Monday, January 18, 2010

Lawatan Ke Rumah Guru Utama


Pada 17 Januari 2010, ahli-ahli Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Uniten telah berkunjung ke Rumah Guru Utama. Lawatan ini adalah merupakan lawatan muhibah antara Guru dengan Murid. Hal ini disedari oleh ahli-ahli Silat Cekak Hanafi Uniten bahawa konsep Guru dengan Murid adalah elemen penting dalam Silat Cekak.

Seramai 10 orang telah berkunjung ke Rumah Guru Utama pada hari itu. Kami sampai dalam jam 2.00 petang tepat seperti yang dijanjikan dengan Guru Utama. Encik Marwi pada mulanya terlena menunggu kami menurut isterinya. Beliau agak kurang sihat pada hari itu namun kami tetap disambut dengan penuh senyuman dan keikhlasan.

Banyak pengalamannya yang dikongsi pada hari tersebut. Ternyata lawatan kali ini amat bermakna dan aktiviti seperti ini akan diteruskan agar hubungan Guru dan Murid akan lebih akrab.





















No comments: