Tuesday, April 21, 2009

Sesi Penggambaran Gaya Hidup Sihat Silat Cekak Hanafi


Salam semua,

Sila ambil perhatian bahawa satu sessi penggambaran Silat Cekak Hanafi akan diadakan pada hari Ahad 26/4/2009 jam 5.00 petang bertempat di rumah Akademi Silat Cekak Hanafi. Penggambaran ini adalah untuk penerbitan RTM dan bertemakan Gaya Hidup Sihat. Pengambaran termasuk latihan silat dan menemuramah YM Guru Utama.

Kepada sesiapa yang berkelapangan pada hari tersebut sila hadirkan diri bagi memeriahkan lagi suasana penggambaran nanti. Sila sebarkan perkara ini kepada teman-teman semua.

Sekian. Wasallam.

Mohammad Rais Abu Noh
Ketua Perhubungan & Seranta

No comments: