Monday, July 25, 2011

Sekitar Malam Penghargaan Wajadiri 2011

Pada 23 julai 2011 jam 9 malam telah diadakan Malam Penghargaan Wajadiri 2011 bertempat di Pusat Aktiviti Pelajar Uniten. Kehadiran adalah sebanyak 33 orang yang turut disertai oleh ahli-ahli dari Pusat Latihan Bandar Baru Bangi, Akademi SCH dan ahli-ahli dari KUIS. Majlis adalah berbentuk santai beserta hidangan BBQ diserikan dengan cabutan bertuah. Acara ditutup dengan nyanyian karaoke oleh mantan YDP Mohd Azwan Othman, Luqmanul Hakim (mantan NYDP), dan yang menggamatkan lagi adalah nyanyian dari Tuan Penyelia Faizul Azwan Razak dan pembantu penyelia Saudara Nor Amir. Acara berakhir pada jam 11.30 malam.

Pihak Persatuan mengucapkan jutaan terima kasih kepada yang sudi hadir menjayakan majlis ini bersama. Jasa baik anda hanya Allah yang mampu membalasnya.














No comments: