Tuesday, June 15, 2010

Walimatul Urus Zulfadli Aizat Mustafa

Alhamdulillah.. pada 12 jun lepas kami telah bertandang ke majlis walimatul urus saudara seperjuangan dari Kelas Ibu pejabat Saudara Zulfadli Aizat Mustafa bersama pilihan hati beliau. Kami bertandang ke rumah Abang Khalid pada jumaat malam. Suasana pada malam tersebut sangat menarik dek gelak ketawa gurau senda kami diseling dengan cerita-cerita daripada Abang Khalid tentang sejarah. Juga kami juga didedahkan dengan ubat-ubat dan tumbuhan tradisional yang diamalkan oleh orang-orang tua untuk mengekalkan kecergasan badan.

Kami bertolak tepat jam 7.40 pagi keesokan harinya dan sampai ke Johor pada jam 1 petang. Acara diserikan dengan Silat Tari yang dipersembahkan oleh rakan-rakan dari kelas ibu pjabat. Syabas dan selamat pengantin baru kami ucapkan kepada Saudara Zulfadli.















No comments: