Monday, April 27, 2009

Saturday, April 25, 2009

Wednesday, April 22, 2009

Silat Cekak Hanafi Terus Maju




Diumumkan Persatuan Seni Silat Cekak Hanafi Malaysia dijemput untuk mengadakan demonstrasi sempena Kempen Pemeriksaan Kesihatan Percuma anjuran Persatuan Kebajikan Penduduk PPR Pudu Ulu.

Diramalkan juga kelas baru akan dibuka di tempat tersebut untuk membolehkan para belia menyertai dan mempelajari Seni Silat Cekak Hanafi.

Hidup Cekak Hanafi!!

Tuesday, April 21, 2009

Sesi Penggambaran Gaya Hidup Sihat Silat Cekak Hanafi


Salam semua,

Sila ambil perhatian bahawa satu sessi penggambaran Silat Cekak Hanafi akan diadakan pada hari Ahad 26/4/2009 jam 5.00 petang bertempat di rumah Akademi Silat Cekak Hanafi. Penggambaran ini adalah untuk penerbitan RTM dan bertemakan Gaya Hidup Sihat. Pengambaran termasuk latihan silat dan menemuramah YM Guru Utama.

Kepada sesiapa yang berkelapangan pada hari tersebut sila hadirkan diri bagi memeriahkan lagi suasana penggambaran nanti. Sila sebarkan perkara ini kepada teman-teman semua.

Sekian. Wasallam.

Mohammad Rais Abu Noh
Ketua Perhubungan & Seranta

Monday, April 13, 2009

Gambar-gambar sekitar Malam Persaudaraan Cekak Hanafi


Baru-baru ini, Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi UNITEN telah mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan permohonan maaf kerana tidak dapat menyiarkan foto-foto malam persaudaraan. Jadi pada post kali ini kami mengubat rindu anda semua dengan menyiarkan foto-foto pada malam tersebut.

Pada malam tersebut sambutan amat hangat dan sederhana. Majlis dimulakan dengan ucapan Pemangku Presiden Tuan Haji Md Nasir Md Arshad.

Diikuti dengan Demo Mengejut dari squad demo Akademi Silat Cekak Hanafi. Mereka berdemo tanpa memakai uniform lengkap. Sungguh menakjubkan.

Makanan sangat lazat dan menyelerakan. Malah ada lebihan pula dan hadirin boleh membawa balik makanan tersebut. Memang untung jika datang pada malam tu. Bayar sikit tapi makan lebih.

Sila klik disini untuk meihat foto-foto

Sunday, April 5, 2009

AL-FATIHAH


Diumumkan bahawa Saudara kita Shahrul Zakri bin Zakaria telah kehilangan ibunya di Hospital Perak pada hari ahad 5 April 2009.

Sama-samalah kita sedekahkan Al Fatihah kepada ibunya. Semoga Roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama roh para anbia dan para shahid di medan jihad.

AL-FATIHAH

Tersebut di dalam Unbar (Hadis) lima perkara racun yang mem bunuh dan lima perkara penawar sebagai ubatnya:

a. Dunia itu racunnya dan zahid itu ubatnya.
b. Harta itu racunnya dan zakat itu ubatnya.
c. Perkataan yang sia-sia itu racunnya dan zikir Allah itu ubatnya.
d. Seluruh umur itu racunnya dan taat itu ubatnya.
e. Seluruh tahun itu racunnya dan Ramadan itu ubatnya.

Sabda Nabi S.A.W.:
Akan datang kasih mereka lima perkara dan lupa mereka lima perkara:

a. Kasih mereka kepada hidup — lupa mereka kepada mati.
b. Kasih mereka kepada harta — lupa mereka kepada hisab.
c. Kasih mereka kepada mahligai — lupa mereka kepada kubur.
d. Kasih mereka kepada dunia — lupa mereka kepada akhirat.
e. Kasih mereka kepada makhluk — lupa mereka kepada Allah.

Apabila hampir mati seseorang hamba Allah maka terbahagilah dia kepada limabahagi.

a. hartanya untuk warisnya.
b. nyawanya untuk Malaikal Maut.
c. dagingnya untuk ulat-ulat.
d. tulangnya untuk tanah.
e. amalan dan kebajikannya untuk orang yang dianayainya. ,

Apabila bercerailah nyawa dari badan maka terdengarlah seruan dari langit tiga kali:

a. Hai anak Adam, adakah engkau tinggal dunia atau dunia tinggalkan engkau?
b. Hai anak Adam, adakah engkau himpun dunia atau dunia himpunkan engkau?
c. Hai anak Adam, adakah engkau bunuh dunia atau dunia bunuhkan engkau?

Apabila dihantar ke tempat mandi berserulah suara dari langit tiga kali:

a. Hai anak Adam, di manakah badan engkau yang kuat mengapa jadi lemah?
b. Hai anak Adam, di manakah lidah engkau yang pitah bercakap mengapa diam?
c. hai anak adam di manakah kekasih engkau mengapakah jadi mulia rakan engkau?

Apabila dibawa ke atas kain kapan maka menyerJah suara dari langit tiga kali:

a. Hai anak Adam, engkau herjalan kepada perjalan yang jauh dengan tidak berbekal?
b. Hai anak Adam, engkau keluar dari rumah tiada akan engkau kembali selama-lamanya?
c. Hai anak Adam, engkau tinggal segala kenderaan maka tiada engkau kenderai selama-lamanya? dan engkau berpindah kepada negeri yang huru hara!

Apabila manyat dibawa di atas perusung (keranda) maka menyerulah suara dari langit tiga kali:

a. Hai anak Adam amat beruntunglah (bahagialah) kamu jika kamu menjadi seorang yang bertaubat.
b. Hai anak Adam amat beruntunglah (bahagialah) kamu jika amal mu baik.
c. Hai anak Adam amat beruntuglah (bahagialah) kamu jika sahabat mu dalam keredaan Allah — dan amat rugilah (celakalah) kamu jika sahabat mu orang yang dimurkai Allah.

Apabila mayat diletakkan untuk disembahyangkan maka menyerulah suara dari langit tiga kali:

a. Wahai anak Adam segala amal mu yang telah kamu lakukan akan kamu lihat.
b. Wahai anak Adam, jika amal mu itu baik kamu akan lihat baik.
c. Wahai anak Adam, jika amal mu itu buruk maka kamu kan lihat buruk.

Imam Annas bin Malik Radziyallah Anhu berkata, bahawa bumi setiap hari berkata:

a. Wahai anak Adam, kamu berjalan di atas ku, kamu akan kembali ke dalam perut ku (kubur).
b. Hai anak Adam, kamu berbuat maksiat dan dosa di atas ku, dan kamu akan disiksa di dalam perut ku (kubur).
c. Kamu bergurau di atas ku, dan kamu akan menangis di dalam perut ku (kubur).
Wallahualam..."sesungguhnya mati itu pasti"

Wednesday, April 1, 2009

Pengumuman


Pihak Penganjur memohon maaf kerana tidak dapat menyiarkan gambar-gambar serta laporan Maulidur Rasul dan Majlis BBQ persatuan disebabkan gangguan teknikal.