya tidak dapat mencari pengganti untuk mengganti jawatan saya selaku EXCO Kebajikan. Saya berharap agar pihak encik dapat mencari calon yang sesuai untuk mengambil alih jawatan saya ini.
6. Saya berharap agar permohonan perletakan jawatan saya ini mendapat kelulusan encik. Kerjasama daripada pihak encik amat dihargai.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
……………………………
MUHAMMAD HANAFI BIN YUSOF
EXCO Kebajikan Sesi 09/10,
Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi
Universiti Tenaga Nasional
Disahkan Oleh
.....................
Muhammad Izuan Ramli
Setiausaha Agung
Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi
Universiti Tenaga Nasional
,
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment