Monday, June 28, 2010

Sekitar Saingan Boling Anjuran Silat Cekak Hanafi Malaysia

Kami mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada penganjur boling pada tahun ini kerana berjaya mengumpulkan sebanyak 98 penyertaan. Sungguhpun dalam keadaan warga IPT masih bercuti namum ia bukan penghalang untuk mengumpulkan ahli-ahli seramai ini. Kami juga mengucapkan tahniah kepada para pemenang yang telah sedaya upaya memenangi acara masing-masing dalam pertandingan kali ini. Keseluruhan program adalah sangat berjaya dan isu piala dunia antara perbualan hangat yang juga menjadi bahan gurauan sepanjang hari. Kita juga amat gembira kerana melalui program ini hubungan yang sedia terjalin semakin rapat dan kita percaya jika program ini diteruskan ia akan mengukuhkan perpaduan yang sedia ada.

Hidup Cekak Hanafi!



































No comments: