Thursday, April 15, 2010

KEMBARA 2010 : JEJAK PANGLIMA





Salam...

Tanggal 10 April 2010 hari Sabtu,

Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi menganjurkan Program Kembara : Jejak Panglima ke Alor Star, Kedah. Sebanyak 20 buah kereta yang mengambil bahagian dalam program ini bersamaan dengan 60 orang peserta.


Semua peserta berkumpul di Kelab Sultan Sulaiman dari jam 7 pagi untuk sesi pendaftaran, sesi pergambaran dan pengagihan tentatif dan pelekat kereta. Sedikit taklimat diberikan kepada semua peserta sebelum bertolak. Program dirasmikan oleh abg Nasir dan kesemua kereta mula bertolak tepad pada pukul 9 pagi.

Sepanjang perjalanan pergi, kami mengambil 2 perhentian. Perhentian yg pertama di perhentian Rawang untuk bersarapan dan perhentian yang kedua di perhentian Sg. Perak untuk makan tengah hari.




Kami tiba di Kedah pada pukul 3.30 ptg.
Destinasi pertama kami merupakan rumah anak-anak yatim, PERKIM. Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz hanafi telah menghulurkan sumbangan kepada rumah tersebut dan memberikan sedikit cenderamata kepada anak-anak di rumah itu. Di situ kami memperoleh sedikit kesedaran dimana tatkala melihat anak-anak tersebut, kami amat-amatlah bersyukur akan kesenangan yang telah Allah berikan pada kami. Kami berdoa agar anak-anak tersebut dimurahkan lagi rezeki mereka dan mempermudahkan perjalanan hidup mereka bukan sahaja di dunia malah di akhirat juga.




Destinasi kedua kami merupakan makam Pak Hj. Zain. Kami menghadiahkan Surah Al-Ikhlas beramai-ramai kepada arwah.

Destinasi ketiga kami merupakan tempat penginapan kami iaitu di Kompleks Sukan Muadzam Shah (Hijau Kuning). Kami menginap di situ untuk satu malam.



Terdapat dua program untuk malam itu di Dewan Sebaguna Kompleks tersebut.
Program yang pertama merupakan sesi forum bersama En. Yahya.
Program yang kedua juga merupakan sesi forum bersama ahli lama silat cekak yang bertajuk Ustaz Hanafi, yang saya kenali.
Program ini disertai bersama oleh para pelajar sekolah yang juga merupakan ahli silat cekak.

Tanggal 11 April 2010 hari Ahad,



Kami meneruskan perjalanan ke destinasi keempat kami iaitu d Muzium Negeri Kedah. Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi telah memberikan sebilah Parang Lading beserta sejarah mengenai Ustaz Hanafi dan perjuangannya untuk dipamerkan di muzium tersebut.


Destinasi kelima kami merupakan Pekan Rabu yang terkenal dengan tempat untuk membeli-belah. Semua peserta diberi masa untuk membeli serba-sedikit untuk dibawa pulang.


Destinasi keenam kami merupakan rumah En. Abdullah. Terkenang kembali segala kenangan lama antara ahli-ahli lama yang sempat berdamping dengan Ustaz Hanafi. Kenangan yang jauh terkubu di sudut hati ahli-ahli lama menjadi cerita menarik yang dapat dikongsi bersama oleh generasi baru silat cekak sebagai panduan untuk kami di masa akan datang. Sesi bersalaman sebelum pulang antara ahli-ahli begitu menyentuh perasaan sehingga ada yang menitiskan air mata. Ini kerana segala kenangan pahit manis yang dulunya dilalui bersama dapat dikupas kembali.

Destinasi seterusnya merupakan Kuala Lumpur.
Kami berhenti di beberapa perhentian untuk berehat dan bersolat.

Destinasi terakhir kami merupakan pehentian Rawang. Kami bersalam-salaman sebelum masing-masing menuju ke haluan masing-masing.

Akhir sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada pengarah dan pengurus serta ajk-ajk yang telah bertungkus lumus untuk menjalankan program ini. Bagi saya program ini berjalan amat lancar. Kami semua bukan sahaja seronok berjalan malah dapat memperoleh pelbagai info dan input yang berfaedah yang boleh kami guna di masa akan datang. Kekalkan dan tingkatkan prestasi. Tahniah.

Sekian, terima kasih.

No comments: