Saturday, June 4, 2011

Perlawanan Persahabatan Bola Sepak Gabungan Uniten vs Gabungan Akademi

Pada 4 jun bertempat di mini stadium uniten jam 5 petang telah diadakan perlawanan persahabatan bola sepak antara gabungan Cekak Hanafi Uniten melawan gabungan Akademi. Perlawanan ini merupakan julung-julung kali diadakan bagi menyemarakkan semangat kesukanan dalam mengimarahkan silaturrahim antara ahli-ahli Silat Cekak Hanafi. Perlawanan ini amat menarik dan gol pertama disaksikan pada minit ke 15. Pemain-pemain bermain dengan baik dan perlawanan tampak hidup walau sedikit kepenatan akibat cuaca terik.

Perlawanan hari ini menyaksikan kputusan perlawanan berpihak pada tuan rumah dengan keputusan 5-3. di akhir acara, ucapan telah diberikan oleh Yang Dipertua Muhammad Izuan Ramli dan Encik Kamaruzzaman Ahmad yang telah menjadi pengadil dalam perlawanan tersebut. Persatuan juga memaklumkan bahawa usaha ini akan diteruskan dalam menyemarakkan semangat bola dikalangan ahli cekak hanafi serta mengimbau kenangan Kelab Bola Seri Lading yang pernah ditubuhkan di zaman Ustaz Hanafi bin Haji Ahmad.

















No comments: